Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

ombak rindu

jualan novelnya sangat laku weh.
dan aku kenai seorang perempuan cina yang pi tengok filem ni, siap menangis lagi.


aku ingat lagi,
masa aku kat matriks. tahun 2002.
pakat gila baca novel nih.
aku diantaranya lah.
dulu aku memang gila baca novel.
eh la ni pon masih gila baca novel.







p/s: aku tak tengok lagi. sebenaqnya dah lama aku tak tgk movie kat panggung. aku teringin nk tengok songlap.

Friday, July 15, 2011

rambut panjang

semenjak berambut panjang balik ni,

aku rasa aku kena ada benda-benda nih.
1) sikat.
2) pengikat rambut.
3) pengering rambut.







'kata penggila penjagaan rambut, tapi sikat pun tak guna'







p/s: kemarin aku pi tengok harry potter and the deathly hallow part 2. aku kasi 3 dari 5 bintang. 2 bintang hilang sebab sangat tak suka dengan babak pertarungan terakhir harry-voldemort.
bagi aku, jalan cerita dalam chapter the flaw in the plan dalam buku yang mana ada final harry-voldemort confrontation, adalah sangat penting dan sangat dramatik.
tapi, babak2 tambahan yang paling suka adalah pasal snape yang sangat mencintai lily. lebih terharu dari buku.

Monday, June 20, 2011

dhobi ghat (filem)





ni filem aku tonton tadi.
sejak 2 menjak ni, rajin pulak aku dok layan filem hindi.

filem ni, aku sangat suka.

jenis filem indie.
katanya, ini filem pertama seumpamanya yang dibikin di india.

diterbitkan oleh aamir khan.
diarahkan oleh kiran roa, wife aamir khan.

aku tengok, memang indie pun.
jenis jalan cerita indie.
filem indie ikut definasi aku, iaitu membawa maksud, jalan cerita yang tak dak penamat. tergantung.

skrip, lokasi, jalan cerita, semua real dan emmmm indie.
aku suka juga tonton filem yang real. pasal real masalah, real kerektor, real suasana, real life.

(aku juga suka filem yang cerita tentang ke-kompleks-an jiwa manusia)

memang aku suka lah tonton filem macam nih,
tapi tang bab cerita tak dak penamat tu, letih la jugak.
kalau nak layan filem yang hepi ending, aku pi la cari filem yang hepi ending.
sad ending aku tak suka.
aku lebih suka untuk pilih filem yang ending tergantung dari pilih nonton filem sad ending.

ok. berbalik pada filem dhobi ghat ni.
hanya aamir khan, satu2nya bintang filem bernama besaq dalam filem ni.
yang lain ada yang 1st time berlakon dan hanya pernah belakon dalam beberapa filem ja.
tapi semua lakonan sangat bagus.

filem ni ada 4 watak utama.
arun, munna, shai dan yasmin.
aku sangat suka pelakon yang penang watak yasmin. bagi aku hebatlah lakonan dia.

nak tau sinopsis cerita. hampa cari kat wiki.
ataupun pi tonton sendirik.

oh. 1 lagi.
ada lagi satu sebab kenapa aku suka tonton filem2 macam nih.
sebab bila tonton filem indie atau filem yang punya ending tergantung nih, aku rasa macam dok baca short story.

seperti short story,
kita hanya akan baca, nampak, merasai, hanya sebahagian life watak2nya.
kita hanya dipertontonkan satu segmen atau satu moment dalam life watak2 tersebut.
satu segmen yang boleh buat kita rasa, belajar atau fikir akan sesuatu perkara.
tanpa kita pedulikan endingnya. tanpa kita peduli siapa yang patut terima balasan atau siapa yang patut bahagia selamanya.

eh. mesti hampa tak fahamkan. ekekkekek.

