Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, May 31, 2010

hari ini, isnin, 31 hb

jam 1159 pm masih dikira sebagai isnin, 31 hb mei bukan??

husna, hang nak kena pelangkung?









ini langit dan matahari pagi ini, isnin 31hb.
kawasan kampus,
ketika berjalan kaki ke lab.





p/s: dan hari ini juga, isnin 31hb mei, 2 orang rakan seperjuangan akan hantaq 10 copies thesis. salah seorangnya adalah orang yang duduk di meja sebelah kiri aku yang nak bersuka ria sakan di lab. mungkin mahu membakar semangat aku untuk habeskan cepat2. mungkin.....

Sunday, May 30, 2010

last minit


aku sedang cuba untuk kekalkan kualiti kerja.
walaupun buat last minit.






amat susah sebenarnya untuk kekalkan kualiti.
tapi tak dak pernah nak insaf buat kerja awai2.

lagi last minit, lagi boleh laju buat kerja.




seperti hujung minggu yang lama2.
tidoq di lab hari sabtu.
kali ni bangkit awai skit.
kalau dak, kul 11 12 baru nak bangun tidoq, walaupun tidoq di lab.
hahhahaa pagi ahad tetap pagi ahad. tak kira dimana aku berada...

Saturday, May 29, 2010

dikala aku cam tengah rajin skit

ada saja dugaannya....

apai.
orang meja sebelah kiri aku dah habes print 10 copy thesis.
tunggu hari isnin muncul saja, mau hantaq.

jadi nya...
dia tengah tak de keja penting sangat la nak buat.
dia tengah bersuka ria.

salah satu cara dia bersuka ria adalah dengan menonton drama korea online kat lab.
adeh.

husna, apa web yang ko salalu buka tengok cita korea tu?
dramacrazy.net..... aku jawap pelan2...

dugaan camgini susah jugak tuk manusia cam aku nih.
manusia yang kaki tonton drama/filem tak kira masa.




apai!
ko balik umah tido laaa!!
cover tido ko yang berbulan2 tak cukup tu!!



dah takut nak toleh kiri dah ni.
takut kepala jam. takut kepala terkiat sebelah kiri ja nanti.
tak leh nak toleh kedepan ngandap komputer dah.


eh.
patutnya aku harus kerja lebih kuat.
pelan2, sorang2,
dah hantaq 10 copies....


husna!!
hang suka dok sini lama2 ka???!!!
jeritan suara hati yang sayup-sayup kedengaran.....

Friday, May 28, 2010

a secret message to you oleh devics


A Secret Message To You Video

Devics MySpace Music Videos




baru kenai mereka ini tadi.
aku suka lagu2 cam ngantuk gini.
tapi sangat tak sesuai untuk didengar sekarang.

masa-masa genting nak siapkan kerja ni,
kena dengaq lagu2 seperti,
heart in a cage, the strokes.
atau, 40', franz fredinand.

baru kerja boleh kasi laju skit...




husna,
sambung kerja!!!
sayup sayup terdengar pekikan..

Thursday, May 27, 2010

hari ini sudah khamis


esok jumaat.

sabtu.

ahad.

pastu,
isnin!!!!



aaahhhhh!!!!





sayup sayup kedengaran dari jauh...
go husna go.

Tuesday, May 25, 2010

lagu feveret

Moriarty - Private Lily .mp3
Found at bee mp3 search engine




private lily dari moriarty.
lagu feveret aku buat masa ini.

aku nyanyikan lirik terawal lagu ini pada sahabat2.

my name is lily
i'm 19 years old
no money to study
no boyfriend
i'm kind of bored


depa kata,
kalau gantikan lily dengan husna,
dan 19 ke 26.

aku rasa, itu sangat tragic.


kerja perlu siap pada 31 mei


husna, isnin ni 31 haribulan.....

itu kata2 keramat Bos-No-2 tengah hari tadi.
jam 1.15 pm lebih kurang,
bos datang ke bilik rehat ini,
mencari bed mungkin.
dan ada ramai manusia2 disini sedang bersuka ria dan bersembang2.


bed tengah makan nasik bersama aini dan fir.
aku plak tengah rancak menjaja baju punjab.
tolong juai tuk sarah. sarah datang bersama anaknya yang comel masa tengah hari tadi. mahu bertanya khabar mungkin. atau mungkin keboringan asyik dok saja tak buat apa kat rumah mertuanya. sambil tanya khabar, dia tambah lagi bilangan baju punjab untuk aku tolong juai. baju2 yang dia kasi bulan lepas pun tak de sapa beli pon. sememangnya aku penjual/peniaga yang tidak berjaya. malas cari pembeli.
tapi tengah hari tadi betui punya rancak aku menjaja. tak pernah bersemangat seperti itu. dapat la juai 2 3 helai baju dengan gaya penjual yang tak berjaya tu..


tapi,
bos kacau line lah.
tapi tak la sampai dia mai ke meja aku nak tengok takat mana aku dah tulis....


lepas dia meluahkan kata2 keramat itu,
aku terus sambung menulis. tutup kedai.
insaf.






apa2 pon,
menulis di blog ni tetap tak lupa.
ngeh ngeh.




sekian.
cerita terjah hari ini.


