Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

reunion, batch '77



sampai ke pagi raya ke-3,
kawan-kawan yang aku jumpa hanya zati dan kerol.
yang lain belum sempat.
mungkin sebab utamanya, orang kuat buat aktiviti reunion/konvoi raya tak balik raya kat kampong tahun ni.

tapi semalam,
aku ter-pergi ke reunion batch 1977. bukan sekolah aku punya batch.
gila seronok tengok depa buat reunion.
bawa anak-anak yang dah besaq panjang dan cucu-cucu.
kenalkan pada kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.
syiok!



oh ya.
selamat hari raya tuk semua!!



p/s: eh. sebenaqnya, kalau nak kira batch tahun bila, orang kira tahun kita masuk sekolah atau tahun last kat sekolah? tahun spm contohnya?

Tuesday, July 02, 2013

kain untuk armchair pertama


ngahngahngah
belajar pun belum.
orang itu pun belum tentu sudi nak ajar aku.

kain dah siap beli.
aku beli kat handmade market masa Victoria street project semperna Georgetown festival pada 29hb jun yang lalu.

masa beli, aku teringat nak buat beg ja.
tapi balik rumah, aku rasa nak simpan tuk buat armchair.
teeheee.

selain tu,
aku ada beli kain yang bercop peta dunia dan kain corak.
yang petak-petak merah tu, dapat free.

peta dunia, nanti nak gantung kat dinding. dinding mana, nanti pikiaq.
kain corak dan kain petak-petak dapat free tu, nanti jugak dipikerkan boleh buat apa dengannya.







aku rasa,
aku dah nak jadi macam mak aku ja ni.
dia punya koleksi kain yang tak berjahit sangat la banyak.
yang berusia 20 tahun lebih pon ada.
yang 30 tahun lebih pon ada kot.

sekali sekala, bokkeluaq dari simpanan, bercerita tentang sejarah kain tersebut dan plan-plan nak buat apa dengan nya.
pastu simpan balik.
itu aktiviti yang kami anak beranak suka buat!


Tuesday, February 19, 2013

laut dan pantai









rindu gila kat laut dan pantai.
tapi untuk 2 hari tersebut, gue tak sentuh air laut langsung.

mungkin,
lepas ni, akan selalu bersama laut dan pantai.

yeah

Sunday, December 30, 2012

tadi siang aku bertunang

last ada majlis pertunangan di rumah aku adalah,
pada tahun 1994.
kak aku bertunang.
masa tu, aku darjah 4.
tak ingat apa sangat. kecik. tau seronok ja.

sekarang pun seronok juga.
tapi, plus letih.

Saturday, October 27, 2012

tentang raya haji 2012

1. seperti raya haji tahun-tahun lepas di kampung, aku makan daging sampai pening.

2. adik aku baru ja naik bas tadi. oleh kerna mak aku tak ada di rumah tahun ni, maka aku dipertanggungjawap oleh mak aku tuk sediakan makanan tuk adik aku bokbalik ke uni. rasa macam ibu yang punya anak-anak besaq panjang pun ada jugak. dan aku enjoy setiap moment itu.

3. esok aku dah nak balik keja. hadodoi. lagi susah nak dok cuti lama-lama.

4. aku berjaya masak semua benda yang aku plan nak masak. bagi aku ok la kan. perasan dengan masakan sendiri tu selalu ada.

5. sori gambaq tak ada. seperti biasa, kalau tengah (buat-buat) bizi, aku lupa pasal kamera.

Thursday, October 25, 2012

PIC tuk dapoq




untuk hari raya haji tahun ini,
dengan ketiadaan mak abah aku dirumah,
dengan penuh rasa tanggungjawap,
aku melantik diri sendiri,
sebagai person in charge tuk dapoq.

tadi,
aku dah masak tuk makan tengah hari,
udang masak lomak.

sok, hari raya,
aku plan nak buat nasik tomato.
aku masak nasik, kak timah masak ayam masak merah resepi mak aku yang diubahsuai.

lusa,
aku plan nak masak nasik daging.


resepi banyak rujuk kat internet,
dan ikut sesedap rasa sesuka hati.

selain itu,
aku nak buat kek coklat kukus resepi kak marina kegemaran ramai,
serta puding roti muna yang menjadi igauan geng lab.


esok-esok, kalau hampa mai umah aku,
kalau pintu rumah aku tu tertutup,
ada dua makna.
pertama, aku pi beraya untuk mengeratkan silaturahim,
kedua, masak tak jadi, maka pi makan kat umah orang lain.


p/s: salam aidiladha tuk semua!!