Friday, June 03, 2011

wake up sid!




semalam,
balik dari lab kul 12 tengah malam.
arix tengah kalut buat kerja, aku tonton wake up sid!

aku suka sangat dengan filem nih.
cerita hindi moden.
tak dak menyanyi2 menari2, tak dak guling2, tak dak aksi cium2 perut atau seluruh badan sambil menyanyi, tak dak umah agam tangga besaq, tak dak cinta tragis, tak dak gadoh2 belasah2, tak dak heroin/hero sakit2 mati2.

cerita lebih real, rumah real, kehidupan real, masalah real.
tapi masih mengekalkan juga ke-sweet-an, kesyahduan dan keindahan cinta seperti filem2 hindi yang biasa.

dah lama aku tak nonton filem hindi secara serius dan fokus.




******************************************

oh. semalam tak la takut sangat stay sampai lewat malam.
ada sahabat2 kan.
lagi pun,
brader ngesot dah insaf skit.
dia cakap,lepas ja kami balik hari tu,
dia rasa macam nenek yang dia nampak tu marah.
ha. baru tau, dok ngusik orang sangat.
so kemarin, dia tak ngusik sangat dah. ada sekali ja dok ngusik.

kemarin, tanya brader ngesot,
betul2 ka dia nampak,
dia cakap YA.
dan lepas tu, kami dok bersembang plak pasal cerita hantu.
cerita hantu kawan dia lah, cerita hantu dia sendiri lah, cerita hantu kampung dia lah.

Thursday, May 05, 2011

lullaby for pi

aku nak tengok filem ni!!!

tapi dalam page tonton movieonline yang selalu masuk, tak dak cerita nih.
kalau jumpa tadi, sure aku tengok, tak kira ada keja ka dak.
ekekekekk. memang selalu tak pernah kira pon.

nanti2lah korek kat mana2 laman tonton movieonline yang lain.
la ni tak dan lagi nak korek2, cari2.

tapi,
kalau ada sapa2 pernah tengok filem nih kat online,
sila bagitau alamat sesawangnya. cewahh. alamat sesawang.
kalau ada sapa2 yang ada copy cerita ni, dan kalau murah hati sangat, pos mai kat aku pon ok jugak.:)






aku jumpa filem ni masa dok cari lagu charlie winston. lagu ke-2 dalam trailer diatas, bertajuk in your hands oleh charlie winston.






macam sweet saja

Wednesday, May 04, 2011

heartbreaker (filem) dan perancis secara amnya




petang kemarin,
aku tengok filem nih. dan lagi tu. ekekekk.
sebab asal nak tengok filem ni, nak tengok vanessa paradis belakon.
filem ni filem ringan. romantik komidi.
suka dengaq vanessa paradis ni cakap, sora haluih dan lembut.
kalau dia nyanyi pon dengaq haluih dan lembut, macam sora carla bruni menyanyi gak.

secara amnya,
aku suka dengaq orang cakap perancis.
secara amnya lagi,
aku suka perancis dan apa2 yang ada kaitan dengan perancis.
lagu2 perancis, band2 perancis, filem2 perancis, perkataan2 perancis, jenama2 perancis dan banyak lagi lah.

tabiat suka perancis dan benda berkaitan perancis ni bukan timbul sejak azali.
segalanya bermula dengan jelas bila arix stat dok suruh aku dan zati sebut ayat2 perancis, sebab arix nak prektis cakap perancis, masa mula2 dia nak jejak kaki kat perancis hujung tahun 2007 dulu.
terus aku rasa bahasa depa ni cantik. sedap dengaq, sedap untuk disebut.

lepas tu, marina plak dok perkenal penyanyi dan band2 dari perancis.
bermula dengan coeur de pirate dan phoenix.
la ni, layan cocoon lebih skit.
ha. dalam filem heartbreaker ada lagu cocoon, chupee.

dulu masa 1st degree,
aku ada belajaq manderin. konon2 nak tau skit bahasa keturunan aku yang aku tak kenai.
kalau minat aku dengan bahasa perancis ni dah ada masa tu, mesti aku dah pi pilih bahasa perancis.
tapi, la ni dengan kemudahan internet, tak pulak aku rajin nak memulun belajaq bahasa perancis.
kalau ada terjumpa perkataan perancis, mesti cari arix, "weh, ni depa sebut camna?".
ekekkekek

kalau dulu, aku rasa nak pi perancis untuk bercuti saja. nak pi paris tengok eiffel tower. eiffel tower kan macam tempat wajib kalau pi bercuti kat eropah.
tapi la ni,
perancis telah masuk dalam tempat/negara yang aku teringin nak tinggal.
( tempat/negara lain yang aku teringin nak tinggal: sabah, uk dan iceland)
kalau tak dapat tinggal lama, cukuplah takat tinggal 2 3 minggu ka, sebulan dua ka.
cukup tuk aku rasa cam aku tinggal sana, boleh ada rutin harian.
jalan mana nak lalu, bas apa nak naik, kedai mana yang suka pi, tempat mana suka lepak, permandangan apa yang akan ditengok setiap pagi.



