Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label siri diskusi orang-orang yang belum kawen. Show all posts
Showing posts with label siri diskusi orang-orang yang belum kawen. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

menjadi mak abah

kalau cakap pasal nak jadi mak ni (penulis blog ni tak mengandung, tapi selalu la jugak terpikir pasal jadi mak mak nih),
aku selalu ja takut.
takut. dan belum bersedia pikul tanggung jawap.

jangan takut, nanti bila tiba masanya, hilang takut tu, kata orang.

tapi kali ni,
aku bukan nak cakap pasal takut.
aku nak cakap pasal sayang dan cinta yang tanpa batasan yang mak abah perlu bagi kepada anak-anaknya.

bila bercampur dengan orang yang lain dari orang yang kita selalu bercampur selama ni,
ada benda yang boleh buat kita sedar,
ada benda yang boleh buat kita terpikir,
dan ada benda yang boleh buat kita rasa bersyukur.

salah satunya, pasal menjadi mak abah.
pasal rasa sayang dan memaafkan yang tak berbelah bagi yang patut diberikan kepada anak-anak.

aku rasa sangat bersyukur ada mak abah seperti mak abah aku.

walau macam mana pun perangai aku, perilaku aku,
mereka tetap memaafkan aku.
mereka tetap menyebelahi aku.
mereka tetap menyayangi aku.

mereka tetap memaafkan bila,
aku melawan cakap,
bercakap kasar,
keras kepala,
menguris hati.

kalau ada cikgu ada mak ayah orang lain mengadu pasal aku,
mereka pasti nampak lebih menyebelahi cikgu dan mak ayah orang lain.
tapi....mereka akan menyebelahi aku,
bila aku mengadu tentang sesuatu,
bila aku sedih tentang sesuatu.

mereka akan memandang serius,
dan mengambil berat,
dengan apa yang aku rasa, dengan apa yang aku sedih,
walaupun lepas 2, 3 hari aku mengadu, aku sendiri akan rasa aku melebih-lebih dan tak patut.

aku tulis panjang-panjang nih,
point yang aku nak cakap adalah,
aku bersyukur sebab mak abah buat aku rasa,
walau-macam-mana-pun-celakanya-aku-dan-walau-macam-mana-pun-celakanya-hidup-aku-dan-dunia-luar-mereka-tetap-ada-untuk-sambut-aku-dan-ada-untuk-aku-bersandar.

dan aku berharap,
aku juga akan memberi impak yang sama kepada anak-anak..
aku juga akan memberi perlindungan dan tempat bersandar kepada anak-anak.
dan juga memberi rasa yang sama kepada anak-anak seperti yang aku rasa sekarang sebagai anak.



ya Allah.
berikanlah aku keupayaan untuk memberi kasih sayang dan cinta dan kemaafan yang tak berbelah bagi untuk anak-anak aku kelak.

Thursday, June 02, 2011

tengok orang kawen, rasa nak kawen jugak, tapi....

(oleh sebab baru balik dari kenduri lina dan sekarang ni musim cuti sekolah yang dipenuhi dengan majlis kahwin, maka ada isu2 berkaitan kahwin)



'ni husna bila pulak majlisnya?'
'lambat lagi kot'.
'apasal lambat lagi?'

selalunya, aku akan jawap, 'tak dak calon lagi'.
tapi ada sebab lain yang aku ada.
aku belum bersedia nak kawen.

kalau aku jawap belum bersedia,
sure panjang pulak ceritanya nanti.
malas aku nak menjawap. satu hal pulak nak terangkan.

kenapa aku belum bersedia?
orang cakap, mungkin sebab aku belum ada calon.
kalau ada calon, mesti zass terus kawen saja. itu orang cakap.

ha. ni jawapan aku. cakap aku.

kalau kawen, selalunya orang nak anak terus.
paling lama pun merancang, 2 tahun.
lepas 2 tahun kalau tak dapat anak, orang dah mula resah.
kadang2 orang sekeliling, makcik2, toknek2, yang melebih2 resahnya dari orang yang nak anak tu.
bab anak yang buat aku belum bersedia nak kawen.

kenapa aku belum bersedia nak anak?

sebab aku rasa aku tak punya kekuatan lagi nak jadi ibu.
aku tak mahu jadi ibu yang cool. aku nak jadi ibu yang baik.

