Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Saturday, December 31, 2011

2012, selamat tahu baru!

kali ni nak ucap saja.


tak mau buat entry pasal tua (tahun depan aku 28??!!).
tak mau buat entry pasal oh-cepatnya-masa-berlalu-kelipopkelipop-daaah-habes-tahun-2011 (tapi serius masa cepat sungguh berlalu).
tak mau buat entry pasal apa pencapaian tahun 2011 (emmm).
tak mau buat entry pasal azam tahun baru (bukan nak cuba laksanakan pun).
tak mau buat entry pasal harapan/plan untuk tahun depan (tahun makin berganjak, tapi mengaji tak habes2 dan belum kawen jugak).




p/s: kalau ada pekeja baru kedai buku yang masuk selepas aku, mesti depa silap dengan umur aku. paling muda depa teka, baru lepas spm. paling tua depa teka, 23 tahun. kahkah.

p/s/s: tapi itu semua tak boleh mengaburi hati sendiri yang selalu rasa ahhh-aku-dah-nak-masuk-28-tapi-masih-disini-dan-pencapaian-apa-pun-tak-nampak!

acara makan-makan




kalau duluuuu..
sebelum 4, 5 bulan dulu lah,
acara makan-makan memang sangat best.
segala benda yang perlu diraikan, pasti ada makan-makan.
besday ka, perayaan ka, orang habes viva ka, orang habes mengaji ka, dapat rezki lebih ka, apa ja lah.
dan semua buat kat lab.

sekarang nih....



uwaaaaa..

gambaq2 kat atas,
adalah masa buat makan2 tuk hari terakhir zati kat penang.
buat kat rumah.
muka2 yang ada? aku, zati, aini, bed dan dayah.
lepas ni, kalau ada apa2, hanya ada aku, aini, bed dan dayah.
dan aini cakap, dia mungkin dah nak balik kampung...


uwaaaaa

sedih ah!
walaupun, sudah tiba masa untuk keluar dari penang untuk masa depan yang lagi panjang dan buat hal masing2...

sebagai pekeja kedai buku


akibat tidak mengambil mengajaran yang lalu...
aku hampir nak muntah setelah membaca 6 buah novel romance dalam masa tak sampai 1 bulan bekeja di kedai buku.
maka, kini aku kembali kepada buku yang lebih berpaedah.Link
aku pilih the jane austen book club (movienya aku dah tengok lama dulu dan aku suka) dan fever pitch.

dan 3 buku yang terbawah tu, buku lama yang baca sekerat.
paling lama buku stories tu lah. dah setahun lebih kot tak habes baca.

dan....
untuk gaji pertama di kedai buku,
aku dah plan nak beli buku apa.




p/s: rasa macam nak katup blog buku. dah lama r.i.p.

Tuesday, December 27, 2011

serius aku rindu

serius aku rindu nak gelak pasal diri sendiri bila bandingkan diri sendiri dengan orang lain.
benda2 ni hanya boleh terjadi kat aku bila ada sahabat2 disekeliling.
mereka memang sangat bijak untuk mencetuskan lawak.

malangnya...
semua akan beredar sorang demi sorang.
dulu arix, nanti zati.
pastu aini, pastu semua dah tak jumpaaaaa





"aku pun nak teriak jugak lah. hang dah tak daaaakkkk nanti..."
"toksah gatai"

atas skit ja

"hang rasa kita kat tahap mana?"

"mungkin atas skit dari hidup segan mati tak mau."

dah terbiasa

"depa studi kat bilik studi dari kul 7pagi hingga 3 pagi!"