ok. berangan memang best.





nota untuk bed:
weh. minggu lepas aku pesan tangkap gambaq banyak2.
"all things are photographable".
tak kisahlah kalau hang rasa hang tala camera tu ke arah apa, benda apa.
semua boleh.







"all things are photographable" - garry winograd.

Tuesday, April 26, 2011

dont go breaking my heart




tadi pi tonton filem nih.
selepas emmmm lebih 3 bulan tak jejak kaki ke panggung.

filem yang sangat best.
dah lama tak tengok filem romantik cina rasanya.

cinta 3 segi. 2 lelaki 1 perempuan.
kedua-dua lelaki mempunyai cara mencintai yang tersendiri.

yang berjaya dapatkan si perempuan haruslah yang punya cinta yang lebih mengharukan.
dan dia juga haruslah pelakon kacak yang diminati. daniel wu.

aku menitis ayaq mata masa babak katak mati sampai ke daniel wu pergi jumpa perempuan tu bagitau katak dia sudah mati. uwaaa.

ok. pi tengok. tapi kat panggung rasanya dah nak habes dah tayangan dia.
kalau dah tak dak kat panggung, pi cari kat online.
oh sangat suka filem nih.

Monday, February 21, 2011

breaking and entering


filem ni tak popular sangat. dah lama dah tonton. mungkin 3 tahun lepas.
aku suka filem ni.
tapi yang bab melibatkan muslim bosnia tu aku tak berapa suka.


aku suka filem ni sebab ada tunjuk parkour move.

bagi aku, ia sangat menakjubkan. sangat pantas.


tapi, yang pentingnya dari filem ini adalah,

ia filem pertama yang telah membuat aku takut nak kawen.

ya. aku masih bercakap pasal kawen.
tadi waktu petang aku dan rakan2 masih bercakap hal kawen.

dalam filem ni,
jude law telah jatuh hati pada wanita lain, bila hubungan dengan wanita lain itu tidak menjadi, dia balik ke teman wanita dia.
aku fiker, kalau lah aku berada ditempat teman wanita dia ni, adakah aku berupaya memaafkan, mencintai dan mempercayai dia balik?

susah aku rasa.

kalau hubungan luar yang melibatkan seks semata2 pun susah nak maafkan dan percaya balik.
inikan pula hubungan luar yang melibatkan seks dan juga perasaan.
punah hati wei kalau tau pasangan kita cintakan orang lain.



tapi aku sedang belajar untuk tidak terlalu risau akan hal yang belum jadi. ntah jadi ke tak.
buat penat saja risau.


berdoa lah saja.
supaya dipermudahkan semua.
permudahkan jalan dan juga hati.



Thursday, August 12, 2010

no one knows about persian cats & angela's ashes

: A Review

(belum dapat publish paper review, aku publish review 2 filem ini dululah. ekekek)

ok.
sepanjang aku di sini,
hanya 2 filem ini aku tonton kat dalam pc. (filem2 tgk kat sinima tak payah la kira)
dikala aku sedang boring.
sekarang tiada lagi drama korea online..
itu perkara yang pelik berlaku kat aku sepanjang aku kat sini.
ehe.





filem 1: NO ONE KNOWS ABOUT PERSIAN CATS

filem ni, marina yang bagitau kat aku. dia tertengok trailer kat youtube rasanya. tapi tak dapat donlod.
1 hari, aku tanya parisha budak iran pasai filem ni, dia kata dia ada copy. aku terus ambil dr dia.
tapi masalahnya, takde subtitle langsung.
aku peram... pastu, baru2 ni saja aku tengok.
so..sebagai seorang yang suka music, tapi tak tahu hape langsung pasai cabaran orang musik, sebagai seorang yang tidak tahu sangat pasai iran dan juga tengok filem tanpa paham sepatah haram, dan hari ni aku cuba untuk review.
eh bukan review. respon.
ok. aku ringkaskan...

