Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label series. Show all posts
Showing posts with label series. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

pulau manukan

oleh kerna kamera rosak masuk pasir...
maka tak de gambo kami di pulau manukan dalam kamera aku...
gambo-gambo ni pon aku tangkap semasa bot kami singgah kejap di manukan tuk turunkan orang sebelum pegi ke sapi...





pantai manukan lebih panjang.
ada resort disini... tapi gila punya mahal.. terbantut niat nak bermalam disini barang semalam dua..
coral dah tak de.. hanya shila sahaja yang snorkeling di sini.. dia cakap, nampak ikan ja skit-skit..
aku dan aini, lepak kat dalam air saja... pantai manukan memang sangat sesuai tuk bermandi manda...
kat jeti manukan, seronok bagi ikan makan... boleh letak kaki dalam air, ikan mai berkerumun... tension aku masa bagi ikan makan.. ikan-ikan punya la cantik, tapi aku tak dapat nak tangkap gambo...
kami duduk lepak kat manukan sampai jam 4 petang..
oleh kerna hujan asyik turun dari tengah hari sampai la kami balik, kami bertiga ambil keputusan tak mau salin baju.. salin baju bila dah sampai di jeti jesselton.
oh ya. kat manukan kami hanya makan megi... tu pun mahal seh.


p/s: untuk trip ke sabah yang akan datang, kami mau pi sipadan, mabul dan mamutik.. sandakan pun mungkin, mau makan lobster berkilo-kilo. dan juga mungkin ke sipilok, mau peluk orang utan... sungai kinabatangan??




Tuesday, November 10, 2009

pulau sapi


okei. sambung cerita jenjalan tempoh hari.
kami pilih pulau manukan dan sapi.
atas cadangan pemandu bot, kami pegi sapi dulu.
perjalanan ada la kot dalam 15-20 min.
ini memandu bot kami, dia suruh panggil aspalela.
ni ntah ke berapa kali dia ditukar nama, sampai nama betul pon orang dah tak ingat.



laut yang cantik adalah antara sebab utama aku mau ke sabah berkali-kali.


jeti pulau sapi.....




aku boleh jadi gila tak mau balik semenanjung bila tengok air laut yang jernih dan hijau cam gini...










kemudahan kat pulau sapi okei la. ada toilet. ada jual makanan. ada orang buat bbq. tapi bbq tu rasanya kena bayar siap-siap kat jeti. mahal lo.. 1 lagi, surau tak de kat sapi...









sampai saja terus tukar baju dan terjun laut.
gila punya lama aku tak terjun laut... sampai mata aku sakit sebab terkejut kena air laut... snorkeling skit-skit... jamu mata tengok orang berjemur skit-skit.. pastu naik balik sebab mau naik banana bot...
2 orang tu tukang tarik banana bot...
mr aspalela naik banana boat sekali ngan kami.....
serius lepas ni aku tak mau dah naik banana bot. walaupun diaorang tak la tarik laju sangat, tapi bab terbalik jatuh dalam laut tu, aku tak tahan.... 2 kali terbalik...




lepas ber-banana bot kat tengah laut, kami balik ke pulau, mau sambung snorkeling.. masing-masing berjaya ngorat seorang lifeguard... aku dapat harry.. orang ranau, 1 kampung dengan The-Big-Bos.



gila punya best snorkeling. teruja sebab 1st time. lama gak aku snorkeling. harry bawak aku jauh melepasi kawasan yang sepatutnya... so dapat la tengok coral yang lebih banyak dan cantik... hujan turun pun tetap snorkeling... oleh kerna lama sangat aku snorkeling dan letih nak bernafas ikut mulut saja, maka aku gigit snorkel tu betul-betul.... aku la antara manusia yang dok buat jahanam kat snorkel tu..



naik atas darat, niat mau tangkap gambo lebih banyak... skali camera jatuh dalam pasir. sedih gilos... sebab kat manukan dah tak leh nak tangkap gambo puas-puas hati...
dok kat sapi dari kul 930pg sampai 130 petang...
pastu, pi manukan....


inilah hasil gambo dari camera yang dah rosak...