orang kata, nanti kalau dah ada anak, pasti perasaan bersedia tu akan muncul.
nak tunggu bersedia, sampai bila2 pon tak bersedia.
aku pernah tanya kak ipar aku akan hal bersedia nak anak ni.
dia kata, dia tak pernah bersedia pon, bila dapat anak, terus tahu nak buat macamna dan buat saja apa yang kita rasa patut.
sekarang pon masih berlajar. redah saja dalam hal mendidik anak2.
tapi aku tengok, dia memang ibu yang baik. aku selalu buat dia sebagai contoh ibu yang baik.

aku nak jadi ibu yang baik mcam dia. dan macam mak aku.
tapi aku tak rasa aku punya ada sifat2 tu sekarang.

bagi aku,
nak jadi ibu yang baik. diri sendiri perlu baik dulu. diri sendiri kena betul.
cara fikir perlu betul. cara buat keputusan perlu betul. cara tengok dunia perlu betul.
sebab semua itu akan memberi kesan kepada anak2 nanti.
semua itu akan membentuk anak2.
bagaimana sifat dan pemikiran ibu bapa masa dia besarkan anak2, begitu sifat dan pemikiran yang akan terbentuk dalam diri anak2.

dalam diri aku, masih ada saki baki sad soul.
aku tak mahu anak aku ada sad soul.
dalam diri aku, masih ada kekangan yang aku cipta.
aku tak mahu anak aku nanti bersifat tertutup.

dan yang paling penting,
agama.
aku tahu, agama aku belum cukup bagus.
aku mahu memperbaiki itu dulu.
sebab aku mahu jadi ibu yang baik.

kalau ada orang yang nak kawen dengan aku,
pastu sanggup tunggu berapa lama pon sehingga aku betul2 bersedia nak anak,
itu nanti aku piker kan.
sebab hat ni kena ambil kira benda lain pulak.
tapi kesimpulannya, aku belum bersedia nak kawen.
dan aku plan nak kawen lambat saja.



tapi apa2 pon, kita hanya merancang.
Dia yang menentukan.
Dia lebih tahu apa yang terbaik tuk kita.

Monday, February 21, 2011

breaking and entering


filem ni tak popular sangat. dah lama dah tonton. mungkin 3 tahun lepas.
aku suka filem ni.
tapi yang bab melibatkan muslim bosnia tu aku tak berapa suka.


aku suka filem ni sebab ada tunjuk parkour move.

bagi aku, ia sangat menakjubkan. sangat pantas.


tapi, yang pentingnya dari filem ini adalah,

ia filem pertama yang telah membuat aku takut nak kawen.

ya. aku masih bercakap pasal kawen.
tadi waktu petang aku dan rakan2 masih bercakap hal kawen.

dalam filem ni,
jude law telah jatuh hati pada wanita lain, bila hubungan dengan wanita lain itu tidak menjadi, dia balik ke teman wanita dia.
aku fiker, kalau lah aku berada ditempat teman wanita dia ni, adakah aku berupaya memaafkan, mencintai dan mempercayai dia balik?

susah aku rasa.

kalau hubungan luar yang melibatkan seks semata2 pun susah nak maafkan dan percaya balik.
inikan pula hubungan luar yang melibatkan seks dan juga perasaan.
punah hati wei kalau tau pasangan kita cintakan orang lain.



tapi aku sedang belajar untuk tidak terlalu risau akan hal yang belum jadi. ntah jadi ke tak.
buat penat saja risau.


berdoa lah saja.
supaya dipermudahkan semua.
permudahkan jalan dan juga hati.



bila hang nak kawen? aku belum bersedia.....

adeh. pagi2 dah teringat pasal bab kawen2.

alang-alang aku teringat bab kawen2 nih. aku nak cerita skit.
aku ada beberapa hal berkenaan kawen ni yang menyebabkan aku rasa belum bersedia nak berkawen. atau lebih tepat lagi, aku takut nak kawen. takut nak bina famili.

1. takut bila dah kawen, baru tau suami kita tu kawen dengan kita sebab tangkap muat saja. contohnya, dia memang rasa nak kawen, wajip kawen ka harus kawen ka tak kisahlah, tapi dia tak dapat orang yang dia berkenan, maka kita sajalah pilihan yang dia ada. dia pon kawen dengan kita. pastu dah kawen pulak dok buat teringat kat perempuan yang dia tak dapat tu. buat pulak tu, kalau perempuan yang dia tak dapat tu dah solo dan nak kat dia, apa jadahnya pulak nanti.