aku tidak menulis semuanya

sudah berkali2 aku mahu tulis akan hal ini.
tapi aku tahan diri aku dari menulis ini semua pada masa dulu.
pada masa dulu dikala aku betul2 terasa hati.
aku takut tulisan aku akan sangat berbau sedih dan hampa.

pagi ini,
aku teringatkan hal ini lagi.
jadi aku putuskan untuk menulis hal ini kali ini.
di kala hati aku tenang.

ini hal berkenaan isi blog aku.
aku rasa dan aku juga tahu,
ada sesetengah pembaca yang membaca blog ini,
akan membuat penilaian terhadap aku.
akan membuat tanggapan itu ini terhadap aku.

aku juga sering kali membuat tanggapan pada si penulis apabila aku membaca blog mereka.
dan pabila orang tersilap anggap dengan aku setelah membaca catatan aku disini,
barulah aku tahu,
betapa sedihnya apabila disalah anggap disini.

sekarang,
aku cuba untuk tidak membuat sebarang penilaian terhadap hidup dan perangai si penulis blog.

kerna aku tidak kenal secara dekat siapa mereka.

maka aku harap,
semua pembaca disini juga tidak membuat sebarang penilaian terhadap hidup dan perangai aku.
hanya berdasarkan catatan aku disini.

walaupun ini adalah catatan hari-hari aku,
tapi tidak semua yang berlaku, aku ceritakan disini.
tidak semua yang aku rasa, aku luahkan disini.
tidak semua yang aku fikirkan, aku huraikan disini.

apa saja yang aku catat disini,
mungkin hanya cebisan hari-hari aku,
mungkin hanya cebisan perasaan aku,
mungkin hanya cebisan pikiran aku,
mungkin hanya cebisan rasa jiwa aku.

kamu tidak kenal aku.
kamu tidak berhari-hari dengan aku.
kamu tidak bertampar buntut dengan aku.
kamu tidak pernah kemana-mana dengan aku.
kamu tidak pernah melihat warna kulit aku.
kamu tidak pernah melihat aku menangis teresak-esak.
kamu tidak pernah melihat amarah aku.
kamu tidak pernah melihat tawa girang gedik aku.
kamu tidak pernah mendengar jerit pekik melolong aku.
kamu tidak kenal aku.

aku tetap sedih,
jika aku dapat tahu ada manusia yang tersalah anggap dengan membuat rumusan,
tentang siapa aku berdasarkan cacatan aku disini.
tentang perjalanan hari-hari aku berdasarkan catatan aku disini.

tapi aku cuba
untuk tidak peduli.
untuk tidak bersedih.
untuk berkata, lan.tak.lah.
kerna aku tahu,
fikiran dan mulut manusia tidak dapat ditutup.
dan aku tak punya kudrat untuk menutup semua mulut dan fikiran busuk manusia-manusia lain.

tapi,
satu hal yang boleh bikin
aku tersangat sedih,
dan tersangat marah,
jika watak-watak lain disini,
jika sahabat-sahabat aku yang aku namakan disini,
disalah anggap,
disalah ertikan.

hal itu, sukar untuk aku untuk buat tidak peduli atau untuk tidak merasa marah.

kalau ia malibatkan orang-orang kesayangan aku.





Monday, May 24, 2010

matahari pagi di kampung aku

dengan cahaya matahari terbit,
dengan warna langit biru+jingga,
dengan sawah padi yang mula menghijau,
dengan angin dingin pagi,
aku menjadi gila menangkap gambaq.
seperti biasa, rasa nak boh kat sini semua gambaq yang telah ditangkap..

lokasi: kampung wang besar, bintong, kangar.
masa: 710am-805am (sanggup aku korbankan waktu tidur lepas subuh aku di kampung demi untuk melihat ini semua. ya berbaloi).
hari: ahad, 23 mei 2010.





















kamera: benq dc c540 digital camera, aini punya (yang aku guna macam kamera harta sendirik. kamera aku yang rosak-tapi-pegi-bebaik-pon-tak-guna-dan-berabes-duit-saja tu tak mampu nak tangkap imej pagi2 camgini dah).





p/s: tak tahu bila tahun dapat beli kamera yang lebih canggeh.

Friday, May 21, 2010

rutin baru dipagi hari

(langit pagi ini ketika mahu ke lab. dari desa saujana)






sejak 3 hari ini,
rutin pagi berubah.
keluar bilik untuk ke lab tika matahari masih di ufuk timur.
(sebelum2 ini, keluar bilik ke lab pastinya tika matahari tegak di kepala)
sebelum ke lab, singgah bersarapan di cefe harapan.
(dah lama tak merasai sarapan diawal pagi. sebelum ni, paling awal sarapan, jam 10pg. ataupun, tidak bersarapan langsung)
sampai di lab,
bukak email, bukak blog, baca blog kegemaran apa yang patut dulu.
untuk warming up... ye lah sangat....aha
pastu, mula buat kerja.
kalau mengantuk, tidur di kerusi dengan mulut bukak katup bukak katup.
orang tengok pon kesian, dikatanya aku kerja kuat, balik lambat, datang awal, kesian, letih....
jaga dari tidur,
sambung buat kerja.
tengah hari, pergi makan kat harapan.
balik dari makan, sambung kerja.
dan rutin selepasnya, seperti hari2 yang biasa jugak.
dalam bekerja, masih sempat cari peluang tengok drama/filem korea/jepun, tengok fb, serta bergosip.
bergosip dari hal2 orang pejabat ke hal2 ICYC ke hal2 rakan taulan ke hal2 pembantu lab ke hal2 pensyarah ke hal2 artis tempatan dan luar negara dan kadang2 bergosip sampai ke hal abang cafe yang jenis mata meliaq dan adik pebaik ekon yang ntah apa2.
dan bila lewat malam menjelma, kami balik ke hostel.
tidur, rehat.
esok pagi, ulangi rutin yang hampir sama.