"depa dah terbiasa berusaha!"

jarang berblog


sori rakan2 sebab sudah jarang berblog.

berita untuk masa ini: bulan depan aku dah masuk inventory. bermain dengan majalah pulak. majalah yang aku suka buang masa baca, majalah gosip artis. lepas ni, kalau hampa nak tanya artis mana yang buat pembedahan plastik, yang mana dah berpisah, yang mana nak bercerai, artis guna diet apa, boleh tanya aku, mungkin aku boleh jawap. kehkehkeh.



p/s: zati cakap, aku dah kena mula buat slide.
yosh yosh

Wednesday, December 21, 2011

ombak rindu

jualan novelnya sangat laku weh.
dan aku kenai seorang perempuan cina yang pi tengok filem ni, siap menangis lagi.


aku ingat lagi,
masa aku kat matriks. tahun 2002.
pakat gila baca novel nih.
aku diantaranya lah.
dulu aku memang gila baca novel.
eh la ni pon masih gila baca novel.







p/s: aku tak tengok lagi. sebenaqnya dah lama aku tak tgk movie kat panggung. aku teringin nk tengok songlap.

bila aku lebihkan sesuatu benda





i can feel the old self grab me back.


yeeaaahhh!

rasa luas dan aku rasa boleh buat macam2.

furoshiki

besok nak jenguk daiso.
kot2 ada kain yang corak cantik cantik.
teehee


dari keja duduk, ke kerja berdiri dan macam2 lagi

bertahun2 aku dok kat lab.
kebanyakan masa, aku duduk.
mengadap laptop dan internet.
macam-macam aku buat, macam2 aku baca, macam2 aku tengok.

tiba-tiba,
kini aku terus berubah ke kerja yang banyak gila kena berdiri.
dan yang paling ketara.
sangat kurang guna internet.

zati baru buat bukak fb.
dulu masa meneruskan kehidupan kat lab,
macam2 benda aku rasa nak tag zati.
dan sekarang, jugak rasa nak tag video lagu yang aku suka kat dia.
tapi terus blank.
tak tau nak tag apa.
sebab aku rasa macam dah tak tau apa menda yang hangat kat tenet ni. dan juga ada rasa malas nak korek2 tenet ni lama2.
aish. adakah ini perubahan yang baik?
tapi aku tak suka.

terus jadi rindu kehidupan yang tak berapa berproduktif aku yang dulu.
kehkehkeh.

aku suka lepak di lab. kehidupan yang releks tapi ada stressnya.
aku suka keja di kedai buku. kehidupan yang penat tapi seronok.
so sekarang, kena seimbangkan kedua-dua kehidupan.
rasa macam sekarang ni, aku dah lebihkan keja kat kedai buku.

dan aku juga rindu ngan blog nih.
bila tengok orang, perhatikan orang, bila berlaku sesuatu, ada ja aku pikir.
dan pikiran tu, aku nak kongsi kat sini.
dan segala kejadian yang berlaku di kedai buku, yang kelakaq, yang baru, yang bengong, rasa nak cerita.
tapi bila dah balik keja, agak penat, dan malas tuk buka blog. dan malas nak bercerita.

dan bila rajin nak ke lab dan membuka blog,
rasa macam malas pulak nak recall apa yang terjadi. apa yang aku nak cerita sebelum nih.
alih alih, blog tak ber-update.



kehidupan bertahun dilab sangat sebati dengan jiwa.
rasa susah nak lepaskan kehidupan macam tu.
bila tiba masa kena ada rutin dan kehidupan yang lain jugak.
tapi buat setakat ni, aku nak jugak buat rutin yang dulu.

ni kes tamak ka apa nih.
ka kes tak mau berubah.




sori. lama tak update tapi bila update,
dok merapu sorang2.
teeheee




p/s: entry ini ada ciri2 tak matang. harap maklum.

"aini sudah tua"

aku masak semperna surprise besday lunch tuk aini semalam.
aku buat spageti olio dan potato salad.
olio dicadangkan oleh bed.
dan olio adalah kegemaran aini.

besday aini,
bukan semalam,
tapi 12 dec.




husna, ko dah letak minyak untuk rebus spageti?
tak letak. cikgu aku cakap tak payah.

husna, ni air apa? ko nak guna lagi?
tu air rebusan spageti tadi. aku nak guna. cikgu aku ajaq suruh boh air rebusan pasta bila masak saucenya.

cikgu ko sapa?
jamie oliver.

kahkahkah

Thursday, December 15, 2011

usaha giat untuk menentukan tempat bermastautin untuk tiga atau empat tahun lagi

sedang membuat pilihan......








p/s: cantik jugak tempat nih...

