Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, March 23, 2012

separuh kedua baucer buku


separuh pertama aku beli ada dalam post ini.
keseluruhannya, aku dapat beli 10 buah buku guna baucer buku.
syok!

hampir setiap hari, inilah yang aku selalu buat







kalau The-Big-Bos bukak blog aku,
mesti dia kata, kalau tak letak gambaq pi kenduri kawen,
mesti letak gambaq makanan.
well... boss...

Friday, March 16, 2012

the girl with the dragon tattoo (buku)



sebelum keja kedai buku, aku pernah ternampak buku ni kat rak buku best seller. tapi tak pernah rasa nak belek atau beli.
seterusnya, aku tahu, buku ini dialih bahasa (tapi tak tau asalnya bahasa apa) dan best seller. tapi tak pernah rasa nak belek awat boleh jadi best seller atau nak beli.
seterusnya, aku tahu, buku ni dah di buat filem. tapi tak rasa nak belek2 atau beli.
seterusnya, aku tahu, ada filem dari hollywood pulak keluaq. aku tengok trailer. tapi tak rasa nak belek2 amik tahu atau beli.
faktor utama aku tak rasa nak belek2 atau beli adalah, aku kurang berminat dengan buku2 crime/thriller/mystery.

tapi.
bila aku berkeja dalam inventory kat kedai buku.
bila stok the girl with the dragon tatto dan 2 buku yang lain dalam siri millennium sampai beratus-ratus, aku pegang sebijik. nak baca sinopsis kat belakang buku.
bila habes baca sinopsis, aku tak rasa nak baca atau beli.
tapi....
bila aku baca 'about author', bila terbaca saja penulis dia, stieg larsson, mati sebelum buku2 dia dipublish. terus aku rasa sedih untuk penulis tu dan terus aku terpikir 'mesti buku ini sangat bagus sebab boleh publish walaupun dia dah mati'.
dan.
terus rasa nak beli.

maka,
aku beli sebab rasa kagum aku terhadap penulis dia, stieg larsson.


lepas viva,
aku balik kampung.
aku balik kampung tak bokbalik tesis yang perlu diperbetulkan. tapi aku bokbalik the girl with the dragon tatto.

bila baca.
fuh. memang tak boleh henti.
aku pun terkejut dengan diri sendiri.
buku2 crime/thriller/mystery bukan pilihan aku.
rasanya untuk kategori ini, aku hanya pernah baca siri hannibal lecter dan buku2 kathy reichs.
siri hannibal dah lama aku baca dan kathy reichs pulak aku selalu baca lambat2 dan jarang baca sampai habes sebab banyak sangat medical term yang aku tak paham.

ok. pasal the girl with the dragon tattoo nih.
banyak review cakap pasal plot, character dan story yang bagus.
tapi tak tau pasal itu semua.
yang aku tau. bila stat baca, aku tak boleh berhenti.

lain2 yang aku suka;
1. gambaran setiap character yang sangat mendalam dan aku sangat suka. detail.
2. haruslah watak heroine dia, lisbeth salander yang paling aku suka. sebab aku sangat suka dengan watak2 macam ni. macam dalam kebanyakan watak anime/manga. watak utama yang penuh mesteri, yang punya kebolehan yang luar biasa tapi dia sendiri rasa biasa2 tapi orang yang kenal dia sangat kagum/takut/admire kat dia. emm macam naruto atau ichigo dalam bleach.


buku ini, buku pertama dalam siri millennium.
buku ini ada cerita pasal manipulasi ekonomi.
aku banyak tak paham.
tapi itu bukan halangan tuk aku tutup buku.

sekarang aku tengah baca buku kedua, the girl who played with fire.
lagi syoook!

selamat membaca!!




p/s: fuh lama gila tak buat review buku.

kenduri kawen aini (10hb mac)


1. bertolak dari johor ke perak pada 10hb mac tu.
2. kami sampai kenduri aini dah lewat. jam 5ptg macam tu kot. dah tak dak sapa dah. tinggal adik-beradik aini ja.
3. tapi dah telefon aini awal2, mintak dia jangan bukak baju sanding. tapi bila sampai, tudung dia herot2, tapi boleh dimaafkan. ekekekek.
4. pengantin lelaki pun sanggup pakai sampin n tenggolok balik. cool la alias. dan rajin pulak tu. muhahahhaa.
5. sampai pun dah letih, tak banyak gambaq yang mampu ditangkap.
6. tak banyak gambaq yang ditangkap juga sebab lebih bizi nak bergosip pasal baju pengantin, makeup yang tak puas hati dan lain2 perkara berbangkit.
7. aku sangat pantang terhadap hal2 meng-upload gambaq2 yang tak sempurna. sebagai contoh, gambaq kabur (kalau ada ciri2 konon seni tak pa) atau ada sorang dalam ramai2 tak bersedia. tapi, disebabkan oleh muka aku yang nampak macam ayu semacam ja dalam gambaq dibawah, dan juga sebab pilihan gambaq tak banyak, maka aku upload jugak kat sini walaupun ain tutup mata. muhahahahaha
8. sori ain!








p/s: esok geng lab ramai2 pakat nak pi kenduri aini-alias sebelah alias pulak. aku tak dapat ikut. keja! huh

majlis akad nikah kak nad (9hb mac)


1. minggu tersebut, banyak kenduri. majlis akad nikah dan kenduri (9hb dan 10 hb mac) kak nad dan aini sama.
2. jadi, pilih untuk ke majlis akad nikah kak nad pada 9hb. 10hb nya pi kenduri aini.
3. majlis kak nad di melaka. pada pagi 9hb mac, bertolak ke melaka dari penang.
4. esoknya, 10hb mac, bertolak dari johor ke perak. ke kenduri aini.
5. semasa akad nikah kak nad, aku letakkan diri aku dibelakang kak nad. supaya nanti gambaq akad nikahnya banyak ada muka aku. kehkeh.
6. aku sangat suka pelamin kak nad yang diluar rumah. yang ada bunya harum sundal malam (kalau tak silap).
7. ini pun entry versi basi.












kejadian pada 29hb (gambaq)






lama gilaaaa tak update blog!
dah basi kot gambaq ni, tapi tak pa lah. boh jugak lah. last entry tak sempat boh.