Thursday, May 20, 2010

permulaan hari


cafe harapan, 750 am.
2 bungkuih nasik lemak daun pisang.










p/s: diet no-nasik ditangguhkan. nanti2 bila rasa dah bosan dengan nasik tukang masak baru cafe harapan tu, aku stat balik lah.

Wednesday, May 19, 2010

gorgeous blogger award


kak nadiah bagi award ni.
trima kaseh kak nadiah. muah muah.


sekarang,
aku/saya nak bagi gorgeous blogger award ni kepada;
1. arix.
2. suhaili.
3. faranad.
4. raisah.
5. cekyah.
6. kak fairus.
7. kak sita.
8. marina.
9. yong.
10. dr. rosenani.



syoknya kalau tiap2 waktu tidur camgini gayanya

hujan diluar
+ tiada guruh kilat
+ berselimut tebal
+ dilimpahi cahaya merah malap
+ tiada bos2 yang hadir dalam mimpi






=nyenyak



.
.
.
.
tapi kalau gu dengan keadaan dingin yang sampai kena pakai stoken dan baju sejuk serta kipas berspeed 2, mesti lagi syok. dah lama dah tak merasai kenikmatannya.




Tuesday, May 18, 2010

berjalan ke lab dalam hujan+angin

baru sampai lab. oopss.
hari ini jalan sekerat kena angin kuat,
sekerat kena hujan+angin.
(kalau jalan kaki tika angin kuat ni, 1 benda saja aku bayangkan. bayangkan ada benda seperti atap zink berterbangan dibawa angin kuat, pastu kena leher aku. kiok. aha takut.)



aku pernah baca steve mcCurry tulis,
dia kata, tika hujan, bukan bermakna gambar terhad.
permandangan sebelum hujan dan selepas hujan adalah paling cantik.
(aku ada masalah kalau orang hebat2 ni cakap, sure aku nak percaya semua punya)


dan hari ini,
aku berupaya melihat betapa cantiknya bumi ini tika sebelum hujan.
terutama langit-Nya.
(aku tak pandai merakam disini betapa cantiknya permandangan yang aku lihat dengan mata aku sendiri. satu masalah yang aku hadapi kalau nak merakam permandangan. selalu tak nampak cantik seperti yang aku lihat)


aku sering merasa gembira kalau mendongak tengok langit.
tona warnanya dan awan2 putih.
terutama langit senja, langit subuh dan langit syuruk.


aku sangat suka hujan. tapi dengan syarat utama, aku berada di tempat yang aku tidak akan kebasahan dek hujan.
seingat aku,
aku tidak berapa suka untuk berjalan dalam hujan.
terutama jika membawa sesuatu. beg contohnya.
masa disekolah dulu, aku sangat tidak suka jika perlu berbasikal dalam hujan.
buku sekolah akan habes basah. perlu jemur bawah kipas lepas tu.

tapi hari ini,
aku sangat suka berjalan dalam hujan.
berjalan dengan penuh aaaa, ummmm, oohhh dan melatah oh mak engkau.
dengan payung yang bergoyang2 ditiup angin, dengan ranting2 memenuhi kawasan penjalan kaki, dengan kaki dan kain baju kurung yang basah, dengan berusaha untuk tidak biarkan beg terlalu basah.
dicelah2 itu, aku ambil masa angkat kamera, berhenti dan tangkap gambar.
aku berhenti menangkap gambar bererti aku berhenti sebentar melihat keadaan sekeliling dengan lebih jelas dan teliti dan seterusnya mengagumi kecantikkan alam dan anugerah yang diberi-Nya kepada aku selama ini.
alhamdulillah diatas segala rahmat-Nya selama ini...

Monday, May 17, 2010

tahun depan punya jenjalan?


air asia akan bukak booking tuk free seat mulai esok, 18 may sampai 23 may.
untuk travel pada 3 januari 2011 sampai 8 may 2011.
haiyak.
macam hari tu gak.
time ada ofer free seat,
kami takde duit lebih.
duit yang ada pon beda beli pisang satu sisir satu minggu.
duit orang punya, banyaklah.
uwaaa

Sunday, May 16, 2010

sepetang bersama

mereka-mereka yang mengenali aku sebagai along,
dan zati sebagai cekpah.







fakta2 berkaitan:
1. alla baru 2 minggu pindah kerja di penang.
2. aku bukan anak sulung.
3. dalam dunia ni, hanya 9 orang saja yang betul2 panggil aku along. jumlah ini tak termasuk mak2, bapak2 dan kawan2 kepada 9 orang ini yang turut sama panggil aku along.






soalan mudah

dia tanya aku satu soalan yang sangat mudah.
kalaulah aku dapat jawap dengan mudah juga.

tapi tidak boleh.
terlalu komplikated.

aku mainkan dia?

tapi,
sebenarnya,
kami tiada apa2 untuk dipermainkan.
tiada yang serius.
itu janji kami dulu.

tiada yang serius.
itulah yang aku pegang dari dulu.
atau mungkin,
itu hanyalah sebagai alasan untuk aku tidak rasa bersalah.

aku masih belum mampu menjawap soalan dia.
apakah jawapan yang sebenarnya?
aku sendiri tidak pasti.

mana mungkin aku sendiri tidak pasti.
sendiri tidak tahu apa yang aku mahu.
ia terlalu komplikated.
atau aku yang buat ia komplikated?

ah.





