Monday, December 21, 2009

kenduri kak yati

kak nadiah,
saya ada tangkap gambo kak yati di kendurinya...
khas untuk tatapan kak nadiah.
tapi malas pilih. malas nak upload...
kak nadiah dah tengok dalam blog farhana kan?
hehhehehe.
cantik kan kak yati?



sebab sebenar aku malas nak letak gambo masa kenduri tu adalah:
muka aku dalam semua gambo nampak kembang sebesaq pinggan.
tak cun. tembam. semedang pipi kembung.
kaki aku ja cun pakai kasut 4 1/2 inci.
tapi tak kan nak letak gambo kaki ja plak.

sori kepada sesiapa yang ingin tengok gambo kenduri kak yati dari blog aku.
korang pi tengok kat blog farhana.


kalau nanti-nanti aku rajin.
aku letak k.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
:)




aku ada 1 keupayaan



keupayaan membuat sesuatu perkara, yang akan memburukkan lagi keadaan.

maafkan aku sayang.

aku juga sedih.
aku juga marah.
aku mahu menulis nota disini.
tetapi keupayaan aku memburukkan lagi keadaan itu tidak membenarkan.






sulitnya kehidupan

3 orang sahabat.
seorang yang sememangnya positif single.

seorang yang mengaku single, tapi sebenarnya tak brapa nak single sangat.
seorang yang tak mengaku single dan tak mengaku juga ada wujudnya bf.

sedang bersembang-sembang dan curhat dengan baju kurung pergi kenduri kawen kak yati masih dibadan.
telah membuat satu kesimpulan;
cinta, perasaan, dan kehidupan adalah sesuatu yang sulit.

sama ada ia sememangnya sulit atau dibuat-buat sulit, tiada garisan pemisah yang jelas.
tapi yang pasti, hidup ini masih panjang untuk dirisaukan.
dan hidup ini juga sangat pendek untuk disia-siakan.

walaupun untuk sehari atau sejam, banyak perkara dan kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh masa tersebut.
maka nikmati lah hidup ini sepenuhnya, janganlah terlalu risau akan momokkan masa hadapan.
dan juga hiduplah dengan sepenuhnya, janganlah mensia-siakannya...



adakah ini tanda-tanda 3 orang sahabat ini sudah semakin tua?




-----------------------------------------------


p/s: malas tul nak cuci maskara nih!

p/s/s: menu sarapan pagi esok: telur rebus bunga telur kenduri kak yati, dimakan bersama kicap masin.

p/s/s/s: kak nadiah. gambar kenduri kak yati nanti husna uplod ek. buat masa ini, keadaan tenet sangat tidak mengizinkan... rasanya cek farhana dah uplod dalam blognya....


Saturday, December 19, 2009

hari hari aku sejak minggu lepas


1. lepas 3 4 hari baru keluar bilik. pagi petang siang malam sorang-sorang duduk bilik boleh buat aku jadi gila. sebab tu dalam 2 3 hari ni, asyik merapumerepak.

2. bilik semak. paper-paper berselerakkan atas lantai. nampak cam tengah sangat bizi. mood seperti itu penting. aha.

3. baju bertimbun tak basuh. 4 set cadar tak basuh. tengah guna cadar yang terakhir. kalau mak aku tau, dia akan kata "rajin sungguh anak mak nih".

4. hari-hari minum teh. siang malam.

5. megi dah muak. minggu pertama asyik makan megi ja.

6. cabaran 45 hari tanpa nasi maseh berlangsung. hari ini hari ke-18. ingatkan nak stop kejap pastu sambung balik tuk kenduri kak yati esok... tapi dah terbukak semalam. semalam makan kat umah aini. sambutan belated punya besday aini. makan 2 sudu nasi. boleh tak kalu tak dikira makan nasik? hehehehehe..

7. janji dengan Bos-No-2 nak siapkan 3 chapter, dalam 1 minggu ja. tapi ni dah masuk minggu ke-2... minggu ke-3 pun Bos-No-2 takde. dia pi mesir pastu sambung cuti balik kampung.. yehooo.. ni nama dia rezki aku. banyak nak kena buat nih..

8. konon nak cuti blogging, tapi hampeh tul. tapi aku hadkan la gak. tambah plak internet kat bilik aku sangat sangat sangat la hampeh... jadi, tak la aku dok buang masa layan tenet lama-lama tengok benda-benda tak da paedah.....




p/s: ada gambo nak letak. tapi memandangkan signal tenet cam hampeh ayam, maka nanti-nanti la ek.. ni pon kena dok asyik refresh network connection dengan bersungguh-sungguh, baru boleh publish. haih.





persetankan itu semua



dan aku bukan lagi manusia yang punya hati dan perasaan....










tapi,
adakah itu yang aku mahukan?






Friday, December 18, 2009

salam maal hijrah 1431H


aku menari di bawah cahaya sang matahari yang melimpah.
aku juga menari didalam hujan yang mencurah dari awan kelabu.
aku mahu terus menari.
terus menari walau apa jua keadaanya.
seperti disaat ini.
aku tetap menari dengan penuh bahagia dalam keributan ini.



