Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label aku merapumerepek. Show all posts
Showing posts with label aku merapumerepek. Show all posts

Tuesday, October 02, 2012

baru ja kul 3pg tadi aku rasa tak nak dah buat entry panjang-panjang, tapi....

kahkahkah.
gelak dulu.

ok.
ehem.

aku nak tulis bab separa serius.
so kena tulis panjang jugak.
lepas ni tulis pendek-pendek balik.

aku nak tulis pasal 2 benda.
1, pasal matang.
2, pasal kenapa selama ni aku dok merapu dalam blog.

ok. pasal matang.
aku dah 28 tahun. aku rasa aku dah matang.
tapi baru-baru ini, aku selalu mempersoalkan balik kematangan aku.
sebab, ditempat kerja aku, dikedai buku, ramai yang tak percaya aku 28.
aku tahu kenapa. sebab aku macam merapu dan ada masa tergedik-gedik.
aku tak kisah sangat bila orang tak caya sangat aku dah 28. mestilah kan.
tapi ia buat aku terfikir, adakah aku yang merapu dan ntah apa-apa ini, sebab itu memang aku ATAU perangai ini adalah yang aku cuba tonjolkan akibat terlalu banyak keseriusan yang aku tonjolkan masa zaman remaja.
aku tak tau apa istilahnya, tapi dia macam perangai seseorang yang mahu lari dari masa lampau dan jadi orang baru dan diri masa sekarang adalah kontra dengan masa dulu.
(aku ada habit, aku akan tengok balik sejarah hidup aku, aku akan korek balik zaman kecik-kecik, zaman sekolah aku, untuk aku tahu macamna itu semua memberi kesan kepada aku yang sekarang ini)
letih pulak nak menaip. dan nak cerita pasal matang ni, esok pun tak habes.
kesimpulannya, aku just pastikan, setiap hari, ada benda yang aku belajar dan hari ini lebih baik dari hari kemarin. dan aku pastikan, otak aku yang kena lebih matang dari luaran aku.


ok pasal kenapa aku selalu merapu dalam blog.
senang cakap, kenapa aku macam tonjolkan sifat buruk macam bodoh dan malas contohnya dalam blog.
emmm. orang tulis blog dengan pelbagai tujuan.
tujuan asal aku, aku mahu kongsi gambaq-gambaq yang aku tangkap. dan masa awal-awal tulis blog, aku berhasrat untuk tidak menulis panjang-panjang.
tapi lama-lama, ada saja benda aku nak tulis. macam-macam aku tulis. termasuklah merapu-ness.
dan lama-lama, tujuan aku tulis blog sudah bertukar.
kalau menangkap gambar adalah medium aku dan cara aku untuk tengok kehidupan aku dari sudut pandangan yang lebih baik,
blogging pula adalah medium dan cara aku untuk terima siapa diri aku.
aku adalah manusia yang low konfiden, yang senang merasa inferior, dan nak orang nampak aku ni ada sesuatu.
tapi aku dah penat dengan itu semua.
aku berblogging.
blogging meng-heal-kan aku dari semua perasaan itu.
ok, pastinya aku masih merasainya.masih low konfident dan masih merasa inferior. tapi sekarang dengan amount yang sihat.
blogging, dengan meng-post-kan entry disini, dengan seluruh dunia boleh baca, dengan speaking out loud who i am, dengan menunjukan the side yang sebelum ni aku cuba untuk sembunyikan atau nafikan,
semua itu membuatkan aku merasa, it is OK Husna, ini memang kau.
aku jadi terima sepenuhnya diri aku. aku jadi selesa dengan diri sendiri.
oleh kerana healing proses dah tamat, maka aku dah rasa tak mau merapu tulis panjang-panjang dalam boleh. tak mau merapu dah.


tapi tu lah kadang-kadang,
ada ja benda aku nak merapu kan. ada ja benda aku nak cerita.
contohnya, aku nak tulis, aku dah rendam baju dah seminggu. tak basuh-basuh lagi. ingat nak basuh hari ni, sebelum pi keja, tapi dok menulis blog panjang-panjang ni pulak.