***************************

selamat hari guru buat semua guru2!



Saturday, May 15, 2010

laporan (lewat) piala thomas separuh akhir

malaysia lawan china.

china, 3. malaysia 0.

china memang bermain dengan penuh bertenaga dan hebat.
terutama lin dan serta cai yun-fu haifeng.
malaysia tak memberi persembahan yang terbaik.
banyak kali buat silap.

apa-apa pun,
1. aku rasa nak ramas muka lin dan. sebab dia selalu buat muka megah sangat. geram.
2. zati buat spikulasi di sepanjang perlawanan. china dah jampi net. sebab pasukan malaysia banyak kali buat kesilapan kat net. selalu tak lepas.
3. sorakan penyokong malaysia boleh dikira bagus. berkobar2 sepanjang perlawanan.





set pertama lee chong wei lawan lin dan, aku tengok kat pelita.
seterusnya, sambung tengok di bilik tv hostel.


Friday, May 14, 2010

suasana lewat petang jumaat






semua orang dah balik.
mau tonton piala thomas separuh akhir, malaysia lawan china nanti.
aku masih di lab.
keseorangan.
11 meja kosong.
zati ada di lab lain.



waktu2 cam gini,
mula lah berangan,
bagusnya kalau sekarang aku tengah duduk kat tepi pantai.
layan angin petang.
wah. nikmatnya...



tadi cari pasal tengok2 kamera kat internet.
jadi tension terus sebab tak dak duit mau beli.
nak beli lomo kamera pon tak mampu.
berkenan ah tengok kamera lomo yang multi lenses.


oleh kerna tak mampu lagi nak beli kamera baru.
maka aku perlu guna kamera yang rosak tu.
biarlah gambaq buruk.
orang cakap,
selalunya,
buruk=berseni.
aha.







oh indahnya kalau la ni aku tengah dok kat tepi pantai.
tengah tunggu langit senja.
[aku suka langit senja dan langit subuh wei]

Thursday, May 13, 2010

mereka berdua dan aku yang individualistik


Happy Ending

MIKA MySpace Music Videos


zati sangat suka mika.
dan ini adalah lagu mika yang paling dia suka.


zati.
aku kenal dia sejak tingkatan 2.
dia.
perempuan paling kelakar pernah aku jumpa.
melalui zati,
aku kenal arix disini semasa undergrad.
arix.
perempuan penuh perasaan(cinta) aku pernah jumpa.


aku sayang mereka berdua.
sangat sayang.


aku tak mahu berjauhan dengan mereka,
dan ini adalah salah satu sebab aku mahu waktu berhenti takat ini saja.
aku tidak mahu tua, aku tidak mahu kemana2.
biarlah hidup aku bosan. asalkan aku ada mereka.
tapi,
itu semua mustahil.
kerna mereka ada kehidupan mereka sendiri.
dan juga kerna aku sendiri ingin melihat dunia.
aku sendiri perlu dewasa.
aku sendiri perlu ada hidup sendiri.

kini aku tahu,
aku bukanlah manusia yang mudah untuk buka hati aku pada orang lain.
aku bukanlah manusia yang mudah mencintai dan mahu dicintai sepenuh hati.
mungkin aku terlalu kedekut kasih sayang.
mungkin aku takut untuk dilukai kelak.


aku mahu mencorak hidup aku dengan warna aku sendiri.
aku tidak suka orang lain untuk cuba2 mencorak hidup aku.
dan lebih tepat lagi,
aku tidak sanggup untuk mencorak hidup aku dengan mengikut corak hidup orang lain.
contohnya,
aku perlu bekerja disini sebab dia berkeja disini.
atau,
aku tidak boleh kesana sebab dia disini.



aku yang terlalu individualistik mungkin.
dan makin komplikated pastinya.

Wednesday, May 12, 2010

piala Thomas '10, suku akhir


kul 530pm, apai kata mau balik umah. mau tonton piala thomas.malaysia lawan denmark. aku tak la excited sangat ka apa. kalau dok umah syok la gak. tonton bersama abah, abang2, mak dan adik, dengan bang caq sibuk bagi ulasan sama.

kul 630pm, keluaq pi makan malam. kat khalil tepi usm. kat tv1 masa tu lee chong wei tengah lawan dengan peter gade. syok pulak tengok dia lawan. lepas chong wei menang, kami layan lagi koo kien keat dan tan boon hann lawan carsten mogensen dan mathias boe. menang jugak. jadi excited la plak nak tengok lagi.

balik hostel, solat magrib. pastu turun balik pi khalil. tengok kat tv9 wong choon hann lawan jan o jorgensen. kalau choon hann menang, kami mau balik ke lab semula.

