Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label majalah. Show all posts
Showing posts with label majalah. Show all posts

Thursday, November 01, 2012

diet detox. ala husna




setelah berbelas-belas tahun berkecimpung dalam cobaan menguruskan badan sendiri,
aku menjadi mahir dengan badan aku sendiri. aku tahu keupayaan aku. aku ada kepercayaan sendiri.

contoh kepercayaan;
buah beri bukanlah jawapan untuk semua benda, so kena makan lain-lain makanan juga. semua benda makanan ada khasiat tertentu.

jadi
ini bukan diet untuk kuruskan badan.
ini diet untuk kesihatan badan aku. detox!

aku mendapat inspirasi nak buat diet detox ni setelah membaca pasal en. rich roll dalam majalah di atas. majalah 3/GO. majalah triathlon. aku baca dalam bulan april kalau tak silap. sekarang baru rasa ini masa yang paling sesuai. setelah habis raya bagai.

setelah mempertimbangakan selera manusia macam aku, selera orang yang mampu bangun dan makan dengan mata tertutup pada jam 3pg,
maka, aku telah buat plan diet detox aku sendiri.


nama diet: diet detox ala husna.
total masa: 2 bulan.
bilangan peringkat: 4

peringkat 1: tempoh; 1 bulan.
pada peringkat 1, aku membuang banyak makanan yang diproses dan makanan segera daripada diet harian aku.
ini bermakna, aku tidak boleh makan, sosej, nugget, burger, ayam kfc, big mac, sos pasta prego, mayonis, megi asam laksa, nescafe 3in1, ayaq bikarbonat, biskut, keropok, ais kerim, dan banyak lagi.
dan oleh kerna untuk membuang semua makanan yang diproses adalah mustahil, maka pada peringkat ini, aku masih boleh mengambil benda2 yang digunakan dalam masakan. contohnya, minyak masak, kicap, minyak bijan, sos tiram, sos cili dan serbuk kari. emmm. susu boleh lagi.

peringkat 2: tempoh; 2 minggu.
pada peringkat 2, aku akan membuang daging dalam diet aku.
aku tak boleh makan daging ayam, lembu, kambing dan lain2.
haiwan yang boleh dimakan hanyalah haiwan yang hidup dalam air. ikan, sotong, udang dll.

peringkat 3: tempoh; 1 minggu.
pada peringkat 3, aku akan membuang semua haiwan dan makanan berasaskan haiwan dalam diet aku. telur dan susu pun tak boleh.
maka, aku hanya boleh makan makanan yang berunsurkan tumbuhan.
nasik, ubi, sayur, buah-buah, taufu dll.
pada peringkat ni, aku dah tak boleh makan di kedai. sebab nak mengelakan sebarang kaitan dengan haiwan. contohnya, takut minyak masak yang digunakan untuk memasak sayur goreng adalah minyak yang sama digunakan untuk menggoreng ayam. fuh. gila kan.
pada peringkat ini juga, aku plan nak buang terus penggunaan sos dan kicap.

peringkat 4: tempoh; 1 minggu.
ini peringkat paling mencabar.
pada peringkat terakhir ini, aku ala-ala ikut cara en. rich roll ni buat. no solid food at all.
hanya sayur dan buah yang berair. contohnya,buah tembikai dan sup sayur kosong.
buang terus nasik, ubi, pisang dan dll benda yang berat.


hah.
amacam?
hampa ucap gud luck tuk aku lah!


dalam tempoh ni, aku masih membenarkan diri aku menjalani aktiviti harian dan aktiviti makanan seperti biasa. cuma buang benda2 tertentu secara berperingkat.
aku masih membenarkan diri aku tuk makan pada jam 3pg.
aku masih membenarkan diri aku tuk sesekali buat-buat bizi sampai tak sempat makan bila terasa nak kurangkan berat badan.
aku masih membenarkan diri aku untuk berpuasa.

diet detox ini stat HARI INI!!


Monday, June 25, 2012

7 jam



buah. nasik goreng.
cover gosip-gosip artis.
dan aku percaya, tak ramai yang pernah lepak dan tidur kat sini dengan gaya yang kami buat semalam.
=)




Friday, January 06, 2012

kehidupan baru di inventory-land



baru 3 hari ja aku masuk inventory.
di inventory-land,
(1) tak dak orang kacau.
(2) speaker lebih jelas, maka boleh dengaq lagu dengan lebih kuat (buat masa sekarang, ada lagu2 CNY dan foster the people) dan boleh dengaq depa paging dengan jelas (kalau ada gelak2 semasa pagging pun boleh dengaq).
(3) rasa masa sangat cepat berlalu.
(4) lebih menggunakan tenaga.




di inventory-land,
aku uruskan majalah.
sambil buat keja, boleh la belek2.
maka aku boleh jumpa majalah2 yang best2 dan yang tak dibenarkan untuk dijual.
dan aku jumpa majalah mingle nih (bukan dalam kategori majalah tak dibenarkan untuk dijual).
majalah tunjuk idea2 nak buat gathering.
sangat kreatif dan cantik.




dan aku jumpa majalah nih. frankie.
sejenis majalah yang aku sangat suka. melibatkan benda2 yang aku suka buat dan tengok.









p/s: setelah berminggu telinga aku dipaksa dengaq foster the people, aku jadi suka pada aku miss you dan waste.

Sunday, May 15, 2011

nat geo may 2011



national geographic, may 2011.

nat geo ni, aku beli sekali sekala ja.
selalunya aku dan zati dok beli asian geo.
ntah kenapa, kat kedai dah tak jumpa.
tahun ni tak pernah beli lagi asian geo.
harap2 depa tak berentilah majalah tu.

selalunya,
kalau aku beli mana2 majalah, tak kiralah majalah politik ka, fesyen ka, melancong ka,agama ka,
aku pasti belek majalah dari kulit depan sampai kulit belakang, atau dari kulit belakang sampai kulit depan dulu, sebelum baca betui2.
dan, bila belek nat geo ni tuk 1st round,
aku paling suka artikel pasal rock climbing.

suka sebab:
1. gambaq sangat2 cantik.
ini yang syok pasai majalah2 macam nih. gambaq depa cantik2 dan sangatlah mencabar. tabiklah sama jimmy chin, fotografer tuk artikel nih. gambaq yang paling digemari, gambaq jorgeson dan caldwell dalam 'portaledge'.
2. kagum dengan kehebatan fizikal mereka.
nak boleh kerabat rock macam tu punya free style, gila punya kerja. jenuh nak kekal fit. aku dulu berjaya kerabat rock tiruan dengan menggunakan laluan paling mudah sampai ke atas pun dah kira kejayaan paling mustahil dah.
3. orangnya hensem2.
la ni bagi aku, orang2 yang terlibat dengan sukan rock climbing ni jatuh no 2 selepas orang2 yang terlibat dalam sukan scuba diving, dalam kategori ke-hensem-an. ekekekekek.







gambaq2 dalam arkitel utama pasal australia punya reef,
ok ok saja, tapi gambaq hat bawah ni paling syok.
bila tengok, gila rindu nak terjun laut.





aini, bila nak terjun laut balik??!!
aku rindu nak tengok coral dan ikan!!