1. filem ini mengisah 2 orang yang baru keluaq penjara, mahu membawa music mereka keluar negara. ke eropah rasanya. ini kerana, terlalu ketat undang2 di iran melibatkan music.

2. undang2 iran bukan saja ketat berkenaan music saja. tapi banyak benda, contohnya yang selalu diperkatakan oleh orang luaq iran adalah berkenaan hiburan, filem dan media.

3. mengikut kata parisha, dalam filem ni, tunjuk beberapa larangan2 yang perlu dipatuhi oleh orang iran. contohnya, berkenaan pakaian wanita dan tidak boleh membawa pet keluaq berjalan2 walaupun hanya dalam kereta.

4. oleh kerna takde subtitle, maka aku tak boleh belajaq sangat pasai budaya, keadaan dan kekangan masyarat iran.

5. untuk filem ni, 2 orang watak utama itu tadi, dalam usaha untuk mencari ahli baru bagi menubuhkan satu band dan membawa music mereka ke luar negara (dalam erti kata lain, mahu berpindah ke luar negara), mereka telah dibawa perkenalan dengan orang2 music undergound iran yang lain oleh seorang kawan mereka.

6. maka, sepanjang usaha pencarian mereka dan usaha untuk ke luar negara, kita juga di bawak sepanjang filem untuk berkenalan dan mendengar musik2 dari band2 underground iran yang real.

7. musik dan lagu2 nya? gila best! sepanjang filem, mungkin ada lebih dari 10 lagu kita boleh dengaq. dari music folk rock ke indie rock ke hardcore ke tradisional ke rap, macam2 ada. semua lagu best. hat yang rap pon aku rasa cam best jugok.

8. tapi top 4 lagu2 yang aku suka adalah, (1) lagu milik band mereka berdua, (2) lagu tradisional yang aku rasa macam ada pengaruh indian musik, yang dinyanyikan ditempat lapang di waktu awal pagi, dan aku bertambah suka sebab ada cahaya matahari pagi oren yang memancar, (3) 2 lagu yang dinyanyikan kepada budak2 (aku tengok macam kat pusat pembelajaran orang2 pelarian), dan ke (4) lagu last sekali, watak utama perempuan tu nyanyi, macam ala2 lagu fynn jamal dan zee avi.

9. cakap pasai pergerakaan underground musik iran, ia memang betul2 underground. kena main musik sembunyi2. tak de pusat jamming. antara tempat2 yang pemusik2 iran ni main musik adalah, kandang lembu, bangunan terpencil, tempat simpan barang underground kat umah, dan macam2 lagi.

10. aku ada masalah skit kalau tengok filem dari negara islam atau berkenaan orang islam. untuk filem ini pon tak terlepas untuk aku merasa tidak patut. selalunya melibatkan bagaimana orang2 disana mahu protes dan keluaq dari kekangan undang2 dan budaya negara mereka sampai nampak mereka juga protes islam. itu semua kekangan budaya dan undang2 negara, bukan undang2 islam ok.
dan 1 lagi berkenaan bagaimana undang2 negara yang ketat berkenaan panduan berpakaian sampai menyebabkan nampak bahawa pakaian yang mereka pakai itu tiada makna. hanya mengikut budaya dan undang2 negara semata2. contohnya, ke party dan pub pun pakai tudung. apa kes. merosakkan dan menyeleweng pandangan orang lain saja. berkenaan budaya2 orang sana yang lain seperti cakap tak tau berenti, rasa mereka yang betui, suka paksa2, itu aku boleh terima walaupun tak suka. tapi bab pakaian ni aku mmg tak dapat terima.

11. ending? seperti kebanyakkan filem indie, tiada ending yang betui2. kena pikiaq dan konflik tidak berkesudahan.

12. antara filem once dan no one knows about persian cats, aku suka dua dua.

