Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label mentari. Show all posts
Showing posts with label mentari. Show all posts

Monday, May 20, 2013

byebye penang soon: baru nak pi, tree monkey



kat teluk bahang,
sebelah spice garden.

tiqah yang bawa aku pi.
dia selalu pi situ.

waktu yang cun sampai sana, dalam sejam sebelum matahari terbenam.
masa tu, dapat lah tengok langit berubah warna, dan makanan dapat sampai sebelum gelap (nak tangkap gambaq makanan guna kamera cabuk macam aku tak boleh masa gelap).

bagi aku,
kalau nak makan, pesan makanan utama terus, sedap dan rasa berbaloi.
kalau takat pesan pembuka mulut, sangat tak berbaloi rasa.
oh ya. tempat ni sediakan makanan thai.

lepas makan, boleh terus ke feringghi night market.:)















p/s: ni aku pi dalam bulan mac hari tu. ya. baru nak post kat sini.

Friday, March 16, 2012

majlis akad nikah kak nad (9hb mac)


1. minggu tersebut, banyak kenduri. majlis akad nikah dan kenduri (9hb dan 10 hb mac) kak nad dan aini sama.
2. jadi, pilih untuk ke majlis akad nikah kak nad pada 9hb. 10hb nya pi kenduri aini.
3. majlis kak nad di melaka. pada pagi 9hb mac, bertolak ke melaka dari penang.
4. esoknya, 10hb mac, bertolak dari johor ke perak. ke kenduri aini.
5. semasa akad nikah kak nad, aku letakkan diri aku dibelakang kak nad. supaya nanti gambaq akad nikahnya banyak ada muka aku. kehkeh.
6. aku sangat suka pelamin kak nad yang diluar rumah. yang ada bunya harum sundal malam (kalau tak silap).
7. ini pun entry versi basi.












Wednesday, February 15, 2012

aini, tabahlah. kita sama-sama berusaha walaupun berjauhan.muaks


bangun pagi2,
terus rasa nak pi lepak mcD.
terus rasa nak jalan kaki keluaq rumah sebelum matahari terbit.
bila macam ni, terus teringat The-Fourth yang pi lepak studi kat mcd kul 5pg pun mampu buat.
teringat jugak, selain pagi2 makan mcD, kul 11mlm atau 12tghmalam pun antara waktu yang syok pi makan mcD.
gosh. rindu semua sahabat!




memakai sweater semasa berjalan kaki dari rumah ke mcD di pagi hari yang gelap dan dingin adalah idea yang bagus.
memakai sweater semasa dok dalam mcD yang sejuk adalah idea yang bernas.
tapi memakai sweater semasa berjalan kaki balik ke rumah semasa matahari memancar bukanlah idea yang baik.

Wednesday, February 01, 2012

tahun ke-9



aku mungkin ada 2-3 bulan untuk menetap disini.
tahun ni, tahun ke-9 (kalau aku sendiri tak silap kira).
terlalu lama. sampai jiwa sudah sebati disini.
jemu tapi sayang.

Sunday, January 29, 2012

matahari dan aku




kegilaan aku terhadap matahari tidak pernah luntur.



ini gambaq yang aku tangkap pada tahun 2008.
aku ada masukan dalam blog ni dulu. entry 1 may 2008.
(dalam entry lama tu, rasanya gambaq2 tak diedit pon)







p/s: tahun 2008, tahun2 awal aku rembat kamera abang cik aku buat harta sendiri. baru jumpa minat dengan kamera. tangkap gambaq, seting haribulan dan masa pun tak buang.

p/s/s: gambaq diatas, aku tangkap guna kamera casio ex-z60. aku sangat suka kamera itu.

Monday, November 14, 2011

gambaq muka sendiri




aku jumpa gambaq ni dalam simpanan.
banyak sangat gambaq, ada dalam cd-cd, ada dalam pendrive2, ada dalam komputer lama, ada dalam komputer baru, ada dalam kamera,
merata sangat.
ada yang dah di-burn, ada yang belum, ada yang dah dipublish kat blog, ada yang dah di-edit tp belum publish.
aish. tak tersusun. tak terorganize.
makan masa jugak nak organise semua nih.


aku sebenaqnya,
nak cari gambaq yang ada muka aku sorang.
payah sungguh nak jumpa.
payah nak jumpa sebab tak ada banyak gambaq muka sendiri sorang2.
kalau jumpa pon, banyak yang tak cun.

aish

Wednesday, October 19, 2011

petang-petang (dan malam) hujan


ini tentunya bukan petang baru-baru ini.
sekarang ni, hujan akan datang bila petang dan malam.
oleh itu, pagi esokharinya akan jadi sangat dingin dan sangat syok untuk keluaq berjogging (dan juga sambung tidoq balik).





p/s: sepanjang 3 hari keluaq berjongging awal pagi, aku belum teringat nak sapu ayaq embun ke muka. agak2 boleh jadi lebih cantik tak kalau diamalkan. kehkeh

Tuesday, October 18, 2011

plan tu, nak hari-hari jogging lah

jogging pagi tadi.
hari ni cuaca sangat baik.
dapat tengok matahari terbit.
seperti gambaq jogging pagi semalam,
permandangan jambatan pulau pinang dan laut diganggu dengan kehadiran kondo2 mewah.
10 tahun akan datang, mungkin dah tak boleh tengok jambatan pulau pinang dari kampus.
emm sedih.








p/s: baru perasan, dah lama jugak aku tak tangkap gambaq mentari.

Tuesday, July 12, 2011

georgetown festival 2011, tapestry of cultures, 9 Julai: (part 1) intro

9th july, sabtu.
kami pi town dari lab pun dah agak lewat.
jam 4ptg mcm tu baru bertolak.

sampai saja kat town,
kami buat lagi aktiviti menyusuri bangunan2 lama.








lepas tu, kami lepak kat kawasan masjid kapitan keling.
pada 9th july, aktiviti banyak tertumpu kepada indian muslim heritage.
yang best disitu, dapat naik menara masjid kapitan dan makan free.
kami makan sampai kenyang walaupun sebenaqnya, dah banyak makanan yang habes.
nampak gaya amcam makan free ni dah start dari tengahhari.






lepas makan kenyang, kami melilau lagi kat lorong2 di sekitar town.
jumpa opera kat kuan yin temple. nampak macam syok. tapi tak sampai 10min, kami blah sebab tak paham cerita. rugi rasa.





lepas tu, bila nak dekat senja,
pi balik kat masjid kapitan keling.
panjat lagi sekali menara masjid.
kali ni tunggu tengok sunset pulak.
syoookk!






lepas solat magrib,
kami jalan kaki pi yeng keng hotel kat lebuh chulia nak tengok teochew puppet show.
ni pun rugi jugak. sebab tak paham cerita, kami blah.




masa keluaq dari yeng keng hotel, kami ingat nak balik saja.
masa tengah jalan kaki kat lebuh chulia nak menuju ke jeti, aku teringin nak makan kat tepi jalan pulak.





habes makan,
kami menyusuri love lane dan lorong2 lain hinggalah sampai ke jeti.
kat love lane, kami berhenti sebentar bila terdengaq orang tengah menyanyi dan bermain gitar.


9th july,
hari yang sangat releks.
sangat best.


top list tuk hari itu:
1. naik menara masjid kapitan keling tengok sunset.
2. secara tak sengaja terdengaq orang menyanyi kat love lane.
3. makan free.