ni kes selalu aku tengok berlaku kat orang yang terdesak nak kawen. oke, tak tau la perkataan terdesak tu sesuai ka dak. tapi macam tu la lebih kurang, rasa nak kawen sangat2. tapi tak dak sangat calon yang betul2 sesuai. tak dak orang yang kita dok berjanji bertahun2 pasal kawen ni.
tapi oleh sebab tertentu, sebagai contoh, nak kena kerja kat pendalaman, nak ada orang jaga, so kena cari orang yang kerja sama kat pendalaman tu. atau, nak pi studi luaq negara, nak orang teman, so nak kawen dengan orang yang boleh kita bawa. atau, mak bapak famili semua dok tanya bila nak kawen, so kawen saja sebab stress. atau sebab semua kawan2 dah pakat kawen, so kena jugak la kawen.
aku kalau boleh tak mau termasuk dalam contoh2 tu. tapi orang kata, kenal kejap ka, kenal lama ka, kalau dah jodoh, nak buat camna kan.
tapi kalau silap langkah camna?
tiada yang gerenti dalam hidup kan?
hat ni yang aku takut, takut silap langkah.
aku yang pikiaq kompliketed?

untuk hal no 1 ni, aku rasa,
apa jua alasan kita masa nak kawen tu, kita lupakan saja.
yang penting bila lepas kawen. dua-dua orang kena cuba bina hidup bersama. bersyukur dengan apa yang kita ada. cuba cintai dan suka sepenuh hati pasangan kita tu.
jangan dah dok nak teringat akan orang yang kita tak dapat. jangan dok rasa keputusan yang kita ambil tu betul ke tak. jangan dok buat menyesal sudah.

tapi kalau suami aku tu dok buat teringat kat kekasih lama camna? hat ni aku takut ni.
banyak kes aku tengok. sebab tu aku takut.

tu kes macam tu.
kalau kes kawen sebab cinta, pun aku tetap risau jugak.

2. aku takut nak menghadapi kes cinta yang pudar bila dah bertahun2 kawen.
dah saling mencintai satu sama lain dah bertahun2, dah berjanji setia selama bertahun2, pastu kawen.
lepas beberapa tahun, ada berlaku sesuatu yang mengganggu gugat alam rumah tangga.
contohnya, berlaku pergaduhan yang besaq2 ka atau kejujuran dan kesetiaan teruji bila suami ada main kayu 3 ka ataupun berlaku kes kematian melibatkan ahli keluarga pastu dok salahkan pasangan.
macamna nak buangan kemarahan, nak buang kebencian, nak buang perasaan ragu-ragu tu semua? walaupun dah maafkan pasangan kita.
kadang2 cinta ni boleh pudar, so macamna nak hangatkan balik, nak kembalikan balik cinta tu, nak kembalikan balik rasa percaya tu?
nak cinta balik, nak percaya balik, bukan senang. lebih susah dari nak mencintai dan mempercayai orang yang kita baru kenal.

aku takut aku tak dak kekuatan ni,
aku takut aku tak boleh mencintai balik, tak boleh nak percayai balik.
dan juga takut untuk bersabaq untuk buat pasangan mencintai kita balik.

aku dok risau pasal nak kembalikan cinta ni sebab, aku tak mau jadikan perceraian sebagai option bila berlakunya kes cinta yang pudar ni.
aku amat percaya yang rumah tangga ni melibatkan banyak usaha gigih.



tu hal suami isteri, belum masuk lagi bab anak2 dan famili.


3. aku takut hal anak2. aku takut dengan keadaan semasa anak remaja kita.
aku takut aku tak berjaya besaqkan mereka dengan sebaiknya.
tak ada sapa yang perfek, termasuklah ibu bapa.
tapi aku takut nak pikul tangggung jawap tu. sangat berat rasanya.
aku tengok macam2 berkenaan hal anak2 ni.
aku dah ada anak saudara dari umur 13 tahun lagi, dan mereka tinggal dekat dengan aku, so, macam2 kerenah aku tengok. aku jadi risau.
tanggung jawap jadi mak ayah ni sampai ke mati. risau sampai ke mati.

orang biasa kata, bila ada anak nanti, baru tau nak bertindak macamna. kita akan belajar dari mereka dari masa ke semasa.
kita akan sayang mereka sepenuh hati, dan buat saja apa yang kita rasa patut buat.

tapi adakah tindakan kita itu nanti betul?
aku takut hat ni lah.
adakah tindakan aku masa menghadapi anak2 tu nanti betul?





aku ni kompliketed kan?
aku tau lama dah.
jenis pikiaq banyak punya.
jenis pikiaq melalut punya.

sehat dak aku dok pikiaq dan dok risau macam ni?