p/s: snorkeling memang sangat best. tapi cam ada perasaan seram dan menakutkan.. bila tengok benda dalam laut dok teralun kekiri kekanan... macam penuh misteri aja.. menakutkan... camna niat nak belajar diving lepas ni? tak pasti...

p/s/s: oh ya... gambar kami bertiga terjun laut, snorkeling, ber-banana bot, bercanda tak dapet disiarkan.. nanti boleh timbul spikulasi... lebih teruk kalau kot kot antara kami bertiga jadi selebriti nanti... hahahahahaha


tunku abdul rahman park

ini serius.
aku maseh dalam mud cuti-cuti malaysia.
aku maseh mau cerita pasal kk lagi..
kali ini cerita pasal tempat yang paling best masa lawatan ke kk kali ini.
tunku abdul rahman park..







camana nak pi?
beli tiket dan naik bot kat jesselton point. naik kat sutera harbour resort pon boleh. tapi rasanya cam mahal skit.

tunku abdul rahman meliputi 5 pulau, manukan, sapi, mamutik, gaya dan sulug. yang paling femes orang pi lawat adalah; manukan, sapi dan mamutik.

kami sampai di jeti dalam kul 9 pg... hajat dihati mau pegi 3 pulau. tapi sebab cam dah lewat, maka si penjual tiket cadangkan pegi 2 pulau ja. kami pilih manukan dan sapi.

kos:
rm 22 -tambang bot pegi balik ke 2 buah pulau.
+rm 25- banana boat.
+rm 25- alat snorkeling
+rm 3- entrance fee
+rm 3- tuk apa tah, dah tak ingat.. ni pon setelah dapat diskaun selepas tunjuk student kad.


cadangan aku:
1. kalau nak pi banyak pulau. pi awal skit.
2. bawak roti. syok bagi makan ikan...
3. kalau berhajat nak snorkeling ja.. pi sapi dan mamutik.
4. manukan? coral dah tak banyak. kalau nak mandi aja dan bagi ikan makan, manukan sangat sesuai.
5. kat manukan, pulau terbesar, kemudahan lebih banyak. ada tempat jual makan, surau dll.
6. kalau tak pandai berenang tapi nak snorkeling, suruh lifeguard bawak.
7. ngorat skit lifeguard tu, supaya dia boleh bawak ke tempat yang jauh skit dan lebih cantik dia punya coral.
8. kalau pilih banyak pulau, jangan pi pulau manukan dulu. pi pulau yang lebih kecik dulu, sebab sana tak ramai orang, seronok nak buat aktiviti. seperti aktiviti ngorat lifeguard.


cadangan tambahan:
1. boleh ber-camping kat tunku abdul rahman park.. selalunya orang camping kat mamutik. kat manukan, tak boleh sebab dah ada resort. kat sapi, bahaya skit, sebab dengarnya ada babi hutan...
2. alang-alang nak ngorat lifeguard, ngorat skali pemandu bot, suruh dia bawak pi snorkeling di belakang mamutik. sebab kat situ katanya coral maseh terjaga... maseh cantik lagi..
maklumat-maklmat ini kami dapat disaat kami sedang menunggu bot nak balik ke jesselton...


Monday, November 09, 2009

sabah: niat lebih nak jenjalan episod 13

TAMMAT

aku sudah balik dari kk.
pagi sabtu lepas... pastu terus naik bas balik kampung..
mau edarkan ikan masin sama orang kampung...

hari ini, balik semula ke penang.
masuk lab.

----------------------------

pada keesokkan hari selepas jenjalan kat pulau manukan dan pulau sapi,
kami pi shoping di pasar filipino seperti yang dirancang..
pastu aini sambung shoping gelang kat 1Borneo plak.
lepas insya' dalam jam 730pm, pegi makan dengan famili The-Big-Bos.
sebelum balik hostel, singgah makan buah kat rumah baharu The-Big-Bos.
makan durian, manggis dan tarap (buah liar kat hutan sabah, baru tahun ini pokok tarap berbuah, selepas 2 tahun tak berbuah).



p/s: tak tau nak cerita buah tarap tu camana, rasa? pon tak tau nak cerita gak... tapi ada gak rasa cam buah cempedak. oleh kerna camera aku rosak, maka tak dapat la nak tunjuk macamana rupa buah tarap.

p/s/s: dan gambo aktiviti shoping pon tak dak. sori. sob sob..

