Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, July 15, 2013

tak paham

semalam jumpa malay wedding package kat satu hotel ni,
dalam package tu,
dapat complimentary sebotol sparkling wine.
tak paham.

pastu malam ni,
jumpa cerita pasal transgender youth pulak.
lagi la tak paham.


makin hari,
makin macam-macam cerita pelik yang aku dengaq/tahu/baca/tengok.

naik seram.

Sunday, July 14, 2013

sebak

sejak akhir-akhir ini aku cepat sebak.
bila membaca sesuatu atau tengok sesuatu yang menyentuh hati.

kisah morsi.
video kanak-kanak kebuluran.
kisah orang yang disahkan tak boleh berjalan, boleh berlari kembali.
macam-macam lagi.

kebanyakan melibatkan kegigihan dan ketabahan.
memperjuangan sesuatu. berlawan dengan sesuatu.

berlawan untuk kekal waras.
berlawan untuk bahagia.
berlawan untuk makan.
berlawan untuk hilang ketagihan.
berlawan disini bukanlah melibatkan keganasan.

baru-baru ini,
ada orang yang aku kenal cuba untuk bunuh diri.
aku tak pernah terfikir perkara macam ni akan berlaku kepada orang yang aku kenal.
kalau dengar kisah orang lain, mungkin tidak terkesan.
tapi bila berlaku kepada orang yang kita kenal, sangat sedih rasanya.
sedih bila kita tidak tahu macam mana nak tolong.
sedih bila pikirkan yang dia tidak nampak pilihan lain.
sangat sedih.

orang lain boleh tolong tunjukan jalan,
tapi dia saja yang boleh bantu diri sendiri.
dengan berlawan dan berjuang untuk waras dan bahagia.

setiap orang ada perkara yang diperjuangkan.
jangan sesekali memandang rendah terhadap perkara yang mereka juangkan.
terutama perkara yang kita sudah ada.


p/s: hari ini punya metro, cerita pasal homeless yang dok bawah jambatan. itu aku tak sebak bila baca.
p/s/s: aku percaya kepada kuasa pegangan agama, kuasa akhlak dan kuasa doa.



Saturday, July 06, 2013

georgetown festival 2013: victoria street poject

 
 
pada 29 jun 2013 lalu.
 
banyak aktiviti dalam satu hari. tak dapat nak tengok semua sebab banyak aktiviti berjalan pada waktu yang sama terutamanya aktiviti pada malam hari.
 
 
yang sempat aku pi,
1. MEX (magazine exhibition) di green room, lebuh victoria.
2. domestic evolution di sekeping victoria, lebuh victoria. bahan exhibition aku tak tangkap gambaq sangat sebab dok syok tengok sekeping victoria tu.
3. singapore house di lebuh victoria. aku ada beli buku kat sini.
4. handmade market di hock teik cheng sin temple, lebuh armenian. kat sini aku jadi gila. naseb baik duit dah habes. kalau tak lagi banyak benda aku beli. kat sini aku beli kain dan kasut baby.
5. photobooth (gambaq no 1 diatas). 
6. street! entertainment di sepanjang lebuh armenian. ada gerai ais kepal! gerai-gerai lain dan banyak aktiviti dulu-dulu. dan sempat tengok persembahan drum.
7. akhir sekali, INTRIGUING INSTRUMENT di jalan masjid kapitan keling. dok situ dari jam 630ptg sampai 10mlm. oleh itu persembahan lain tak dapat tengok. persembahan ini mengetengahkan alat-alat musik tradisional dari malaysia, vietnam, thailand dan indonesia. yang paling tak pernah tengok dan dapat menghasilkan bunyi yang best adalah alat musik dari indonesia, sasando dan dari vietnam (tak ingat nama apa alat tu) yang boleh buat musik techno.
 
 
 
























p/s: cuba nak uplod video, tapi tak dapat sebab lambat gila nak diuplod. sebelum ni cuba kat fb, pun tak dapat.

Tuesday, July 02, 2013

kain untuk armchair pertama


ngahngahngah
belajar pun belum.
orang itu pun belum tentu sudi nak ajar aku.

kain dah siap beli.
aku beli kat handmade market masa Victoria street project semperna Georgetown festival pada 29hb jun yang lalu.

masa beli, aku teringat nak buat beg ja.
tapi balik rumah, aku rasa nak simpan tuk buat armchair.
teeheee.

selain tu,
aku ada beli kain yang bercop peta dunia dan kain corak.
yang petak-petak merah tu, dapat free.

peta dunia, nanti nak gantung kat dinding. dinding mana, nanti pikiaq.
kain corak dan kain petak-petak dapat free tu, nanti jugak dipikerkan boleh buat apa dengannya.







aku rasa,
aku dah nak jadi macam mak aku ja ni.
dia punya koleksi kain yang tak berjahit sangat la banyak.
yang berusia 20 tahun lebih pon ada.
yang 30 tahun lebih pon ada kot.

sekali sekala, bokkeluaq dari simpanan, bercerita tentang sejarah kain tersebut dan plan-plan nak buat apa dengan nya.
pastu simpan balik.
itu aktiviti yang kami anak beranak suka buat!


flash kamera, major dislike


oleh itu,
1. camera cabuk aku, aku tak guna setting yang ada flash.
2. aku elak tangkap gambaq waktu malam.
3. kalau aku nak buat perkara-perkara yang melibatkan aktiviti tangkap gambaq, contohnya, makan-makan bersama kawan-kawan, masak-dan-tangkap-gambaq-makanan, aku akan cuba buat di siang hari.
4. aku selalu buat orang rasa 'errr' bila aku cakap 'tak mau flash ha!' bilamana depa nak tangkap gambaq yang ada muka aku.


tapi,
kini aku ada kamera instax.
dan juga gila sama kamera instax tersebut.

maka,
aku mula belajar untuk bertoleransi dengan flash.
dan aku juga cuba untuk terima kenyataan bahawa flash itu adalah benda penting dalam fotografi.
dan... aku juga sedang belajar untuk faham dan suka dengan flash.







p/s: gambaq 1, baju, tudung dan make-up (hampir-hampir lah), telah aku pakai masa bertunang.

p/s/s: ada banyak gambaq, tempat,cerita nak update kat sini, tapi belum sempat lagi. baru-baru ini,aku berjimba kat Georgetown festival. rasa syok nak update kat sini. tapi, rasa macam kena update cerita 'bye bye penang soon" dulu.

no-shampoo eksperimen

aku terbaca post ni semalam  http://almostbohemian.com/shampoo/

terus rasa nak buat.
semalam juga, aku dah serahkan semua benda-benda berkaitan jagaan rambut kepada housemate.

tengok macamna nanti.
adakah ini sesuai untuk wanita bekerja yang sayangkan rambut panjangnya dan memakai tudung dan tinggal di Malaysia.

lepas aku jumpa pasal no-shampoo,
aku ada jumpa no-soap, no-deodoren, no-detergen.

yang no-soap dan no-deodoren,
nanti-nanti aku akan cuba.
no-detergen tu, macam ekstrem jaaa.

oh ya. kenapa aku nak try buat?
aku bukannya seorang environmentalist ka apa. bukan juga nak berjimat.
(dan aku jugak seorang yang sayangkan rambutnya dan suka beli produk-produk jagaan rambut)

aku buat sebab nak buat eksperimen.
(rindu nak buat eksperimen dalam lab gamaknya)
nak tahu adakah betul keputusan yang orang lain dapat.
dan adakah no-shampoo ini sesuai tuk aku.
itu ja.