Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, June 06, 2011

5 tahun yang dulu....

masa aku godak2 cd gambaq, dok cari gambaq2 lama aku bersama lina tuk entry aku nak pi kenduri lina,
aku terjumpa banyak gambaq2 yang di tangkap pada tahun 2006.
masa ni tengah di tahun akhir, undergrad.
umur: 22 tahun.

bila belek balik gambaq,
dapat rasa begitu cepat masa berlalu.
2006, sudah 5 tahun berlalu.









ok. gambaq memang semua nampak 'kanyaq' semacam.

6 jun, besday adik aku

tahun ni, dia berumur 21 tahun.

ucapan: aku sayang kamu!

hadiah pospon. tak berduit nak beli.
pesta hari jadi, suruh abang2 mu sponsor ok.





aku godak2 cd lama,
jumpa jugak gambaq masa aku berumur 21 tahun. di tahun 2005.

apa kekdahnya aku bergambaq seperti itu pun, aku tak pasti.
muka berminyak. masa ni dah senja. baru balik outing. ekekekkek. outing beb.
gambaq hat ni yang paling boleh aku terima untuk boh kat sini.
gambaq lain lagi teruk, dan koleksi gambaq lebih ke arah bergambaq dalam bilik sewaktu main makeup2, dan tak bertudung.
cewahhh. main makeup2 beb. baru berumur 21 tahun kan. belajaq2 kenal makeup.
tapi sampai ke la ni pun aku tak tau bab2 makeup nih.


sweet 21.
tuk adik kesayangan.
satu hari nanti, kamu pasti akan ingat tahun ke-21 yang sweet ni.
seperti mana kakna ingat tahun 21 kakna.
muah muah.

isu #3: zina

wah macam isu yang sangat berat.

aku bukan nak cakap hal hukum hakam zina.
tapi nak cakap pasal orang yang mengulas tentang isu zina.


hari tu,
aku ada baca 1 majalah.
tak ingat majalah apa. tapi majalah 'islamik' lah.
isu utama dia, pasal zina.

yang buat aku tak berpuas hati dengan majalah keluaran bulan itu adalah tentang ulasan yang diberi dan perbincangan yang dibuat tentang isu zina ni.

balik2, depa cakap pasal bungan anak.
'jangan hampiri zina'.
'jangan berzina sebab ini berdosa'.
'kesanya nya nanti akan lahir banyak anak luar nikah'.
'kesanya nya nanti akan ada banyak kes buang bayi'.

memang lah itu antara akibatnya. implikasinya.
antara masalah terbesaq negara.
yang terbaru, lempaq baby, kepala berkecai.
tapi, cuba luaskan lagi perbincangan.


aku baca majalah tu, dari muka depan sampai muka belakang,
semua ulas pasal buang bayi.
itu ulasan untuk orang yang masih ada nilai2 islam dalam diri dia.
masih menganggap itu adalah satu dosa.
masih ragu2 dalam hal ini.
masih terikat dengan islam dan budaya melayu.
buat sebab terpedaya dengan pujuk rayu.
buat sebab nak cuba.
sebab itu, bila termengandung, dia rasa bersalah, dia rasa malu.
maka berlakunya buang bayi.

tapi bagaimana pula untuk orang2 yang tidak langsung merasakan seks luar nikah itu sesuatu yang salah.
bagi mereka, seks luar nikah adalah sesuatu yang terlalu biasa.
bagi mereka, seks luar nikah sama saja dengan seks dalam nikah. ia tetap seks. ia adalah satu perkara yang patut dinikmati, dienjoy, diraikan.
kalau termengandung pun tak apa, boleh saja nanti mereka besarkan anak2 itu.
single mother? tak da hal, banyak sudah single mother sekarang nih. boleh saja anak2 itu hepi dan berjaya.


macamna nak terangkan pada mereka ni,
bahawa zina atau seks luar nikah akan memberi impak yang tidak sihat?


aku juga belum tahu nak mengulas secara mendalam.
sebab aku ni pun tidak begitu bagus bahasanya. tidak begitu bagus dalam pemilihan kata2.
tapi, untuk anda yang mengulas secara ilmiah dalam majalah2 atau dimana saja.
tolong ambil kira sama golongan ini. yang tidak langsung menganggap itu adalah sesuatu yang salah.



ok. sekian.