Wednesday, October 24, 2012

sentuhan wanita

mak abah aku tahun ni pi buat haji.
jadi rumah aku kat kampung, bang caq aku yang jaga.
bersama anak-anaknya.

bila aku sampai kampung tadi,
aku agak terkejut dengan rumah yang agak kemas.
thumbs up tuk bang caq!

tapi kan,
aku rasa, rumah ni, tetap memerlukan sentuhan wanita.

contohnya,
dapur yang kena ada bau memasak.

Wednesday, September 12, 2012

i love her

she taught me one thing.

'although you dont have a chance to speak up your mind loudly, but you must hold on to what you believe. you must know where you stand'

Sunday, August 26, 2012

raya 2012




raya 2012 highlight:
pertama kali aku memberi duit raya. setelah berumur 28 tahun.


tapi,
itu tidak bermakna aku tidak mendapat duit raya.
teehee.


Wednesday, August 22, 2012

bila maknyang atau achik mereka balik kampung




dah basuh kaki?
dah.
check.

dah kencing?
dah.
check.


Monday, August 20, 2012

nana and yaya

sedap jugak kalau boleh guna untuk nama band.
indie band.


konon-konon lah kan.

wassap yaya

aku ada soooorang ja adik.
nama hidayah.
dalam famili panggil cekyah.

panggilan cekyah itu,
aku yang stat panggil.
kini semua panggil dia cekyah. kecuali abah.
abah kurang bersetuju dengan panggilan cekyah sebab abah lebih suka kami dipanggil dengan nama penuh. dengan nama yang dia beri.

tapi itu bukan isunya.
isunya disini,
aku nak tukaq panggilan dia.
rasa macam dah tak mau panggil cekyah.

aku nak panggil yaya.

macam lebih hip dan cool.





wassap yaya!
assalamualaikum kak na.

Wednesday, August 15, 2012

yeay. aku dah balik kampung tuk beraya!


pandangan luar tingkap bila baring atas katil kat kampung.
:D


Tuesday, July 10, 2012

bau-bau dari kenangan indah

aku pernah takut yang aku akan lupa bau-bau yang indah.
bau mak aku.
bau abah bila abah baru balik dari sawah.
bau rumah di waktu tengah hari bila balik dari sekolah.
bau udara kampung waktu petang.

aku tak mau lupa bau-bau itu.
atau bau-bau indah yang lain yang mengiringi hidup aku yang indah.

tadi,
bila aku balik ke rumah dari tempat kerja,
aku ada terhidu satu bau.
bau yang mengingatkan aku kepada satu memori indah.

memori rumah aku dikala senja ketika kampung aku sibuk dengan musim menanam padi.
bau masam air sawah padi campur bau selut campur bau bedak siam campur bau minyak angin campur bau kopi.

campuran bauan ni dicipta oleh orang patani yang diupah abah aku untuk menanam padi.

semua itu berlaku diawal tahun 90-an.
ketika amalan gotong royong menanam padi sudah tiada,
ketika kaedah menanam anak padi menggunakan sistem mengubah masih popular di kampung aku (sekarang lebih popular dengan sistem tabur terus),
ketika amalan mengupah petani dari patani untuk menanam anak padi sangat popular.

petani-petani dari patani ini akan tinggal di rumah aku lebih kurang seminggu.
mereka akan keluar ke sawah diawal pagi seiring dengan aku nak keluar kayuh basikal ke sekolah.
depa hanya akan balik ke rumah di waktu senja.
makan pagi, makan tengah hari, makan petang, solat, semua dibuat di sawah padi.
ya. mereka sangat gigih.
sampai kaki dan tangan sangat pedih akibat berendam lama dalam air sawah padi yang berasid.
nak suap nasi dengan tangan pun tak boleh. kena guna sudu.

dan mak aku juga gigih. gigih memasak.
sarapan, makan pagi, makan tengah hari, makan petang dan makan malam.
dan aku sangat seronok menyusun pinggan plastik, cawan plastik, bekas makanan, flask berisi air kopi kedalam dalam raga biru.
macam puzzle.

oh. sangat rindu waktu-waktu itu.
aku suka berada dikalangan petani-petani itu semua.
dengar cerita pasal tempat tinggal depa, kongsi snek yang depa bawak dari rumah depa, tengok gambar famili atau gambar anak-anak yang depa bawak.


oh.
sangat banyak bau-bau yang indah yang aku tak mau lupakan!



p/s: cekyah mesti tak ingat semua ni kan. hahahahaha.