13. filem ni menang hadiah khas juri di 2009 cannes film festival.

banyak jugak aku cakap pasai filem nih. apa2 pon. korang tengok la filem ni. best gila. yang paling best adalah lagu2 dan music dia.






filem 2: ANGELA'S ASHES



angela's ashes ni dah keluaq lama dah. tapi lepas baca memoir dia baru aku dapat filem ini.
juga dari marina. si peminat setia frank mcCourt.
ok. filem ini diadaptasi dari memoir oleh frank mcCourt dengan tajuk yang sama.
cerita dari mereka kecik2 kat us sampai ke umoq 18 tahun. gila panjang nak cerita.

aku ringkaskan.

1. filem ini mula cerita kat adik perempuan mereka dilahirkan di US. lepas kematian adik perempuan itu, mereka berpindah ke ireland.

2. filem ini paparkan keadaan kemiskinan yang mereka hadapi dari kecik sampai besaq.

3. nak tau lebih lanjut, bukak wiki. ada review panjang berjela boleh bagi paham.

4. ada perbezaan dari memoir. yang ketara, aksi frank dan kawan2 nya ber-masturbate di balik wall sambil tengok sheep. dalam memoir tak dak.

5. ada aksi lucah no 2 selain diatas.

6. tapi korang harus tengok filem ini bukan sebab dua benda lucah tu. sebab cerita dia memang cerita sebenaq keadaan kemiskinan di ireland dan survival frank dan adik beradiknya. dan bagaimana frank mengejar impiannya untuk kehidupan yang lebih baik.

7. juga tengok bagaimana kekakangan budaya agama dan setempat yang memundurkan orang ramai.

8. lagu2 dan musik latar untuk filem ini jugak best. lagi menghidupkan cerita.

9. antara filem dan buku? haruslah buku lebih best. lebih terasa, tersentuh, terinspired. dan paling penting, buku sangat kelakaq. filem langsung tidak kelakaq.

Monday, June 07, 2010

review filem2 #1

hari ni terlalu rajin nak update blog.
nak review filem plak dah.
filem2 ni adalah antara filem2 yang aku tonton baru2 nih.
oleh kerna dah lama tak pi tonton filem di wayang,
maka, aku mintak dari sahabat2, movie2 yang depa donlod.
sumber: cekyah, marina dan The-Fourth.
cuba untuk tidak review panjang2 atau terlalu pendek dengan mengatakan ok, ok la, emmm boleh laa jugak ataupun syookk sangaat.
ok.


filem 1: angus, thongs and perfect snogging.
cerita remaja british. aku dah tua, tapi maseh menyukai cerita2 remaja. terutama cerita2 remaja yang nak membesar. selain tu, aku juga sangat suka filem2 british sebab british accent mereka. syok maa dengaq depa cakap. filem ni diarahkan oleh gurinder chadha. pengarah yang sama tuk filem bend it like beckham dan bride and prejudice. aku suka jugak filem2 yang chadha ni arah. marina tengah cari filem terbaru si chadha ni arah, it's a wonderful afterlife, dia nak donlod.
kalau tengok cerita remaja, sure aku terpiker pasal aku. aku dah lupa macamana aku piker dulu2. apa yang aku selalu piker dulu2. rasanya tak la sekomplikated seperti remaja sekarang piker atau remaja dalam filem piker. zaman dah berubah mungkin. atau aku ni mudah lupa pasal aku yang dulu2.



filem 2: the other end of the line.
sweet. cinta antara dua manusia dari dunia yang berbeza.
tapi aku ada masalah la sekarang ni kalau tengok filem yang happily ever after ni. sebab aku rasa sekarang ni, jarang nak jumpa benda yang happily ever after kat dunia ni.
satu ja pasal filem ni aku nak komplen. awat baju2 yang dipakai oleh hero dia, jesse metcalfe tu kebanyakannya longgaq2. kalau fit betul2, mesti lg hensem nampak. ngeh ngeh



filem 3: how to train your dragon.
serius syok cerita ni. pengajaran yang bagus untuk diambil pedoman. dan dragon yang cute.
sebenaqnya yang buat aku rasa filem ni best dan syok sebab aku tonton filem ni tanpa dipengaruhi oleh sesiapa yang terdekat. selalunya susah skit aku nak tengok filem animasi tanpa pengaruh kuat seseorang seperti zati yang hantu filem animasi.