Friday, June 03, 2011

wake up sid!




semalam,
balik dari lab kul 12 tengah malam.
arix tengah kalut buat kerja, aku tonton wake up sid!

aku suka sangat dengan filem nih.
cerita hindi moden.
tak dak menyanyi2 menari2, tak dak guling2, tak dak aksi cium2 perut atau seluruh badan sambil menyanyi, tak dak umah agam tangga besaq, tak dak cinta tragis, tak dak gadoh2 belasah2, tak dak heroin/hero sakit2 mati2.

cerita lebih real, rumah real, kehidupan real, masalah real.
tapi masih mengekalkan juga ke-sweet-an, kesyahduan dan keindahan cinta seperti filem2 hindi yang biasa.

dah lama aku tak nonton filem hindi secara serius dan fokus.




******************************************

oh. semalam tak la takut sangat stay sampai lewat malam.
ada sahabat2 kan.
lagi pun,
brader ngesot dah insaf skit.
dia cakap,lepas ja kami balik hari tu,
dia rasa macam nenek yang dia nampak tu marah.
ha. baru tau, dok ngusik orang sangat.
so kemarin, dia tak ngusik sangat dah. ada sekali ja dok ngusik.

kemarin, tanya brader ngesot,
betul2 ka dia nampak,
dia cakap YA.
dan lepas tu, kami dok bersembang plak pasal cerita hantu.
cerita hantu kawan dia lah, cerita hantu dia sendiri lah, cerita hantu kampung dia lah.

isu #2: ibu bapa cool

aku pernah berangan nak jadi mak bapak cool. atau istilah matsaleh nya, cool parent.
sebab aku dididik dalam banyak pantang larang.
itu tak boleh. ini tak boleh.

tapi itu dulu.
sebelum aku sedar kesan baik yang terbentuk oleh kekangan yang mak bapak aku buat.

aku agak tidak suka dengan corak baru parenting nih.
nak sangat jadi mak bapak cool.
anak nak itu boleh. anak nak ini boleh.
anak nak buat itu boleh. anak nak buat ini boleh.
anak nak pakai itu boleh. anak nak pakai ini boleh.
open lah katakan.
ikut sangat anak tu.
nak jadi mak bapak cool...

yang paling aku tak suka tengok,
hal2 yang berkaitan dengan nilai2 islam.
nak jadi mak bapak cool, sampai luntur nilai2 islam dari dalam diri anak2.

aku ada teori sendiri pasal hal ni.
aku rasa mungkin ada 2 sebab utama kenapa mak bapak sekarang bersifat macam tu.

sebab 1: dulu mak bapak ni pernah dikekang secara hebat oleh mak bapak dia.
bila membesar, dia rasa semua kekangan itu tak perlu. jadi dia nak jadi mak bapak cool bila dia ada anak.
banyak benda yang dia nak benarkan anak dia buat.
sebab dia tahu anak dia baik. baik macam dia dulu.
dulu mak bapak dia tak percayakan dia. sekarang dia percayakan sangat anak dia.
dulu mak bapak dia sangat garang. sekarang dia tak kisah anak buat apa, tengking balik dia pon takpa. itu dipanggil sebagai keterbukaan.
dulu dia membenci mak bapak dia. sekarang dia tak mahu anak2 dia membenci dia.

sebab 2: pegangan agama makin luntur.
mak bapak jenis ni mungkin pernah membesar dengan amalan agama yang kaku.
maka, bila dia jadi mak bapak, dia rasa semua amalan itu tidak penting.
terus dibuang semuanya.
sampai nilai2 islam yang patut ada, perlu ada pon, dibuangnya.
kononya liberal.


yang selalu aku tengok dan dengar,
mak bapak sekarang ni, depa tak mau anak2 depa membenci depa.
marah2 kat depa. so, bagi sajalah apa yang anak2 mahu.


iash. kalau mak bapak dulu2.
macam mak bapak aku,
depa akan kata, tak kisah lah apa yang kau nak fikirkan,
kau nak marah ka, kau nak benci ka, kau nak bebai ka,
yang penting, aku nak membentuk kau jadi orang berguna.
macam matsaleh kata, i dont give a shit.