--------------------------------------------

ini adalah percubaan pertama aku merapumerepek dalam keadaan aku gembira dan bahagia.
sebelum ini, aku hanya mampu merapumerepek jika aku dalam keadaan sedih, marah atau perasaan-perasaan negatif yang lain.
makna kata, aku memang berkeupayaan untuk menghumban jiwa aku sepenuhnya ke dalam perasaan yang negatif, tapi tidak ke dalam perasaan-perasaan yang positif.
ia adalah sesuatu yang memalukan tuk diri sendiri aku rasa.
aku tidak tahu menghargai perasaan-perasaan positif yang aku rasai.

jadi,
semperna awal muharam ini, aku mahu berubah..
seperti sekarang, aku cuba merapumerepek berkenaan perasaan gembira aku ketika berada ditengah-tengah keserabutkan menghabeskan penulisan thesis ini..

dikira sebagai azam tahun baru? boleh laaa kot.

jadi..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431H kepada semua!!!

alhamdulillah.... kerana kita diberi nafas dan peluang lagi seperti ini..
alhamdulillah juga untuk segala yang dilimpah oleh NYA kepada kita..

aku telah banyak mensia-siakan hari-hari di tahun-tahun lepas...
ya rahman, ya rahim, ampunlah diriku yang sentiasa berada dalam kerugian ini...

begitu juga juga kepada orang-orang kesayangan aku... dan tentunya anda juga...
semoga tahun ini penuh dengan keberkatan dan keredhaanNYA..
amin...





Thursday, December 17, 2009

pergilah kamu semua


HA: kamu tidak seharusnya hadir disaat ini, Air Mata!
AM: Lara telah membuka ruang. aku hadir atas rintihannya.
HA: kamu harus pulang! sekarang!
AM: aku akan pulang jika Lara ikut bersama.
HA: kamu ambillah Lara pergi! aku tidak mahukannya!
AM: tidak. Lara mahu bersama kamu.


--------------------------------------

pergi jauh dari aku Lara!
aku tidak mahu kamu berlama-lama di sini.
aku hanya memanggil kamu sekejap saja.
cukuplah untuk tempoh ini.
pergi Lara!
atau aku akan memBUNUHmu terus!


------------------------------------

Lara datang hanya kerna Hatimu telah menjemputnya.
suruhlah saja Hati kamu membawanya pergi.
tidak usah sampai perlu mematikannya.
kerna nanti, Hati kamu akan mati.
mati kerja tiada lagi Jiwa.
seperti hati-hati yang memenuhi dunia dengki ini.



------------------------------------




p/s: aku hanya mampu mengarut seperti ini kalau aku sedang bersedih....

p/s: ini aku tules semalam. hari ini aku sudah seperti aku yang biasa....




Wednesday, December 16, 2009

ia mengalir lagi




ia mengalir lagi
tanpa aku tahu dimana pangkalnya
dimana penghujungnya
tidak seperti hujan yang mencurah tika ini
yang aku tahu dari mana ia datang
ke mana ia akan pergi

ia mengalir lagi
tanpa aku tahu sebab musababnya
telah pun demikian rupanya
aku tetap takut untuk mencari jawapannya
kerna aku takut akan hakikatnya
yang mungkin akan merobek jiwaku

aku terus melangkah
melangkah dalam kepura-puraan



Tuesday, December 15, 2009

gambar pasport


siang tadi, aku ada kena tangkap gambar pasport.
hasilnya? seperti biasa. tak brapa nak puas hati.
bila setiap kali gambar pasport diambil... pasti...

1. pipi kembung tak boleh nak sembunyi kot mana.
2. senyuman pelekat senget sebelah.
3. kerongsang bawah dagu senget sebelah.


haih.

tapi... kulit aku nampak cam licin. pandai depa edit.



p/s: pasni, rasanya entry-entry aku susah nak ada gambo. kamera belum keluar wad. haih haih.




Monday, December 14, 2009

sijil

laporan terkini dari tempat pertapaan.

jam 12 tgh malam.
lagu yang diulang-ulang: biar jiwa, fynn jamal.
aktiviti: belek-belek sijil-sijil. thesis tolak tepi sat.



dalam dok belek-belek sijil ni, aku ada jumpa perkara-perkara yang tak brapa logik dek akal dan menyedihkan...
contohnya...

1. sijil berhenti sekolah menengah. sek men keb putra. ruang jawatan khas, ada tules, ketua tingkatan 5A. apasal aku tiada ingatan tentang aku penah pegang jawatan tu? nampak sangat aku tak buat bakti apa-apa kat kelas... dan tak buat kerja gamaknya...lawan cikgu kelas ada la aku ingat.
2. sijil pendidikan seni pmr. aku dapat A. camna boleh dapat A pon tak tau. tangan dari dulu sampai sekarang kiat. aku saspek cikgu zaiton bagi semua orang dapat A.
3. sijil jamboree. ya aku budak pengakap. BIMP-EAGA jamboree 2000 dan 18th asia pacific jamboree 1997. kena gigit dengan anai-anai. masa tu simpan dalam almeri kat umah. anai-anai buat border lekuk-lekuk tambahan. sedih tul. bukan tu ja... banyak lagi yang kena gigit ngan anai-anai.