tapi, choon hann kalah. sambung tengok mohd zakry dan hoon thien how lawan lars paaske dan jonas rasmussen. kalau menang ni, kami mau balik lab sambung kerja.

pasangan malaysia ni pon kalah. tapi puas hati tengok mereka main. mereka cam main betul2. yang paling suka set pertama. malaysia menang 26-24. debaq dada ni dok tengok.
maka sambung tengok hafiz hashim lawan joachim persson.
akhirnya, hafiz menang. main relex ja dia.


kul 1120pm, sampai lab balik. tulis report kat blog dulu. pasni baru sambung buat kerja. aha.



memang puas hati la tengok malaysia main malam ni.
dan ini 1st time aku menonton betul2 dengan penuh excited rancangan sukan kat kedai mamak.
bola? aku tak pandai tengok. aku sorak saja mana2 pasukan yang jaring gol.
tak dak pasukan pilihan.
piala dunia ni pon, rasanya aku akan tengok dengan gaya yang sama la. mana pasukan jaring gol, sorak saja. aha.


GO MALAYSIA GO!!




p/s: kami pakat tak suka pengulas sukan kat tv9 tu tadi. cakap banyak dan ntah apa2.


ketaq tangan kalau tak blogging


MORIARTY - video Jimmy

MORIARTY MySpace Music Videos



ok. seperti biasa.
angkat bendera putih kalau bab janji nak bercuti dari blogging.
dari semalam lagi aku dok tahan tangan nak blogging.
mana boleh tahan, hari2 mengadap internet, tapi tak blogging.
lainlah kalau aku dok tempat yang tak dak internet.
memang tak gaduh nak blogging.

ada kerja menanti. banyak. janji dengan Bos-No-2 dalam genggaman.
so update pon ringkas.
walaupun ada banyak benda nak cerita.

1. aku suka menulis, mencatat, menconteng di merata-rata buku dan kertas, segala yang aku piker, rasa, buat, temui, suka, dan macam2. tapi menulis disini lebih best sebab teratur skit. teratur cara aku la.

2. lagu diatas. jimmy dari moriarty. baru jumpa kumpulan ni semalam. sangat suka. tapi lagu yang aku sangat suka bukan lagu diatas, tapi lagu bertajuk private lily.

3. aku dah mula balik diet 45 hari no nasik. ini cubaan kali ke-3. hari isnin stat diet, tapi hari ni dah makan nasik. pecal lele. mana boleh elak kalau ada orang ajak pi makan pecal lele kegemaran. so cubaan diet no nasik kali ke-3 ini ada syarat baru. makan la apa saja kecuali nasik, daging merah, makanan yang mengandungi minyak melampau dan mee kuning. tapi nasik pecal lele boleh makan. aha

4. aku tengah nak train otak aku tuk mengingat. takut nanti, lagi lama lagi berkarat.
aku adalah manusia yang manja dengan teknologi. contoh, tak mau ingat no phone penting sebab no phone semua ada dalam hp dan malas nak mengira dalam kepala ketika bershopping sebab guna calculator lebih cepat. benda pertama yang nak buat, hafal no phone orang sekeliling. sahabat hari2 buat kuiz ingat-no-phone tuk aku.
lagi 1, kena ingat nama orang. masalah tul. kalau jumpa kawan sekolah yang lama, pastu dia tegoq, pastu sembang rabong, tapi sebenaqnya aku tak ingat nama dia. adeh malu.

5. buku puisi dan catatan fared ayam bertajuk STABIL, aku dah beli. bila pi amik kat opis skol, respon pertama: bagusnya depa hantaq guna pos ekspress, bayaq cuma rm10, tiada cas tambahan. respon ke-2 lepas bukak sampul: nipis nya. dah lama aku tak baca buku nipis. tapi padan la dengan harga kan. respon selepas baca? nanti aku review skit. la ni tak dan ooo..

6. iklan nuffnang. hampeh. the end.



Monday, May 10, 2010

bercuti blogging, tapi tak sure boleh tahan takat mana

demam untuk letak video klip kegemaran maseh membara.
tapi perlu di padamkan serta merta.

banyak benda aku nak tulis disini.
tapi perlu disekat juga.



demi tak sanggup nak tengok senyuman sinis Bos-No-2, barulah aku bergini




nama aku yang sudah sedia buruk, makin buruk dimata dia.

Sunday, May 09, 2010

GO (filem jepun)


ok.
aku bukan nak review sangat.
aku bukan nak analisis cerita ni.
tapi aku nak bagitau apa respon aku bila sedang dan selepas tengok filem GO ini. ini filem tahun 2001. jalan cerita berdasarkan sebuah novel.



1. kalau ada mood nak tengok cerita pasal masyarakat, pasal kemanusiaan, pasal nak naik semangat, aku akan cari cerita jepun. kalau tengah mood nak tengok cerita romantik dan hepi ending yang selalunya susah nak jadi dalam real life, cerita jepun bukanlah pilihan yang tepat.