ya. kadang2 mak bapak kita dulu terlalu serius.
terlalu mengongkong. terlalu garang.
tapi janganlah sampai bila giliran kita jadi ibu bapa,
kita nak buang semua.
ada yang kita buang, ada yang kita ambil.

dan disini,
bukan maksud aku tak boleh jadikan anak2 sebagai kawan, tidak sama sekali bermaksud sebegitu.
tapi aku tak suka tengok ibu-bapa yang terlalu longgar dengan anak-anak,
dan yang sama naik dengan perangai anak-anak muda.
bila tengok, nak kata jadi seperti kawan kepada anak-anak, bukan,
nak kata sebagai penjaga dan pemegang amanah mendidik anak-anak lagi lah bukan.


ok.
orang akan kata,
'kau belum ada anak, kau diam'.
'bila kau ada anak nanti, baru kau tau'.

ok ok.
aku tak ada anak. aku tak tau.
tapi ini yang aku nampak.


aku harap2.
aku berada dilandasan yang betul bila ada anak nanti.
moga Allah membantu aku kelak.
amin.




(isu berkaitan mak bapak, anak2 dan berkahwin lagi. ala sekarang ni kan musim orang kawen)

kedai kopi kegemaran, Roti Bakar

dalam blog ni,
antara tempat makan/makanan yang gambaqnya selalu masuk, adalah dari kedai kopi kegemaran, Roti Bakar.
aku dan sahabat2 sangat suka pi situ.
terletak kat plaza ivory, belakang usm, bukit gambir punya gate.

mulai jun, depa dah tukaq menu.
ada tambah makanan baru. makanan lama aku tak pasti ada tak yang dibuang.
tapi yang pasti, makanan2 kegemaran masih ada.
kat situ,
aku suka sangat makan,
mee hun th'ng, hot and spicy soup, rice with seafood milk soup.





menu baru ada tambah pizza lah, nasik ayam lah, macam lagi lah.
dan semalam, aku dan sahabat2 cuba menu baru,
aku dan zati pilih nasi ayam italian herbs, arix pilih koewtiaw sup.

semperna pelancaran menu baru ni,
depa ada promo dari 1 hingga 30 jun, 50% potongan tuk semua jenis minuman.

semalam, aku pilih minuman kegemaran, banana+vanilla ice blended.
menu tuk minuman juga baru. ada banyak minuman baru ditambah.





sekarang ni banyak sungguh kopitiam kan.
tapi Roti Bakar tetap dihati.
sebab Roti Bakar kopitiam lah yang paling dekat dengan usm, ada banyak makanan yang aku suka, dan yang paling penting, kedai ni comel, cantik dan kecik ja, jadinya lebih cozy.


selain kat belakang usm ni, ada 1 lagi cawangan, kat penang time square.

Thursday, June 02, 2011

brader ngesot yang terlampau

semalam, di lab,
jam 10mlm masa nak balik,
brader ngesot semakin menjadi-jadi usikan dia.

dia dok usik sejak dari hari selasa lagi.
tapi kemarin rabu, sangat kerap usikan dia.
dah larang, dah marah, tapi dia tetap dok ngusik.

dia dok ajuk watak suster ngesot.
buat mata, buat bunyi.
aku tak apa. tak kesah.
sebab dia dok ngusik orang lain.

tapi masa nak balik semalam tu memang melampau.
habis ja mengajuk suster ngesot,
dia kata ada nenek pulak kat depan pintu....

"hati-hati bila buka pintu nanti ya.
ada nenek disitu.
tak apa.. dia baik tu.
kalau ada yang menegur, jangan kamu balas ya"

haareeee.

dia berjaya buat aku dan rakan2 percaya cakap dia.
serius gila masa dia cakap.

dia ni, dah la sebelum ni pernah dok cerita pasal nampak hantu kat skol.
memang jenis dok nampak hantu2 nih.
kenyataan bahawa kat skol ada hantu, memang aku percaya.
tapi aku ok saja. sebab bukan cerita yang datang dari lab aku.
itu hantu lab lain.

tapi, semalam,
kira pertama kalilah aku dengaq mengenai hantu yang menghuni lab aku ni.
memang CLK punya perasaan.

terus teringat yang selama bertahun-tahun aku dok kat skol ni,
dah berjuta-juta kali aku dok lalu kat kawasan tu, malam2, sorang2.
terus teringat yang aku ni selalu ja selamba badak dok buat kerja dalam lab ni sampai kul 2 3 pagi sorang2.

nampak gayanya,
tak ada lah lagi aktiviti tidur kat lab,
atau stay sampai lewat malam sorang2 dalam lab nih.
walau kalut macamana aku kena siapkan kerja, aku tak akan stay sorang2.
sumpah.