Thursday, November 05, 2009

sabah: niat lebih nak jenjalan episod 12

TUNKU ABDUL RAHMAN PARK







hari ini pi pulau sapi dan manukan..
best. sangat best!
tapi sangat sedih pon ada.
camera rosak masuk pasir.
sempat tangkap gambo kat pulau sapi ja.
nanti aku uplod lebih gambo yang tak berapa nak banyak tu.
dan nanti aku cerita lebih skit.
ni penat dan sedih tak abes lagi...
mau tido...
daaa
.
.
.
p/s: betul orang-orang tua cakap. jangan seronok sangat...
.
..
...

sabah: niat lebih nak jenjalan episod 11

1Borneo



aku jejak la sekejap..
kot nanti boleh cerita kat orang kampung...

Wednesday, November 04, 2009

sabah: niat lebih nak jenjalan episod 10

NIAT NAK JENJALAN AKAN TERCAPAI


sebab....
aini akan sampai kk tengah hari ini..
yep yep hooraayy!

semalam aku dah bentangkan plan jenjalan kat aini.
dia setuju.


berikut adalah agenda jenjalan yang telah dibentangkan:

petang ini: jenjalan kat 1Borneo... nak tengok apa yang ada.. canggih atau best sangat ka. makin hari makin kerap aku nampak iklan 1Borneo disana sini... nanti kalau orang kampung tanya macamana rupa 1Borneo, aku boleh cerita serba sedikit.

esok, khamis: pegi ke tunku abdul rahman park.. nak bercanda si pulau manukan.. "hang nak pi situ? buruk betul tempat tu." , The-Big-Bos cuba membanteras niat nak jenjalan aku.. tak apa la bos, dah tak dapat pegi sipadan, manukan pon jadilah...

lusa, jumaat: jenjalan kat pasar filipino. nak beli cenderamata buat kengkawan dan famili.. dan juga ikan masin buat orang kampung. tapi senarai penerima cenderamata aku tertinggal kat penang...



p/s: dalam kepala aku penuh pasal nak jenjalan saja ni... kerja menules bila nak siap?

p/s/s: baru ada semangat nak rasmi lotion banana boat yang baru beli tu..seronok.

Tuesday, November 03, 2009

sabah: niat lebih nak jenjalan episod 9

AKU KEBOSANAN

masalah lain tak ada.
masalah jadi kurus sebab tak lalu makan, tak ada.
masalah berak, tak ada.
masalah takut tido sorang-sorang, dah kurang.

tapi...
aku ada masalah kebosanan tahap melampau.
bosan wei dok sorang-sorang.
nak nules tesis, timbul masalah tak ada idea.

aku dah abeskan sebuah novel.
masuk novel ke-2, into the wild.
novel yang aku nak sangat habeskan baca.
tadi aku terjumpa ayat ini, "......jobs where you'd get so damn dirty you couldn't even tell what you looked like at the end of the day."
terus aku ingat The-Fourth.
dia selalu kata, "jam sampai mak dia pon tak boleh cam muka dia ho.", bila kami tersekat dijalan raya.
aku teringat sahabat-sahabat aku kat penang...
dan juga semua orang...



p/s: aku teringat masa arix sorang-sorang kat perancis dulu... 2 bulan dok sorang... hebat la hang arix!!!

p/s/s: yey! esok aini sampai!! aku tidak akan lagi rasa bohsan!

p/s/s/s: hari ini The-Big-Bos banyak buat pembetulan sama akunya penulisan.. dia kata ayat aku tunggang langgang... aku rasa betul la... aku saspek korang pon selalu tak paham apa aku tules kat sini. walaupun aku nules santai konon, tapi tetap tonggang langgang... adei





sabah: niat lebih nak jenjalan episod 8

KOTA BELUD



berikutan dengan kunjungan aku ke rumah yanti, anak saudara 2 pupu aku itu...
pada hari ahad lepas....

kul 9 pagi, yanti kejut aku. dia kata nak bawa aku jenjalan..
nyenyak tul aku tido... kalau kat hostel, aku tak dapat tido nyenyak, asyik terjaga saja sebab takut.. ngeh ngeh.