Thursday, December 16, 2010

ko kenapa tak kawen lagi?

la ni musim cuti sekolah.
maka, banyak lah kenduri kawen.
banyak lah gambaq pengantin baru kat fb, blog dan lain2 tempat.

nak tinggai komen ucap tahniah pon macam seriau.
satgi timbul pulak perbualan yang dah malas nak layan.
contohnya.

"eh minah. ko dah kawen! tahniah. cantiknya ko."
"tq tq. ko bila lagi?"
ah. dia mai dah....
"aku lambat lagi kot"
"ye la tu... cepat2 lah kawen. apa nak tunggu lagi"
ah. sudah....
ok. aku cuba jadi positip. aku rasa depa ni tak dak soklan lain nak tanya dan saja2 ja tanya buat manis mulut. lepas tu depa pon dah tak ingat pasai perbualan tu.
jadinya, aku pon tak harus ingat akan perbualan tu.
itu hanya perbualan kosong.

tapi.....
kalau dah tanya "ko kenapa tak kawen lagi?" tu,
tengok2 la orang sekeliling skit kan. jangan lah tanya kenapa.
nasib baik juga soklan "ko kenapa tak kawen lagi?" tu bukan tuju kat aku.
tuju kat sahabat aku.
kalau tuju kat aku... ehem, aku ni punya baran jarang diuji.
aku ni yang sering dijolok sebagai orang paling positip yang pernah dijumpai oleh sahabat2 pon boleh naik hangin.
kaki tangan aku pon boleh tahan jugak lajunya.



tolonglah sensitif skit.
tahu lah tengah bahagia jadi pengantin baru.
ini soal jodoh ok. soal kewangan dan masa juga.
soal hati dan perasaan, soal kesediaan pikul tanggungjawap juga turut sama menyumbang.

sama juga hal anak.
usah ditanya bila nak dapat atau kenapa tak dapat lagi.

kalau nak tanya jugak, nak sangat tau,
cukup sekadar "ko dah kawen belum?" atau "dah berapa anak?"
kalau orang tu jawap "belum kawen lagi" atau "belum ada rezki".
usah ditanya soklan berkaitan selanjutnya.
tanya benda lain.
sembang benda lain.
sembang pasai year end sale contohnya.


oh ya. cakap pasai year end sale.
sale sana sini.
tapi aku tak dak peruntukan tuk itu.
ahhhh..
ada sapa dak yang sudi nak huloq duit beda aku shopping?







Friday, October 08, 2010

tiada janji, tiada perancangan

itu keputusan kami semalam.
lagi sekali kami putuskan begitu.



tiada janji, tiada perancangan.
aku titipkan dalam hati.
supaya aku tidak tertanya2 lagi,
apakah semua ini.
supaya aku tidak perlu khabarkan padanya lagi,
usah serius dengan aku.













Saturday, August 07, 2010

aku cuma belum bersedia, vol 2

kalau aku menjawap,
"aku belum bersedia",
pasti ada soalan berikutnya.

"kenapa belum bersedia?"

aku akan jawap,
"aku belum bersedia untuk pikul tanggungjawap".

lepas itu, pasti ada soalan lagi. dan lagi.
dan aku terus menjawap tanpa hirau rasa letih untuk menjawap berkali-kali bagi soalan yang sama untuk orang yang sama.

tapi,
kini,
untuk orang yang sama dengan soalan yang sama,
aku akan jawap,
"aku tidak laku".

itu jawapan selamat aku.
jawapan yang ada sedikit benar dan ada sedikit kelakar.

jawapan yang akan aku tamatkan dengan senyuman atau berkata "betullah".

soalan mereka kepada aku akan mati di situ.
dan tajuk perbualan akan bertukar.

tapi persoalan dan tanggapan terhadap aku mungkin tidak berkesudahan dalam kepala mereka.

tapi,
aku tidak perlu risau akan hal itu.
biarlah mereka dengan tanggapan mereka, biarlah mereka dengan keserabutan yang dicipta sendiri itu.

aku tetap senang bergini.
tetap bergembira dimasa ini.









***********************************
haiyo.
aku sebenaqnya ada entry bergambaq nak tulis,
terutama pasal bluinc bumper rewards di 1Borneo. tapi broadben tak kuat disini. harus upload gambaq di lab.
semalam, hari pertama roadshow aku dan aini dah tercegat kat 1Borneo.
berbaloi jugak tercegat pada hari pertama, banyak dapat benda hat best2.

aku adalah manusia yang suka free gift dan free sampel.
ekekek.