p/s/s: banyak jugak benda aku nak cerita, tapi nanti2 ek. aku nak gi kedai buku nih.

bawa bekal ke tempat keja dengan penuh gaya

ekekekekek



budaya membungkus bekas makanan ni, aku belajaq dari drama korea.
tapi lepas terjumpa buku furoshiki ni rak buku di kedai buku, rupa2 macam2 benda kita boleh balut. buku, botol, pasu contohnya.




p/s: kain tu, aku dapat daripada zati. sebelum buat bungkus bekalan makanan, aku bungkus rambut aku yang panjang. kunun kunun gaya hippies. ekekekekk

Tuesday, December 06, 2011

kenduri kak ros

kendurinya pada 3 disember.
tapi baru sempat nak boh gambaq kat sini.
ada banyak jugak nak cerita pasal kenduri ni, tapi dah lupa la pulak.
apa yang pasti, aku sangat suka rumah kak ros!














sudah mula jadi cashier

dah masuk disember.
masa 1 disember, ingat nak buat entry pasal oh-cepatnya-masa-berlalu-kelipop-kelipop-dah-nak-habes-tahun-2011.
tapi tak sempat.


selain nak cerita pasal oh-cepatnya-masa-berlalu-kelipop-kelipop-dah-nak-habes-tahun-2011,
juga nak cerita yang aku dah mula jadi cashier. mula 1 disember.

suatu masa dahulu,
aku pernah tengok rancangan the apprentice, season berapa tak ingat.
tapi benda yang aku ingat, ada sekali tu, ada peserta yang kena jadi cashier.
dan dia cakap, pengalaman dia jadi cashier banyak membantu tugasan dia hari tu.
so, semenjak tu, aku masukan nak-cuba-jadi-cashier bersama-sama dengan nak-cuba-bungee-jumping dan nak-ada-lesen-diving dan banyak lagi dalam list benda2 yang aku nak cuba buat.

yeeehhuuuu. seronok.
walaupun aku tak pasti apa kepentingannya jadi cashier dengan benda2 yang aku dok buat kat lab sebelum nih.
dan takut jugak jadi cashier nih.

Sunday, November 27, 2011

nombor ISBN

aku pernah klem yang aku seorang yang suka buku.
tapi,
selepas keja kat kedai buku,
baru aku tahu pasal nombor ISBN.

strangers

benda pertama yang aku sedaq apabila 2-3 hari bekerja di kedai buku,
aku takut pada kerja-kerja yang melibatkan strangers.

sepanjang 3-4 tahun,
kerja-kerja aku hanya melibatkan orang-orang yang aku kenal.
kalau tak kenal secara peribadi, sekurang-kurangnya, kenal nama.

tapi di kedai buku ni,
hari-hari jumpa strangers.
dan lagi menakutkan, kena penuhi permintaan strangers tersebut.

dan seingat aku,
tidak pernah lagi aku guna sorry dan please sebanyak ini dalam hidup aku.
dan ia seperti penggunaan bahasa yang sangat lain.


tapi, selepas 10 hari bekerja,
alhamdulillah, aku dah tahu macamana nak bekerja dengan strangers ini semua.

dan selepas 10 hari bekerja,
aku rasa,
untuk masa-masa akan datang,
aku perlu berusaha untuk tidak mengurung diri aku dalam sesuatu persekitaran yang sama untuk masa yang lama.
sebab ia akan menutup mata aku untuk melihat banyak benda.
menutup mata bermakna menghentikan diri dari mempelajari benda baru.




p/s: salam maal hijrah!

selepas day 10

keja makin seronok!

Thursday, November 17, 2011

1st day

keja kedai B.U.K.U.