Friday, November 11, 2011

selepas memakan banyak daging lembu





aku ingat nak diet secara serius balik.
tapi kalau aku umum nak diet kat blog, sure tak jadi.

aish. makin banyak baju kegemaran aku tak leh pakai.


gambaq kat atas,
diambil pasa raya pertama.
gambaq diatas memang tak lah elok sangat, terutama pencahayaan.

tapi demi nak tunjuk pinggan china milik arwah tok misah aku yang paling aku suka guna, aku boh jugak lah gambaq ni.
masa balik hari raya haji hari tu,
aku dah booking awal2 dengan mak aku, bila aku ada rumah sendiri, aku nak angkut skit pinggan milik arwah tok misah. ada lagi beberapa corak dan saiz.

tok misah aku beli pinggan tu sekitar tahun 60-an.
oleh tu, sekarang ni, nak dekat 50tahun dah usia pinggan tu.
kalau nanti panjang umoq, boleh la aku bagi tau kat cucu aku ni pinggan berusia 100 tahun milik tok aku, great great grandma depa. ahaks.
(lepas moyang orang paggil apa ha?)
pinggan china tok misah sebelum tahun 60-an tak dapat dikesan.

aku juga nak ambil pinggan arcopal yang pertama mak aku beli.
mak aku cakap, tunggu dia tak dak baru boleh ambil.
tapi bodek punya bodek, aku dapat jugak sebahagian pinggan. keskes

kalau pasal gelas dan cawan pulak,
aku dah plan nak hangkut yang mak ngah aku punya.
dia punya gelas sangat klasik.



kesukaan aku terhadap kitchenware sangatlah gila sekarang ni.
lagi gila bila tak berduit nak beli dan tak dak rumah sendiri nak letak.
aish.

Friday, November 04, 2011

duduk mengadap tingkap tengok hujan, minum teh-o sambil bukak album lama




jam 5ptg lebih kurang,
afrina, tengok ni abang anip masa kecik-kecik- berkata maknyang yang bersuara guruh.

Thursday, October 27, 2011

jaipur/agra/kerala

aku memang sangat teringin nak pi india.
pilihan tempat yang utama adalah:
1. jaipur
2. agra
3. kerala


tadi,
aku jadi kerja dok tengok kat mana jaipur, kat mana agra dan kat mana kerala dalam peta india.
dan jadi kerja jugak dok tengok pasal travel delhi-agra-jaipur-delhi. tengok hotel lah, tengok kos pengangkutan lah, tengok forum lah, tengok pakej lah.



aish.
terus jadi gila.
gila nak pi agra dan jaipur.
gila nak plan travel ke agra dan jaipur.
dan gila dok kira kos.

Monday, October 10, 2011

sentosa



1. ini idea afrina.
2. pada suatu petang di kampung. jam 3 petang lebih kurang.
3. rumah tiada pangkin, jadi afrina bok keluaq tikaq.
4. afrina bok keluaq bantal dia yang masam itu.
5. aku bok keluaq spek mata hitam dan kamera.
6. seronok lihat awan bergerak laju.
7. angin bertiup agak kuat.


rasa sentosa.


Monday, September 26, 2011

aku mau balik kampung!!


rindu kat ahli rumah!



ini gambaq dicuri dari fb mak dia.
masa balik hari tu, tak banyak gambaq budak2 dirumah yang aku tangkap.
mungkin balik kali ni, aku perlu tangkap gambaq lagi.


p/s: ibu farah, weekend ni maknyang book farah! ekekekek




farah eja pokok kelapa?
k-a, ka
k-a-k, kak, kelapa.
k-a, ka
k-a-k, kak, pokok kelapa!

Sunday, September 04, 2011

habes cuti raya

esok aku balik.
cuti sudah habes.

sekarang jam 3 pg, aku dok kukus kek lagi.
sambil buat, sambil layan the cave of the golden rose aka fantaghiro.
layan siri yang ke-3, yang ada tarabas.
huyooo. walaupun dah tua, aku masih rasa tarabas itu manusia yang sangat hensem.

siang tadi pulak,
aku layan fantaghiro siri 1, sambil buat laksa sarawak.

hari ni, tiba2 teringat kat fantaghiro pulak.
teringat dulu, pakat gila la dengan nama fantaghiro dan tarabas. gila kat muka tarabas tok sah kata lah.

masa aku dok memulun tengok fantaghiro dengan tenet yang slow dan selalu terputus-putus, adik aku buat dek ja.
rupa2nya, zaman dia kecik, dia tak terlibat dalam kegilaan siri fantagiro yang melanda malaysia.




emmm. kek cokolat kukus yang ke-2 sudah siap.
daaaaa