filem 4: confessions of a shopaholic.
boleh la tahan. tapi tak kelakaq seperti dalam buku.
filem ni gabungan buku a secret dreamworld of a shopaholic dan shopaholic abroad. tapi jalan cerita diubah skit.
dan aku tak brapa bekenan sangat dengan fesyen dalam filem ni. fesyen dan style dalam filem yang paling aku suka adalah dalam filem the devil wears prada.
p/s: kak nadiah, sebagai seorang yang pernah menjadi pembaca tegar siri shopaholic, kak nadiah ada tonton filem ni?



filem 5: 17 again.
kadang2 aku suka gak layan filem2 cam gini. yang ringan dan kadang2 kosong.
tapi dalam 17 again, ada la jugak skit pedomannya.
kita tak kan dapat ubah perkara yang dah lepas. kita hanya perlu menghargai semua yang kita ada saja. dan berusaha lebih gigih tuk masa hadapan, jangan dok buang masa merintih tentang kesilapan yang dulu.



filem 6: it's complicated.
filem cinta orang tua pon aku layaann..
sebab utama mau tengok kerna meryl streep belakon. aku suka dia belakon.
kelakaq jugak la. dan aku rasa dalam real life, benda2 berkenaan hati dan perasaan ni lebih komplikated dari itu.



filem 7: the lovely bones.
aku mula rasa nak tengok bila mis weed kata syok dan dia terganggu bila tengok filem ni.
zati tengok pon, dia rasa terganggu lepas tu. masa dok tengok dia dok babitkan kes nurin jazlin.
lepas aku tengok, aku tidak la terganggu sangat...
tapi nangis tak hengat tetap terjadi. terutama masa bapak dia musnahkan botol2 tu.
yang aku sedih sangat sebab kejadian cam gini boleh merampas impian, harapan dan masa depan ramai orang.




filem 8: precious: based on the novel push by sapphire.
aku plan nak tengok filem ni masa semperna academy awards yang lepas. tapi tak dan.
semalam baru saja dan tengok.
bila tengok lakonan mo'nique dalam filem ni, memang patut dia dapat best supporting actress tuk academy award.
dan lakonan mariah carey dalam filem ni pon sangat ok. nampak real. mula2 aku tak kenai dia masa 1st time precious jumpa dia.
dan aku sampai ke sudah tak perasan yang nurse tu adalah lenny kravitz. sebab dia nampak lain dan lebih hensem tanpa subang2 dia tu.




filem 9: shutter island.
filem ni memang aku tak paham. sebab tak focus betul2 masa tonton. dok buat keja lain sambil tonton.
cerita pasal orang gila yang berfantasi. reka fantasi sendiri sebab nak elak dari menerima hakikat kisah silam yang hitam.
habes tonton, aku pi cari kat wiki pasal sinopsis filem ni. lepas tu baru aku paham.
it is better to live as a monster or die as a good man.

Sunday, May 09, 2010

GO (filem jepun)


ok.
aku bukan nak review sangat.
aku bukan nak analisis cerita ni.
tapi aku nak bagitau apa respon aku bila sedang dan selepas tengok filem GO ini. ini filem tahun 2001. jalan cerita berdasarkan sebuah novel.



1. kalau ada mood nak tengok cerita pasal masyarakat, pasal kemanusiaan, pasal nak naik semangat, aku akan cari cerita jepun. kalau tengah mood nak tengok cerita romantik dan hepi ending yang selalunya susah nak jadi dalam real life, cerita jepun bukanlah pilihan yang tepat.