Tuesday, May 25, 2010

lagu feveret

Moriarty - Private Lily .mp3
Found at bee mp3 search engine




private lily dari moriarty.
lagu feveret aku buat masa ini.

aku nyanyikan lirik terawal lagu ini pada sahabat2.

my name is lily
i'm 19 years old
no money to study
no boyfriend
i'm kind of bored


depa kata,
kalau gantikan lily dengan husna,
dan 19 ke 26.

aku rasa, itu sangat tragic.


Saturday, April 10, 2010

seetuupit

i rasa,
kita tengah main a setupit game.
mari kita lawan sapa nak cakap dulu.
nak cakap yang kita ni patut berhenti takat ni saja.
atau nak cakap jom kita pi lebih jauh.
dah setahun dah ni buang masa main setupit game nih.


**********************************

tadi masa tengah jalan kaki otw nak mai lab,

zati tanya, "hang rasa apa benda paling kompliketed dalam dunia ni?"
aku jawap, "hati perasaan dan fikiran orang".

aku sekarang, memang tengah jadi manusia kompliketed.
kompliketed dengan perasaan sendirik.
tak tau apa sebenaqnya aku mau.
dari diri aku sendirik atau dari diri dia.


apa2 pon aku adalah manusia yang pandai nak put my guard high.
satu kepandaian yang aku rimaih sendirik.



***********************

selamat berhujung minggu semua.
hujung minggu aku bermula pada hari jumaat dan berakhir pada hari isnin.
muhaha..
tapi ada jugak kadang2, hujung minggu stat hari jumaat, berakhir hari rabu..
ngeeee



Monday, January 04, 2010

BIG no no

aku selalu kata dan meyakinkan sahabat-sahabat yang aku tak akan sama sekali berkasih dengan ex-boyfren sahabat sendirik...

tapi persoalannya, kalau boyfren sahabat sendiri?










muhahahahaha...

agaknya, ada tak yang risau dengan persoalan ini?




p/s: jodoh pertemuan ditangan Allah...





Monday, December 21, 2009

sulitnya kehidupan

3 orang sahabat.
seorang yang sememangnya positif single.

seorang yang mengaku single, tapi sebenarnya tak brapa nak single sangat.
seorang yang tak mengaku single dan tak mengaku juga ada wujudnya bf.

sedang bersembang-sembang dan curhat dengan baju kurung pergi kenduri kawen kak yati masih dibadan.
telah membuat satu kesimpulan;
cinta, perasaan, dan kehidupan adalah sesuatu yang sulit.

sama ada ia sememangnya sulit atau dibuat-buat sulit, tiada garisan pemisah yang jelas.
tapi yang pasti, hidup ini masih panjang untuk dirisaukan.
dan hidup ini juga sangat pendek untuk disia-siakan.

walaupun untuk sehari atau sejam, banyak perkara dan kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh masa tersebut.
maka nikmati lah hidup ini sepenuhnya, janganlah terlalu risau akan momokkan masa hadapan.
dan juga hiduplah dengan sepenuhnya, janganlah mensia-siakannya...



adakah ini tanda-tanda 3 orang sahabat ini sudah semakin tua?




-----------------------------------------------


p/s: malas tul nak cuci maskara nih!

p/s/s: menu sarapan pagi esok: telur rebus bunga telur kenduri kak yati, dimakan bersama kicap masin.

p/s/s/s: kak nadiah. gambar kenduri kak yati nanti husna uplod ek. buat masa ini, keadaan tenet sangat tidak mengizinkan... rasanya cek farhana dah uplod dalam blognya....


Tuesday, November 17, 2009

tidak akan jadi sepertinya... konon..


diskusi hari ini.
diantara orang-orang yang dah sampai umo nak kawen, tapi tak mau kawen lagi....

aku telah membuat kesimpulan:
1. sebanyak mana kita cuba untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang kita tak suka yang mak dan bapak kita buat semasa membesarkan kita, kemungkinan besar, sebanyak itu jugak lah kita akan buat bila membesarkan anak-anak kita sendiri suatu hari nanti.

2. jangan terlalu membenci ibu bapak pabila kita rasa perkara-perkara yang mereka lakukan itu tak releven, kerna suatu hari nanti, tanpa kita sedari, kita akan mengulangi perkara yang sama...


sekian, laporan meeting dalam lab-sambil-minum-kopi-sambil-bergosip-sambil-makan-mamee-sambil-ngadap-journal hari ini..



p/s: kesimpulan ini dibuat berdasarkan pengalaman sendiri, pengamatan orang-orang disekeliling, pengalaman orang lain serta dari pembacaan teori.. dan juga mungkin berdasarkan fakta-reka-sendiri.