2. mula2 tengok filem GO ini, aku pening. tak dapat rasai apakah isu yang diketengahkan padahal isu itu sangat la obvious.
sebab diawal cerita sampai ketengah cerita, aku pening dengan masa penceritaan. kejap pi sekolah korea utara, jumpa kawan korea, cakap korea, kejap pi sekolah jepun, bergaduh ngan kawan jepun, cakap jepun. aku ingat dok flashback ke hape.

lepas tu baru aku paham, rupanya cerita pasal zainichi koreans (koreans in japan/korean-japanese).
aku jadi pening dan tak paham sebab aku tak pernah tahu pasal benda ini.
so sebelum aku cerita lebih lanjut pasal filem ni, aku nak kongsi dengan korang pasal zainichi ni.


zainichi koreans atau lebih dikenali sebagai zainichi adalah korean yang tinggal di jepun. koreans ni masuk ke jepun semasa abad ke-2o lagi. mungkin ke jepun sebab ekonomi, kawen, belajar atau macam2 lagi. pastu koreans bertambah lagi semasa perang dunia ke-2. lepas habes perang semua, mana yang masih stay di jepun, ada yang tukaq kerakyatan atau maseh tetap sebagai warga joseon, iaitu nama negara korea sebelum berpecah kepada korea utara dan selatan. korean yang masih sebagai joseon boleh tukaq jadi warga negara jepun atau korea selatan atau tetap sebagai joseon. tapi tak boleh nak tukaq kepada warga korea utara sebab korea utara tak diiktiraf oleh jepun.
di jepun ada sekolah korea. sekolah ni lebih pro kepada idealogi korea utara. dari segi indentiti etnik. di sekolah tu tak boleh cakap japanese langsung, tak galakan muridnya berkahwin dengan japanese, guna silibus korea utara dan tajaan kewangan hanya dapat dari kerajaan korea utara.
dan ada berlakunya diskriminasi orang jepun terhadap zainichi korean ini.



3. bila aku dah paham filem ini pasal hidup dan diskriminasi yang dialami oleh zainichi, barulah aku dapat respon dengan filem ini.

filem ni pasal seorang budak lelaki yang berwarga negara joseon dan bersekolah di sekolah korea utara. pandai berlawan, diajar tinju oleh bapak sejak kecil, nakal disekolah. tak jahat sangat.
mak bapak dia give up joseon citizenship dan tukaq kepada korea selatan sebab nak buat paspot nak pi hawaii.
dia tukaq juga citizenship, sebab mau masuk sekolah jepun.
di sekolah jepun, dia mengalami diskriminasi dan dia lawan balik. maka ramai orang yang cari gaduh ngan dia, tapi semua dia menang dan jadi kawan kepada anak yakuza yang tak pandai belawan (bab berlawan kat sekolah dan berkawan dengan anak yakuza yang tak hebat adalah cerita biasa).
then dia bercinta dengan pelajar perempuan japanese.
so, filem ini adalah filem cinta budak sekolah. berlatar belakangkan kehidupan masyarakat zainichi koreans. berlaku diskriminasi.


4. tapi isu utama yang aku dapat adalah pasal:

siapa kita? siapa aku? siapa kau? jika jenis bangsa, negara, kerakyatan, ditolak tepi.
kita manusia bukan. sama sama sebagai manusia. ada hati dan perasaan. ada maruah. ada harga diri. ada nyawa yang berharga, yang bukan murah untuk digadaikan.


5. aku suka watak hero dalam filem ni. cerita jepun suka tampilkan watak sebegini. sebab tu aku suka cerita jepun.
watak hero yang ada kekuatan dan keistimewaan sendiri. tapi tidak menunjuk2. orang sekeliling hormat dia. dia ada jati diri, tak mudah terikut dengan orang lain punya perangai dan gejala. seorang yang cold tapi tak sombong dengan apa yang dia ada.


6. kesimpulannya, bagi aku, filem ini adalah gabungan comel dan gelap.
comel sebab ini adalah cerita cinta budak sekolah. ada perkara2 comel dan sweet.
gelap sebab cerita berlatar belakangkan diskriminasi, gaduh, samseng, keluarga yang merapu.


7. pasal keluarga jepun yang merapu ni (aku tak mau kata keluarga kucar kacir walaupun memang macam kucar-kacir pun, sebab kesan emosi tak nampak sangat pada si anak).

aku selalu heran dengan keluarga jepun yang cam gini ni. yang selalu dipaparkan dalam cerita2 jepun. bapak kuat pukul anak, mak keluar masuk rumah, anak2 suka hati nak buat apa.
semua merapu dan kucar-kacir ni tak beri impak sangat pada psychologi dan emosi anak2 jepun. mereka tetap hidup. berusaha, bersuka-ria. terlibat dengan gejala sosial yang agak melampau, tapi tak la sampai putus harap, putus kemahuan mahu hidup. kalau cerita orang putih atau melayu, sure budak2 ni dah jadi gila dan mahu bunuh diri.

mungkin ada cerita yang paparkan isu kesan psychologi sampai nak bunuh diri, tapi aku belum jumpa. kalau ada sapa2 yang pernah tengok cerita jepun yang ketengahkan isu ni, sila bagitau kat aku. aku mau tonton.

selalunya, budak2 atau orang jepun ni pasti kuat dan tak putus harap dalam hidup. selalu kuat walaupun apa jua yang terjadi.
dan sebab itulah aku sangat suka cerita2 jepun. selalu pasai nak naikkan semangat.




oh panjangnya aku tulis.
banyak pulak aku tulis pasal filem GO ini dan cerita2 japanese in general.





p/s: SELAMAT HARI IBU kepada semua IBU2 yang menbaca blog ini!!!!