aku siap come come, masuk dalam kereta..
aku tak tanya pon yanti dan suami dia, nak bawak aku jenjalan kat mana.
aku bajet diaorang nak ronda sekitar kk aja.
skali diaorang cakap mau bawak aku pegi hot springs..
aku kata la, tak best kalau pi, tak mandi. sebab kami tak bawak baju salin pon..

lepas tu, kami buat keputusan pi kota belud.
aku tak penah singgah dan diaorang dua pun tak penah pi lagi kota belud tu...
setiap hari ahad, ada tamu besar kat kota belud.
ambil masa lebih kurang 2 jam lebih jugak la untuk ke kota belud dari kk.

sampai tamu dalam kul 12 tengahari lebih-lebih..
banyak gerai dah tutup.








lepas tu, kami cadang mau singgah di jeti ke pulau mantanani.
tapi, jalan punya jalan, kami jumpa jeti lain, jeti nelayan.
kat kampung apa ntah..
singgah jap kat tepi pantai tu, tangkap gambo skit.




ini dia yanti dan suaminya...







lepas tu, singgah jap di kota marudu.
singgah makan jaa.
abes makan terus balik kk.

sebelum balik rumah, diaorang singgah pasar kat menggatal nak beli ikan..
dalam banyak-banyak ikan yang dijual, ada sama ikan color turquoise..
nampak macam ikan yang selalu aku nampak kat tv berenang-renang dekat corals..
kalau ya. gila tul. cute wei.
sori tak dak gambo ikan tu kat pasar.
aku, kalau tiba-tiba terjumpa benda yang mengejutkan, lupa dah pasal camera..

-----------------------------------

jauh hang pi jalan...

baru itu ja tempat saya jenjalan...
bila Dr nak bawa saya pi umah Dr?

tunggu aini sampai la k..
tunggu aini juga untuk kita buat makan ramai-ramai..
aku tak mau belanja 2 kali.

----------------------------------

AINI!!!
ko cepat la datang!!!
bukan sebab aku nak Dr belanja makan...
sebab aku boring!
tak dak sapa nak sembang, nak merapu.
lagipun aku takut tido sorang-sorang ni..
sob sob.

Monday, November 02, 2009

sabah: niat lebih nak jenjalan episod 7

MAKCIK CARI MENANTU



kau umo berapa?

25.

dah ada boyfren belum?

tak de.



salah seorang mak cik yang baik dan ramah dari 4 orang dari rombongan cuepacs yang bermalam di bilik aku malam itu bertanya...
katanya, nak jadikan aku menantunya...

aku bajet dia terpikat dengan budi pekerti aku...
tapi bukan sebab itu...
sebabnya...
aku berkulit putih..


adei.

------------------------------------

nanti kalau kau datang KL...
kau contact aku tau..

ye mak cik.


p/s: aku baru teringat. aku ada bagi tau mak aku, yang aku nak carik anak tokei balak sorang kat sini. nak buat calon menantu dia... kayo mak oi!


p/s/s: aku guna internet kat cc hostel ni.. 1 jam 3 hengget... mahal lo.. kat saujana 1jam 1 hengget ja... ni masa dia tunjuk tinggal lagi 6 min 4 sec... aku baru ja topup tuk 10 min lagi...






sabah: niat lebih nak jenjalan episod 6

HOSTEL



ini adalah hostel yang aku duduk


aku tinggal kat hostel ums...
semalam bayar rm10...
mahal lo...
sebab tak cukup kemudahan...
bilik seterika tak de... cerek tak de...
bilik tv pon aku syak tak de...

kononya style apartmen...
ada 3 bilik tidur serta bilik air yang ada tempat basuh baju, 3 toilet-yang-ada-kepala-shower-sama dan 1 bilik shower.

dan 4 orang untuk setiap bilik tidur.

tapi aku duduk sorang-sorang...
takut babe...
aku berimiginasi yang bukan-bukan...
aku tak berani tidur dalam bilik...
aku tarik tilam ke ruang tengah.





malam ke-2... kul 230 pagi...
ada 4 orang dari rombongan cuepacs datang tido..
tapi 1 malam tu ja laa...

skarang...
aku still takut ma..
tapi kurang skit laa....