2. mula2 tengok filem GO ini, aku pening. tak dapat rasai apakah isu yang diketengahkan padahal isu itu sangat la obvious.
sebab diawal cerita sampai ketengah cerita, aku pening dengan masa penceritaan. kejap pi sekolah korea utara, jumpa kawan korea, cakap korea, kejap pi sekolah jepun, bergaduh ngan kawan jepun, cakap jepun. aku ingat dok flashback ke hape.

lepas tu baru aku paham, rupanya cerita pasal zainichi koreans (koreans in japan/korean-japanese).
aku jadi pening dan tak paham sebab aku tak pernah tahu pasal benda ini.
so sebelum aku cerita lebih lanjut pasal filem ni, aku nak kongsi dengan korang pasal zainichi ni.


zainichi koreans atau lebih dikenali sebagai zainichi adalah korean yang tinggal di jepun. koreans ni masuk ke jepun semasa abad ke-2o lagi. mungkin ke jepun sebab ekonomi, kawen, belajar atau macam2 lagi. pastu koreans bertambah lagi semasa perang dunia ke-2. lepas habes perang semua, mana yang masih stay di jepun, ada yang tukaq kerakyatan atau maseh tetap sebagai warga joseon, iaitu nama negara korea sebelum berpecah kepada korea utara dan selatan. korean yang masih sebagai joseon boleh tukaq jadi warga negara jepun atau korea selatan atau tetap sebagai joseon. tapi tak boleh nak tukaq kepada warga korea utara sebab korea utara tak diiktiraf oleh jepun.
di jepun ada sekolah korea. sekolah ni lebih pro kepada idealogi korea utara. dari segi indentiti etnik. di sekolah tu tak boleh cakap japanese langsung, tak galakan muridnya berkahwin dengan japanese, guna silibus korea utara dan tajaan kewangan hanya dapat dari kerajaan korea utara.
dan ada berlakunya diskriminasi orang jepun terhadap zainichi korean ini.



3. bila aku dah paham filem ini pasal hidup dan diskriminasi yang dialami oleh zainichi, barulah aku dapat respon dengan filem ini.

filem ni pasal seorang budak lelaki yang berwarga negara joseon dan bersekolah di sekolah korea utara. pandai berlawan, diajar tinju oleh bapak sejak kecil, nakal disekolah. tak jahat sangat.
mak bapak dia give up joseon citizenship dan tukaq kepada korea selatan sebab nak buat paspot nak pi hawaii.
dia tukaq juga citizenship, sebab mau masuk sekolah jepun.
di sekolah jepun, dia mengalami diskriminasi dan dia lawan balik. maka ramai orang yang cari gaduh ngan dia, tapi semua dia menang dan jadi kawan kepada anak yakuza yang tak pandai belawan (bab berlawan kat sekolah dan berkawan dengan anak yakuza yang tak hebat adalah cerita biasa).
then dia bercinta dengan pelajar perempuan japanese.
so, filem ini adalah filem cinta budak sekolah. berlatar belakangkan kehidupan masyarakat zainichi koreans. berlaku diskriminasi.


4. tapi isu utama yang aku dapat adalah pasal:

siapa kita? siapa aku? siapa kau? jika jenis bangsa, negara, kerakyatan, ditolak tepi.
kita manusia bukan. sama sama sebagai manusia. ada hati dan perasaan. ada maruah. ada harga diri. ada nyawa yang berharga, yang bukan murah untuk digadaikan.


5. aku suka watak hero dalam filem ni. cerita jepun suka tampilkan watak sebegini. sebab tu aku suka cerita jepun.
watak hero yang ada kekuatan dan keistimewaan sendiri. tapi tidak menunjuk2. orang sekeliling hormat dia. dia ada jati diri, tak mudah terikut dengan orang lain punya perangai dan gejala. seorang yang cold tapi tak sombong dengan apa yang dia ada.


6. kesimpulannya, bagi aku, filem ini adalah gabungan comel dan gelap.
comel sebab ini adalah cerita cinta budak sekolah. ada perkara2 comel dan sweet.
gelap sebab cerita berlatar belakangkan diskriminasi, gaduh, samseng, keluarga yang merapu.