Friday, May 07, 2010

oh SHIT!!! wakenabeb!!


We Are Golden

MIKA MySpace Music Videos






orang tua-tua kata,
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

hari ni,
peribahasa tu,
sangat kena ngan aku.

dalam aku dok tengah syok tonton video diatas,
Bos-No-2 bertandang ke tempat persembunyian aku.

dah la video clip tu mika banyak tak pakai baju.
HADOI laaa...

tengok bos masuk, otak aku terus blur.
tak sempat nak buka benda lain.
petang2 camgini,
benda ilmiah dah katup la wei.

ohh.. ini la kerja kau??, Bos-No-2 berkata sinis.


rakaman kejadian:
tadi jam 515 ptg.
aku tengah pakai kain telekong. telekong yang dipakai dari kul 400 tadi. ya zohor pon lambat.
tengah tengok video clip mika we are golden seperti diatas.
meja kurang berselerak. semalam baru ja kemas. tak dapat berlakon.
microsoft word dah katup. buak web cari maklumat ilmiah pon katup.
apai disebelah tengah tengok cerita korea online, heading to the ground.


ini semua kes wakenabeb.
selama ni aku dok jaga2.
selama ni aku bukak jugak sekurang-kurangnya 1 benda ilmiah.
selama ni aku ready diterjah.
SHIT. double SHIT. triple SHIT. infiniti SHIT.




kesimpulan cerita,
aku kena siapkan benda yang dia nak akhir bulan ni.
mungkin aku akan bz.
mungkin aku jarang update blog.
tapi sebagai seorang yang pandai mencari peluang tuk berseronok-seronok,
kata-kata aku yang konon akan jarang blogging tu tak kan boleh dipercayai sama sekali.
apa2 pon.
blogging atau tidak.
berseronok atau tidak.
membizikan diri sampai nak pi kencing pon tak sempat atau tidak....
aku tetap kena siapkan kerja
JANJI tetap janji.
janji yang aku hembus kedalam setiap urat darah aku.








tapi......
aku tengah TRAUMA ni.
trauma kantoi.





Thursday, May 06, 2010

quelqu'un m'a dit (someone told me) by carla bruni


Carla Bruni

karen MySpace Video




boleh tahan jugak suara dia ni.

keGILAan terhadap memoir

dengan tamatnya baca teacher man,
maka aku dah takde buku nak baca.
buku pelajaran tak mau la masuk dalam senarai.
buku pelajaran terpaksa baca sekarang ni. tak de pilihan.

ehem.
sebenaqnya..
kat bilik tu ada banyak lagi buku yang belum habes baca dan ada jugak yang tak sentuh langsung.
tapi tetap mau cari buku baru lagi.
aha

hari ni,
aku ada tengok2 buku2 memoir kat wiki.
ini dia senarai buku memoir yang aku rasa nak beli dan baca.

1. the life and times of the thunderbolt kid oleh bill bryson.

2. hyprocrite in a pouffy white: tales of growing up groovy and clueless oleh susan gilman.

3. the book of martyrdom and artifice: first journals and poems 1937-1952 oleh allen giensberg.

4. uncle tungsten: memories of a chemical boyhood oleh oliver sacks.
rasa nak beli sebab ada cerita dia pasai jadi amateur chemist.

5. eat, pray, love oleh elizabeth gilbert.
dah lama rasa nak beli, tapi selalu teragak-agak.

6. look me in the eye: my life with asperger's oleh john elder robison.
cerita pasai dia yang mengidap asperger syndrome. kalau aku beli buku ni, dah masuk yang ke-3 buku pasai autism aku beli. 2 buku yang dah beli tu, maseh belum mampu baca lebih dari 20 muka surat, sebab susah nak paham ooo pemikiran orang autism nih.

7. yes man oleh danny wallace.
filem yes man dibuat lebih kurang sama dengan buku ni. aku tengok, ada banyak jugak buku danny wallace ni yang cam best.

8. rocket boys: a memoir oleh homer hickam, jr.
rocket boys juga dikenali sebagai oktober sky. ada filem berdasarkan buku ni. aku mula2 dengaq pasai oktober sky bila The-Big-Bos bagitau itu adalah salah satu filem kegemaran dia. aku tak jumpa lagi filem ni. nak tengok.

9. the egg and i oleh betty macDonald.

10. running with scissors oleh augusten burroughs.
augusten burroughs dan john elder robison dalam no 6 tu adik beradik.

11. girl, interrupted oleh susan kaysen.

12. prozac nation oleh elizabeth wurtzel.

13. darkness visible oleh william styron.


buku2 empat kebawah adalah buku pasai depression dan addiction.
aku mula ada pandangan yang dalam dunia makin banyak benda gila muncul.
orang gila. keadaan gila. keluarga gila. doktor gila.
tengok berita lagi la rasa dunia ini makin gila. makin banyak orang gila.
terutama bab bunuh orang suka hati. sana sini.




aku sememangnya sangat suka autibiography dan memoir.
dan semenjak habes baca semua buku memoir frank mcCourt secara berturut-turut,
aku jadi makin gila dengan buku memoir.
eh kenapa ada perkataan gila disini.