sabah: niat lebih nak jenjalan episod 5

MAKANAN MACAMANA??

makan ha?
aku selalu berbangga yang aku ni boleh makan apa saja...

setelah aku berada disini 6 hari, campur dengan pengalaman aku di sabah pada tahun lepas....
aku buat kesimpulan secara amnya.....
aku boleh makan makanan sabah...
TAPI....
bukan makanan yang dimasak di cafe hostel aku duduk...
gila. aku langsung tak paham apa dia masak...
berganda-ganda lebih teruk dari gabungan makanan dari cafe IK yang dimasak-cincai-untuk-jualan-murah dan makanan dari cafe gemilang yang tak-penah-aku-bayang-wujudnya-masakan-seperti-daging-burger-masak-sos-sebelum-tinggal-di-gemilang....

makanan kat cafe opis The-Big-Bos OK..
makanan kat luar pun OK..

aku rindukan masakan disemenanjung...
oke kan aku buat kenyataan macam ini...
tapi kan....
dalam banyak-banyak makanan yang aku nak makan kat sini tapi rasanya tak de beza dari rasa di semenanjung adalah:
1. megi.
2. nandos.

nandos aku tak dapet lagi...
The-Big-Bos kata kat 1Borneo ada nandos..
jarak dari gate ums dengan 1Borneo tak sampai 1km...
tapi aku belum berpeluang nak pegi...
hari sabtu hari tu...
aku berniat mau jenjalan kat 1Borneo tu..
cari nandos, cari kedai buku dan jenjalan jamu mata...
tapi... apa kekdahnya jenjalan kat supemaket sorang-sorang...

megi.... hari ke-2 kat sini aku dah makan...
hari ini, 1 hari aku makan megi..
pagi, tengahari dan malam.... gilos..
pagi makan megi goreng... aku buang tebiat nak makan pagi kul 7.. tak de apa nak makan, aku makan megi...
tengahari, makan megi asam laksa.. oleh kerna aku pi opis kul 3 sebab The-Big-Bos sakit perut... jadi, malas nak kuar cafe hostel cari makan... lagipun bukannya aku paham dia masak apa...
makan malam, megi lagi... sebab aku balik hostel lambat... kuih dan nasik lemak yang jual petang-petang dah abes... sebab cafe masa tu ramai student... hari ini 1st day diaorang exam... tak sampai aku suap dua mulut megi tu... aku terus tolak tepi... mual weh...

sok... tak de lagi megi megi...
aku nak makan kat cafe opis The-Big-Bos...


------------------------------------------------------

hang dah makan belum?

dah Dr. makan megi...

makan megi? tak pi cafe dia ka?

tak lalu saya... saya tak paham apa dia masak...

hang belajar la makan....

sabah: niat lebih nak jenjalan episod 4

DAY 1, DAY 2, DAY 3 DAN DAY 4, AKU TAK JENJALAN MANA


4 hari aku ada kat sabah...
rabu, khamis, jumaat dan sabtu.... aku langsung tak pi jenjalan mana...
BOSAN tul!

khamis dan jumaat aku dok kat opis The-Big-Bos saja..
buat kerja nules tesis...
kerja yang memang sepatutnya aku buat.

oleh kerna aku tak pi jenjalan mana-mana...
maka dengan itu, camera aku tak ada banyak gambo...

maka dengan itu, pada hari jumaat...
lepas subuh (subuh kat sini kul 4.44 am) ... kul 6.10 am aku kuar bilik...
aku berhajat mau tangkap gambo matahari terbit..
matahari terbit amendanya.... dah cerah..
berjalan pon tak jauh mana...
yang syoknya... aku dapat tengok bukit-bukau gunung-ganang yang berlapis-lapis...
tak macam di penang atau di kampung aku...







lepas subuh hari sabtu, aku kuar lagik..
kali ini kul 5.40 am....
maka dapet la jugak aku tangkap gambo langit yang ber-color-color skit...





hari sabtu, setelah aku bosan tidur dan membaca novel sebuah sampai habes...
aku sms yanti... anak saudara dua pupu aku...
malam tu, terus dia datang ambil aku...
kuar gi makan...
pastu tidur kat rumah dia untuk satu malam....
.
..
...
....