Wednesday, July 20, 2011

breast cancer

hari tu,
aku syak aku ni mungkin mengidap diabetes.
pastu syak mengidap rendung yang melampau.
pastu syak aku ada kanser mulut.
pastu yang terbaru, semalam, aku syak aku ada tanda2 awal breast cancer.


dan hari ni,
mai pagi2 terus cari jawapan dari mr google.

seperti biasa,
jawapan nya pasti melegakan hati.

dok risau semalam.
letih ooo.



kalau aku bagitau sahabat2 pasal syak aku ni,
sure depa geleng kepala.
sebab depa tau aku ni cam jenis risau tak ketahuan.




selain tu, aku pernah syak aku ni ada/mengidap,
arthritis
asperger's
thyroid
hemophilia
dan banyak lagi.


sekarang ni,
kalau aku syak sesuatu, risau sesuatu,
aku lebih suka tanya mr google.
nak tanya doktor dah malas.
aku pernah ada pengalaman tanya doktor. 2 jenis penyakit aku risau. 2 kali pi rujuk doktor. 2 kali buat aku malu sendiri.





tapi breast cancer nih,
jangan buat main2.
kalau syak pasal breast cancer ni berbangkit lain kali, dan mr google pun macam tak meyakinkan.
pasti kena jumpa doktor jugak.
bahaya beb.




p/s: kadang2 kalau baca banyak, kalau tahu banyak jenis penyakit, banyak plak risau nya kan. aish.


p/s/s: tu baru pasal diri sendiri. tak termasuk lagi risau pasal anak2 buah, mak abah, adik beradik semua. dan kalau aku dah tua ni macamna la plak kan. sure risau macam2.

Tuesday, April 12, 2011

aku suka sungguh dengan youtube (1)

baru perasan yang thomas mars, penyanyi phoenix,
sering pakai baju kemeja color biru muda.

so,
hari ni,
bukak youtube,
bukak lebih dari 20 video,
tengok phoenix dalam video klip, konsert, interview, gig, tv show, festival, dan lain2,
untuk buktikan bahawa thomas mars memang suka pakai kemeja color biru muda.
dan ya.
dia sungguh suka.



ni orang panggil tak dak kerja.





nanti aku akan buat entry2 bertajuk 'aku suka sungguh dengan wikipedia' pulak.

Sunday, April 03, 2011

tahun ke-3

hari ni besday yang ke-3 tuk blog nih. banyak sangat aku dok merapu kat sini. aku ingat kalau entry aku dah sampai 1000 atau tak-sampai-1000-tapi-dah-sakit-mata-tengok, aku nak delete blog ni atau delete entry hat lama2. emmm... mungkin pilihan ke-2, iaitu delete entry akan jadi pilihan...

Tuesday, September 28, 2010

kerana itu, aku berubah (bahagian dua)

kerana itu, aku jadi takut.
takut untuk membuka hati,
takut untuk menonjolkan sifat sebenar,
takut untuk berkata benar,
takut untuk bebas.

jadi,
aku sekat apa yang aku rasa.
aku buang apa yang aku mahu.
dan aku berhenti untuk melangkah lebih jauh.






kerna itulah, aku menjauh dari dia yang aku angkat sebelum sempat dia berkata apa-apa.
sebelum sempat dia berkata apa-apa yang boleh memeritkan jiwa raga.





kerana itu, aku berubah

dia kenal aku macam ini.
aku kenal dia macam itu.
dia kata aku kawan dia.
aku kata kami ada hubungan yang tak bernama.
dia kata itu ayat novel.
aku kata aku pernah teringin nak jadi penulis.

dia kata aku dah berubah.
aku kata aku tetap yang dulu.
sama saja tak berubah.
dia tak percaya itu semua.

aku mahu dia percaya yang aku tak pernah berubah langsung.
walaupun hakikatnya aku memang sudah berubah.
sebab aku tak mahu terjatuh dalam lubang yang sama.
terjatuh sebab melanggar batasan yang sememangnya wujud, cuma aku yang tak pernah menyedari hal itu.

disebabkan oleh lubang itu.
kini aku bina tembok kuat sekeliling aku.

lubang itu tidak dalam,
tapi ia tetap sakit,
tetap malu.








Monday, July 19, 2010

perangai buruk

aku ada satu obsesi.
suka tengok dan selidik perangai sendirik.

pastu aku akan cari istilah saikologi tuk perangai tersebut.
dan aku akan kaji dari mana perangai itu boleh wujud.
atau apakah sejarah hidup aku terutama sejarah zaman kanak2 yang menyebabkan aku boleh jadi camtu.

tapi untuk satu perangai ni,
aku belum jumpa kot mana puncanya.
nama untuk perangai buruk ni pon aku tatau.
adakah aku ni jenis tak peduli atau pelupa tahap gaban. aku pon tatau.
tapi aku sendiri tetap rasa perangai ini tak patut untuk kelakuan manusia normal.

apakah istilah saikologi tuk orang yang buat perangai yang dia sendiri rasa bahawa perangai itu tak patut dilakukan oleh orang normal?
dan apakah normal sebenaqnya? tiada garis penentu yang tepat bukan?
banyak faktor yang menyumbang kepada pendapat seseorang yang menyatakan bahawa perkara ini normal, perkara itu tak normal, bukan?
contohnya faktor persekitaran.


ntah la apa yang aku dok mengarut nih.
banyak pulok dok hurai.


masalah sebanqnya..
aku lupa dan terus lupa tuk bagi tau kat ex-romate yang aku dah keluaq dari bilik sejak sebulan lebih yang lalu.
lepas dua bulan cuti, dia mai balik usm minggu lepas, terkejut tengok romate bertukaq wajah.