7. pasal keluarga jepun yang merapu ni (aku tak mau kata keluarga kucar kacir walaupun memang macam kucar-kacir pun, sebab kesan emosi tak nampak sangat pada si anak).

aku selalu heran dengan keluarga jepun yang cam gini ni. yang selalu dipaparkan dalam cerita2 jepun. bapak kuat pukul anak, mak keluar masuk rumah, anak2 suka hati nak buat apa.
semua merapu dan kucar-kacir ni tak beri impak sangat pada psychologi dan emosi anak2 jepun. mereka tetap hidup. berusaha, bersuka-ria. terlibat dengan gejala sosial yang agak melampau, tapi tak la sampai putus harap, putus kemahuan mahu hidup. kalau cerita orang putih atau melayu, sure budak2 ni dah jadi gila dan mahu bunuh diri.

mungkin ada cerita yang paparkan isu kesan psychologi sampai nak bunuh diri, tapi aku belum jumpa. kalau ada sapa2 yang pernah tengok cerita jepun yang ketengahkan isu ni, sila bagitau kat aku. aku mau tonton.

selalunya, budak2 atau orang jepun ni pasti kuat dan tak putus harap dalam hidup. selalu kuat walaupun apa jua yang terjadi.
dan sebab itulah aku sangat suka cerita2 jepun. selalu pasai nak naikkan semangat.




oh panjangnya aku tulis.
banyak pulak aku tulis pasal filem GO ini dan cerita2 japanese in general.





p/s: SELAMAT HARI IBU kepada semua IBU2 yang menbaca blog ini!!!!

Thursday, April 29, 2010

taare zameen par



semalam arix buat tayangan amal bagi filem ini.
taare zameen par atau like stars on earth.
dengan tagline, every child is special.


cerita pasal seorang budak nama ishaan berumur 8 tahun yang mengidap dyslexia.
diarah dan diterbit oleh aamir khan. keluar tahun 2007.


aku ni jarang nak review filem sebab bukan pandai sangat untuk review.
tapi hari ini cam rajin terlebih. aha

1. filem yang dibikin dengan bagus sekali. selalunya aku takut skit atau senang cerita, tak suka sangat tengok filem hindustan yang serius yang bertemakan penyakit. sebab hindustan lebih banyak drama dalam filem sebegini sampai fakta pasal penyakit dah jadi tak brapa betul. untuk filem ini, seorang kanak2 dyslexic digambarkan dengan betul dan fakta2 yang berkaitan dyslexia pon diberitahu dengan betul (sebenaqnya aku pon bukan arif sangat pasal dyslexia, tapi filem ni tak la nak bagi maklumat yang boleh dipertikaikan sangat).

2. lakonan pelakon kanak2 yang membawa watak ishaan memang mantop. pandai dia bawa watak budak yang struggle dengan dyslexia. tersentuh hati, sangat kesian tengok dia sedih. tapi lakonan aamir khan aku tak brapa suka sangat la. cikgu emo. sikit2 nak meleleh ayaq mata. memang tipical drama hindustan. keja nak teriak saja. (nampak aamir khan sangat tua dalam filem ni)

3. jalan cerita yang bagus. macamana ishaan struggle. macamana penerimaan bapak ishaan bila orang kata anak dia ada learning disability. macamana perangai cikgu2 lain yang bengap kata ishaan ni hanya nakal dan malas. macamana keadaan kehidupan typical indian famili, takde tunjuk orang2 kaya semedang seperti dalam filem hindi2 yang selalu dipaparkan.

4. lagu-lagu dalam filem. walaupun ia bawa mesej yang agak berat tapi filem ini maseh mengekalkan ciri2 filem hindi yang penuh drama dan lagu. ada la jugak lagu yang macam tak berapa sesuai atau terlebih2 seperti lagu masa aamir khan muncul sebagai cikgu seni yang cool dan berlaianan. tapi aku sangat suka lagu yang pertama dalam filem ni, masa nak tunjuk perbezaan rutin pagi ishaan yang slow mo dan penuh imiginasi di awal pagi sebelum pegi sekolah, berbeza dengan rutin bapak, mak dan abang dia yang tangkas.



kesimpulannya, filem taare zameen par ini sangat best dan menyentuh perasaan.
bagi kesedaran dan inspirasi.



dalam filem ni, aamir khan ada bagitau orang2 femes yang didiagnos dyslexia seperti picasso, thomas edison dan abhishek bachchan.
pastu aku pi tengok kat wiki, senarai orang2 femes yang didiagnos dyslexia.
antaranya,
orlando bloom, cher, tom cruise, keira knightley, mika, jamie oliver dan keanu reeves.