1. best.
2. banyak doh kena ingat.
3. aku kena jaga bahagian yang ada buku pasal sabbath.
4. orang penang memang lain dari yang lain. lain dari negeri lain secara amnya.
5. membalut buku pun kena ada teknik. aku dah lama tak buat keja2 gitu, nak pegang sellotape pon macam tak gena gaya.



wah. gila bersemangat.
semoga semangat berkekalan.
ekekekeekk

Wednesday, November 16, 2011

dapat keja

hari tu aku ada cakap pasal nak cari keja.
kerja yang boleh menampung keperluan asas hari2 aku.
dan kerja yang ada kena mengena dengan benda yang aku suka.


dan.
yeah alhamdulillah aku dah dapat.
esok pagi stat keja.





p/s: keja aku ada kena mengena dengan B.U.K.U.!!!

sesi minum teh di bilik sana

update: sana bagi tau tadi, pakaian tu di eja toop.









sana datang dari sudan.
so sesi minum teh banyak berkisar tentang budaya tempat dia.
baru aku tahu, sudan terbahagi kepada 2 negara. macam korea.
cerita tentang budaya kat sudan. budaya minum teh. budaya makan nasik.
dan diakhir sesi, aku dan elyn mencuba pakai baju kebudayaan wanita sudan.
kalau tak silap depa panggil thobe. tak sure eje camna, thobe ataupun tobe. tapi bunyi mcm top.

Tuesday, November 15, 2011

dah tersangkut





once upon a time.
marina yang perkenalkan.
aku dah tengok 4 episod sekaligus sambil layan dodol dan kacang botak.

satu ja masalah yang dihadapi bila tersangkut dengan siri baru yang baru sangat bermula.
kena tunggu! untuk tengok episod yang seterusnya.


aish.

Monday, November 14, 2011

mencetak gambaq





dah laaamaaa giiilaaaa aku tak mencetak gambaq.
mungkin dah 2 tahun tak mencetak.. emmm mungkin 3 tahun.

so hari ni,
kebetulan dok mengorek gambaq lama2,
aku telah mengedit gambaq seperti di atas.
aku buat macam tu sebab aku ada banyak sangat gambaq kegemaran.
nak mencetak semua yang digemar, mungkin tak boleh.


buat masa sekarang,
ada 7 tema yang telah aku pikirkan.
7 tema. 7 benda kegemaran.
laut
mentari
famili
muka sendiri
sahabat
meja makan
makanan yang dimasak.

gambaq muka sendiri




aku jumpa gambaq ni dalam simpanan.
banyak sangat gambaq, ada dalam cd-cd, ada dalam pendrive2, ada dalam komputer lama, ada dalam komputer baru, ada dalam kamera,
merata sangat.
ada yang dah di-burn, ada yang belum, ada yang dah dipublish kat blog, ada yang dah di-edit tp belum publish.
aish. tak tersusun. tak terorganize.
makan masa jugak nak organise semua nih.


aku sebenaqnya,
nak cari gambaq yang ada muka aku sorang.
payah sungguh nak jumpa.
payah nak jumpa sebab tak ada banyak gambaq muka sendiri sorang2.
kalau jumpa pon, banyak yang tak cun.

aish

Sunday, November 13, 2011

aku boleh dok sorang, tapi





ya.
tentunya aku rindukan masa-masa aku berseorangan bila berada di rumah kak timah.
aku boleh buat macam-macam bila dok sorang.
aku boleh tengok rancangan tv yang disukai.
aku rindu pada tlc dan jamie oliver 30 min meals.
aku mampu dok rumah sorang2. aku mampu bergembira walaupun sorang2.

tapi,
tentunya sekarang dengan ahli rumah lebih dari 5 orang,
aku lebih gembira.
dengan makanan yang banyak, sembang yang banyak, aktiviti yang banyak, gosip yang banyak dan ketawa yang banyak.

berasa gembira bila bersama dengan orang lain, sangat besar bezanya.
berkongsi ketawa dengan orang lain, sangat besar bezanya.


aku belajar satu benda dari into the wild dan christopher McCandless.
keseronokan dunia, kegembiraan dunia, keindahan dunia,
tak ada makna jika tidak dapat berkongsi dengan orang lain.
terutama dengan orang yang kita sayang.