CLK betul lah!


nasib baik semalam tak mimpi hantu.
letih ooo kalau mimpi hantu.

tengok orang kawen, rasa nak kawen jugak, tapi....

(oleh sebab baru balik dari kenduri lina dan sekarang ni musim cuti sekolah yang dipenuhi dengan majlis kahwin, maka ada isu2 berkaitan kahwin)



'ni husna bila pulak majlisnya?'
'lambat lagi kot'.
'apasal lambat lagi?'

selalunya, aku akan jawap, 'tak dak calon lagi'.
tapi ada sebab lain yang aku ada.
aku belum bersedia nak kawen.

kalau aku jawap belum bersedia,
sure panjang pulak ceritanya nanti.
malas aku nak menjawap. satu hal pulak nak terangkan.

kenapa aku belum bersedia?
orang cakap, mungkin sebab aku belum ada calon.
kalau ada calon, mesti zass terus kawen saja. itu orang cakap.

ha. ni jawapan aku. cakap aku.

kalau kawen, selalunya orang nak anak terus.
paling lama pun merancang, 2 tahun.
lepas 2 tahun kalau tak dapat anak, orang dah mula resah.
kadang2 orang sekeliling, makcik2, toknek2, yang melebih2 resahnya dari orang yang nak anak tu.
bab anak yang buat aku belum bersedia nak kawen.

kenapa aku belum bersedia nak anak?

sebab aku rasa aku tak punya kekuatan lagi nak jadi ibu.
aku tak mahu jadi ibu yang cool. aku nak jadi ibu yang baik.

orang kata, nanti kalau dah ada anak, pasti perasaan bersedia tu akan muncul.
nak tunggu bersedia, sampai bila2 pon tak bersedia.
aku pernah tanya kak ipar aku akan hal bersedia nak anak ni.
dia kata, dia tak pernah bersedia pon, bila dapat anak, terus tahu nak buat macamna dan buat saja apa yang kita rasa patut.
sekarang pon masih berlajar. redah saja dalam hal mendidik anak2.
tapi aku tengok, dia memang ibu yang baik. aku selalu buat dia sebagai contoh ibu yang baik.

aku nak jadi ibu yang baik mcam dia. dan macam mak aku.
tapi aku tak rasa aku punya ada sifat2 tu sekarang.

bagi aku,
nak jadi ibu yang baik. diri sendiri perlu baik dulu. diri sendiri kena betul.
cara fikir perlu betul. cara buat keputusan perlu betul. cara tengok dunia perlu betul.
sebab semua itu akan memberi kesan kepada anak2 nanti.
semua itu akan membentuk anak2.
bagaimana sifat dan pemikiran ibu bapa masa dia besarkan anak2, begitu sifat dan pemikiran yang akan terbentuk dalam diri anak2.

dalam diri aku, masih ada saki baki sad soul.
aku tak mahu anak aku ada sad soul.
dalam diri aku, masih ada kekangan yang aku cipta.
aku tak mahu anak aku nanti bersifat tertutup.

dan yang paling penting,
agama.
aku tahu, agama aku belum cukup bagus.
aku mahu memperbaiki itu dulu.
sebab aku mahu jadi ibu yang baik.

kalau ada orang yang nak kawen dengan aku,
pastu sanggup tunggu berapa lama pon sehingga aku betul2 bersedia nak anak,
itu nanti aku piker kan.
sebab hat ni kena ambil kira benda lain pulak.
tapi kesimpulannya, aku belum bersedia nak kawen.
dan aku plan nak kawen lambat saja.



tapi apa2 pon, kita hanya merancang.
Dia yang menentukan.
Dia lebih tahu apa yang terbaik tuk kita.