Monday, June 14, 2010

separuh hati

aku terus menangis.
bila mana saat aku teringatkan yang hati aku sudah separuh mati,
separuh mati untuk terus berada disini.
separuh mati untuk menyudahkan kerja-kerja disini.

aku terus menangis.
biarlah dikatakan pengecut.
biarlah dikatakan lemah.
kerna aku tahu,
dengan tangisan ini,
dengan tiap-tiap air mata yang gugur,
aku jadi kuat.
aku jadi bersemangat.
terbang hilang separuh belenggu ini.

dengan hati yang separuh mati separuh hidup,
aku bisikan padanya,
husna, kau mampu buat.
husna, kau mampu tamatkannya.
husna, kau perlu tabah.
husna, kau perlu kuat.
walaupun kau hanya berdiri dengan hati yang separuh mati separuh hidup.




Sunday, May 16, 2010

soalan mudah

dia tanya aku satu soalan yang sangat mudah.
kalaulah aku dapat jawap dengan mudah juga.

tapi tidak boleh.
terlalu komplikated.

aku mainkan dia?

tapi,
sebenarnya,
kami tiada apa2 untuk dipermainkan.
tiada yang serius.
itu janji kami dulu.

tiada yang serius.
itulah yang aku pegang dari dulu.
atau mungkin,
itu hanyalah sebagai alasan untuk aku tidak rasa bersalah.

aku masih belum mampu menjawap soalan dia.
apakah jawapan yang sebenarnya?
aku sendiri tidak pasti.

mana mungkin aku sendiri tidak pasti.
sendiri tidak tahu apa yang aku mahu.
ia terlalu komplikated.
atau aku yang buat ia komplikated?

ah.





***************************

selamat hari guru buat semua guru2!



Monday, March 08, 2010

damailah jiwa

aku sangat takut kalau-kalau jiwa aku ini rosak jahanam.
aku mahu jiwa ini damai.
kenapa tidak damai,
aku sendiri tiada jawapannya.

orang lain sering kali menuding ketidakdamaian aku ini,
adalah kerana tiada lelaki yang bertapak dalam hati aku.
mereka kata aku kesunyian.
mereka kasihankan aku.

tapi,
aku pasti,
itu bukanlah jawapannya.
aku sangat pasti.

aku meneka,
ketidakdamaian ini adalah kerana jiwa aku jauh dari tuhan.
jauh dari cinta tuhan.

aku kira,
aku manusia baik.
aku tidak minum arak,
aku tidak bergaul bebas,
aku tidak berzina,
aku tidak membunuh,
aku solat,
aku puasa,
aku baca alQuran,
dan aku sentiasa mahu berubah menjadi lebih baik.
tapi,
adakah aku pasti,
aku tidak terhindar dari dosa besar?

aku tidak yakin yang hati aku ini benar-benar bersih.
ada sesuatu yang telah hati ini lakukan.
mungkin ada riak,
mungkin ada hasat,
mungkin ada celaka.
yang menyebabkan aku tidak mendapat kecintaan dari tuhan.
tidak mendapat kedamaian.

aku tunduk memohan cinta NYA.
aku sujud menagih cinta NYA.
aku menangis menadah cinta NYA.

hanya cinta NYA.
yang mampu membikin jiwa ini damai sedamai-damainya.
tiada lagi bisikan hasutan iblis durjana.
tiada lagi gusar.
tiada lagi kacau.
tiada lagi amukan.



Thursday, January 07, 2010

kemanakah sinar itu menghilang

makin sukar bagi ku melihat sinarnya.
sinar itu tidak lagi menyinar secerah dahulu.

aku rindu waktu dahulu itu.
waktu dimana aku boleh menari tanpa lagu.
waktu dimana aku boleh ketawa tanpa jenaka.
waktu dimana dia mampu buat aku menari dalam rajukku.
waktu dimana dia mampu buat aku ketawa dalam marahku.

kini sendiri aku disini.
terasa hilang sudah sinar itu.
aku mahu memeluknya.
aku mahu bisikkan padanya.
yang aku masih disini.
masih seperti dahulu.
masih mencintainya.







gila ah. makin kuat aku merapumerepek. ni dah 3 entry berturut-turut. ni semua sebab kamera rosak.