(oleh sebab baru balik dari kenduri lina dan sekarang ni musim cuti sekolah yang dipenuhi dengan majlis kahwin, maka ada isu2 berkaitan kahwin)
'ni husna bila pulak majlisnya?'
'lambat lagi kot'.
'apasal lambat lagi?'
selalunya, aku akan jawap, 'tak dak calon lagi'.
tapi ada sebab lain yang aku ada.
aku belum bersedia nak kawen.
kalau aku jawap belum bersedia,
sure panjang pulak ceritanya nanti.
malas aku nak menjawap. satu hal pulak nak terangkan.
kenapa aku belum bersedia?
orang cakap, mungkin sebab aku belum ada calon.
kalau ada calon, mesti zass terus kawen saja. itu orang cakap.
ha. ni jawapan aku. cakap aku.
kalau kawen, selalunya orang nak anak terus.
paling lama pun merancang, 2 tahun.
lepas 2 tahun kalau tak dapat anak, orang dah mula resah.
kadang2 orang sekeliling, makcik2, toknek2, yang melebih2 resahnya dari orang yang nak anak tu.
bab anak yang buat aku belum bersedia nak kawen.
kenapa aku belum bersedia nak anak?
sebab aku rasa aku tak punya kekuatan lagi nak jadi ibu.
aku tak mahu jadi ibu yang cool. aku nak jadi ibu yang baik.
orang kata, nanti kalau dah ada anak, pasti perasaan bersedia tu akan muncul.
nak tunggu bersedia, sampai bila2 pon tak bersedia.
aku pernah tanya kak ipar aku akan hal bersedia nak anak ni.
dia kata, dia tak pernah bersedia pon, bila dapat anak, terus tahu nak buat macamna dan buat saja apa yang kita rasa patut.
sekarang pon masih berlajar. redah saja dalam hal mendidik anak2.
tapi aku tengok, dia memang ibu yang baik. aku selalu buat dia sebagai contoh ibu yang baik.
aku nak jadi ibu yang baik mcam dia. dan macam mak aku.
tapi aku tak rasa aku punya ada sifat2 tu sekarang.
bagi aku,
nak jadi ibu yang baik. diri sendiri perlu baik dulu. diri sendiri kena betul.
cara fikir perlu betul. cara buat keputusan perlu betul. cara tengok dunia perlu betul.
sebab semua itu akan memberi kesan kepada anak2 nanti.
semua itu akan membentuk anak2.
bagaimana sifat dan pemikiran ibu bapa masa dia besarkan anak2, begitu sifat dan pemikiran yang akan terbentuk dalam diri anak2.
dalam diri aku, masih ada saki baki sad soul.
aku tak mahu anak aku ada sad soul.
dalam diri aku, masih ada kekangan yang aku cipta.
aku tak mahu anak aku nanti bersifat tertutup.
dan yang paling penting,
agama.
aku tahu, agama aku belum cukup bagus.
aku mahu memperbaiki itu dulu.
sebab aku mahu jadi ibu yang baik.
kalau ada orang yang nak kawen dengan aku,
pastu sanggup tunggu berapa lama pon sehingga aku betul2 bersedia nak anak,
itu nanti aku piker kan.
sebab hat ni kena ambil kira benda lain pulak.
tapi kesimpulannya, aku belum bersedia nak kawen.
dan aku plan nak kawen lambat saja.
tapi apa2 pon, kita hanya merancang.
Dia yang menentukan.
Dia lebih tahu apa yang terbaik tuk kita.
6 comments:
Itulah, dalam umur kita yang sekarang ni masing2 duk tanye pasal kawen, bila kita ckp nak sambung blaja lagi, ade plak yang mencelah.."hang belaja lah tinggi2...nnti tak de sape nak" lagi hangen! hahahahahaha. takpe...InsyaAllah kita akan dapat yang terbaik, sekali pakej ngan jadi ibu yang terbaik untuk masa hadapan. hahahahaha :)
hehehhehe.
bab persoalkan kenapa nak mengaji lagi, memang hangin.
yang buat lagi hangin ni bila orang luar yang sibuk2 persoalkan kenapa kawen lambat, famili kita sendiri pon tak kesah..
itulah, insyaallh .. amin....
saya pun xbersedia nak anak lagi. sebab dah ada calon kawen la dulu. boleh x terima alasan tu. tp sebenarnya x bersedia pun nk kawen. huhu
Adakan calon dulu, baru pikir pasal kawen, bila dah kawen baru bincang buat anak.. mudah-mudahan calon itu dapat membimbing dah buka hati kamu..
husena, aku salu cakap kat orang yg aku blom habes mengaji..then yg aku sakit hatinya, bila org kata: "ko blaja tinggi2 pon nanti masuk dapo gak"
cara dia cakap tu mcm aku blaja sbb taknak masuk dapo kawen nanti. aku cukup x paham nape org kata camtu. takde kaitan pon.
kadang2 aku terpaksa kuang hajaq sket, aku cakap, bak mai 20k, aku kawen skrg jugak.haha.
lina: hahhahaha. apakah jenis alasan tu. hari tu mcam dengaq kenyataan lina, 'syok kawin nih, cepatlah kawin'. hehehehhe
anon: calon tak mau msk meminang lg.
faranad: bab nak mempersoalkan pilihan kita tu mmg aku sagt tak suka. suka hari orang lah kan.
lain orang lain dia punya pilihan.
tu la. kadang2 baru nak diam bila kita jwp cam kuang hajaq gitu.
tapi aku rasa jawapan hang tu tak la kuang hajaq sangat. :)
Post a Comment