Tuesday, May 04, 2010

comme des enfants by coeur de pirate

Coeur de Pirate Comme des enfants from Dare To Care Records on Vimeo.



comme des enfants (like children) oleh coeur de pirate (pirate heart)

marina perkenalkan awek cun ni tadi. selain coeur de pirate, hari ni aku kenal pony pony run run, phoenix (wearephoenix), dan flight of the conchords.

gila kelakaq flight of the conchords. naseb baik usm ban youtube, kalau dak, mau aku memulun tengok mereka ni. keja letak tepi sat. seb baik la.....

p/s: syok jugak guna google translate.


teacher man dari frank mcCourt

yo, teacher man....
yoey, i told you my name is mr. mcCourt, mr. mcCourt, mr. mcCourt.
yeah, yeah.





bagi aku, diantara ketiga-tiga buku frank mcCourt iaitu angela's ashes, 'tis dan teacher man.
aku paling suka teacher man. teacher man buku ke-3 mcCourt.
dalam buku ni, bukan hanya aku tahu kisah dia sebagai cikgu dan buat aku sedar banyak benda mengenai kerjaya seorang cikgu, malah aku juga banyak belajar dari dia berkenaan hidup, dan juga kretif writing.


dalam angela's ashes, mcCourt tulis mengenai kisah kehidupan dia yang miskin di ireland.
'tis pula mengenai kisah hidup dia setelah kembali ke america.
dan kenapa dia mahu tulis teacher man dan cerita pasal teaching life?
"in 'tis i wrote about my life in america and how i became a teacher. after it was published i had a nagging feeling i'd given teaching short shrift. in america, doctors, lawyers, generals, actors, television people and politicians are admired and rewarded. not teacher. teaching is the downstairs maid of professions." m/s 5.


so, teacher man ini lebih kepada tribute tuk cikgu-cikgu semua. dimana saja.
rasanya setiap cikgu patut baca buku ni.
ahahaha.. pandai-pandai aku ja bagi cadangan.


"in the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-level scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw." m/s 23.



dalam review 'tis yang lepas, aku cakap, lepas baca 'tis aku rasa nak cepat-cepat baca teacher man sebab banyak benda berkenaan teaching yang aku nak tahu lebih lanjut.
dan aku telah dapat jawapan dalam teacher man ini. sangat puas hati untuk bacaan ini.

seperti biasa, mcCourt tulis teacher man dengan jujur dan penuh humor.
dalam teacher man, mcCourt rekod segala cabaran, kejayaan dan kejutan yang dia hadapi dalam kelas.

macamana dia berusaha tuk buat student diam, duduk atas kerusi, buka buku dan beri perhatian dalam kelas.
macamana dia terpaksa ceritakan zaman kanak-kanak dia yang miskin di ireland kepada student untuk buat student2 itu diam dan beri perhatian dalam kelas.
macamna dia hadapi 5 kelas sehari, menanda kerja sekolah, gaji yang sedikit, sikap ibu-bapa, student yang datang dari pelbagai latar belakang, remaja america yang ada macam2 masalah.
macamna dia hadapi student yang tak mau belajar dan student yang terlalu serius dengan belajar.
macamna dia mengajar dan dalam masa yang sama dia pun belajar dari student2nya.
macamna dia tersekat dengan polisi sekolah dan macamna pula dia bebas mengajar dan menyusun sendiri silibus dan bahan mengajaran.
macamna dia berusaha buat kelas dia menarik dan macamna dia juga ada masa tak ada hala tuju dalam mengajar.
macamna dia nak menguasai kelas, macamna dia jumpa cara mengajar dia yang tersendiri.
dan macamna dia mahir dalam permainan dan tipu helah student dalam kelas.



mula-mula cerita dah lawak dan terasa betapa mencabarnya jadi cikgu.
dia mula mengajar pada march 1958.
1st sekolah: mcKee vocational and technical high school.
1st sound of teaching career: hey.
1st teacher statement: stop throwing sandwiches.
1st act of classroom management: ambil sandwich dari lantai dan makan sampai habes.


aku memang rasa nak review teacher man secara terperinci apa yang aku dapat, apa yang aku rasa melalui buku ini, sebab aku sangat suka buku ini.
tapi tak boleh, nanti review ini jadi sangat panjang dan tak sanggup dah nak baca lepas tu.
apa-apa pon, buku ini banyak buka mata aku tentang cabaran seorang cikgu high skol. susah babe. tu masa tahun 50-an, 60-an, 70-an dan 80-an. sekarang ni? boleh mati la dikerjakan budak sekolah.
banyak aku belajar dari buku ni. tentang cikgu. tentang kehidupan. dan tentang kretif writing. seterusnya buat aku berangan mau jadi penulis.








"this is where teacher turns serious and asks the Big Question: what is education, anyway? what are we doing in this school? you can say you're trying to gradute so that you can go to college and prepare for a career. but, fellow students, it's more than that. i've had to ask myself what the hell i'm doing in the classroom. i've worked out an equation for myself. on the left side of the blackboard i print a capital F, on the right side another capital F. i draw an arrow from left to right, from FEAR to FREEDOM.
i don't think anyone achieves complete freedom, but what i am trying to do with you is drive fear into a corner." m/s 300-301.







aku baca teacher man dengan highlighter ditangan.
penuh tanda kuning highlighter dalam buku ni.