Friday, November 11, 2011

ini entry ke 1000

kalau ikut senarai post dalam edit posts, dah lebih 1000 dah.
tapi yang dipublish, ini yang ke1000.


ntah apa yang aku dok mengarut eh selama nih.
kahkah


hari ni,
terlebih banyak masa pulak diperuntukan tuk tengok blog sendiri.
sampai boleh tengok entry yang lama.
kerja memang ada lah,
tapi tulah, sampai ke la ni, aku punya seronok main blog memang tak dapat henti lagi.

aku tengok kat senarai lebel (yang ntah apa2 tu),
banyak jugak yang aku tak guna.
contohnya,
ageing
aku serius
perkara rambang rambong
siri diskusi orang2 yang belum kawen
aku merapimerepek
the GO GO projek (hat ni apa motif pon tatau)
tiba2 (aku lupa label ni wujud, mungkin boleh guna lebih banyak lain kali. selalu ja tiba2 ada benda yang datang dalam kepala)
award/tag (sekarang ni award dan tag2 ni orang dah tak main dah, lagi pun orang dah malas nak tag aku, sebab aku tak buat pun. kahkah)
majalah
filem
iceland inspire
the canal sessions
a take away show (ni 3 label yang wujud sebelum wujudnya blog yang aku letak lagu2 yang aku suka)


pastu,
aku juga lupa yang aku ada buat siri2 tertentu,
cotohnya,
aku suka masak tapi tak pandai masak.


lupa sebab banyak sangat merapu kot.
merapu pulak selalunya tak dak hala tuju dan blog pon tak punya konsep tetap.
main hentam tulis ja macam2 benda.

aku suka masak, tapi tak pandai masak: aku dan megi (part 2)

ni dah lama aku tulis.
tapi tak publish.
ini cerita sambungan dari entry 'aku suka masak, tapi tak pandai masak: aku dan megi (part 1)'.


ada beberapa fakta tentang aku dan megi.



1. jenama megi kari kegemaran: mamee sllrrp kari berapi.

2. jenama megi asam laksa kegemaran: maggi asam laksa dan cintan asam laksa. megi cintan asam laksa macam ada rasa lengkuas yang kuat, aku suka.

3. jenama megi tom yam kegemaran: maggi tomyam.

4. jenama megi goreng kegemaran: mee goreng segera sedap perisa sambal dan mee goreng segera ruski perisa pedas. mee goreng segera jenama ruski aku dah lama tak jumpa.

5. bukan peminat tegar megi cup. makan la jugak, tapi sangat jarang.

6. kadar purata memakan megi: sekali seminggu.

7. kadang2 makan megi sebab teringin. kadang2 makan sebab lapaq.
kalau sebab lapaq, jumlah megi yang aku rasa paling ideal adalah 1 setengah bungkus. kalau buat 2 bungkus untuk seorang, gila muak. tapi jarang lah nak buat 1 setengah bungkus bila makan sorang2.

8. megi yang sesuai untuk direndam kecuali megi cup dan maggi mini: mamee sllrrp kari berapi.

9. konsep masak megi sedap, bagi aku: JANGAN HILANGKAN RASA PERENCAH megi.

10. rasa perencah megi boleh hilang dengan 2 cara.
1) terlebih air.
2) letak bahan2 sampingan (seperti udang atau ayam) terlalu banyak sampai perencah megi diserap oleh mereka. (ini teori aku la).

11. untuk tak mahu terlebih air, prektis selalu supaya dapat tahu sukatan air yang paling sedap dan diminati.

12. untuk mengelakkan udang atau ayam menyerap perencah megi, aku tak letak mereka.

13. hidangan megi kuah yang paling aku suka: megi + sayur + sebiji telur rebus.

14. aku akan letak sayur last sekali. supaya sayur tak menyerap perencah megi.
sayur hanya akan dimasukan selepas api gas ditutup.

15. cara masak megi paling basic aku:
selepas air mendidih, aku masukan megi. dan cepat2 masukan perencah. kacau sampai megi lembut. tapi jangan biarkan sampai kembang.

16. 1 lagi konsep untuk megi yang sedap: JANGAN OVERCOOK.

17. cara masak megi telur+sayur aku:
selepas air mendidih, masukan megi dan perencah. lepas kacau dua pusingan, terus pecahkan sebiji telur kedalam periuk. siram kuning telur dengan kuah berulang kali. sesekali gerakan telur secara perlahan2 supaya telur tak melekat pada periuk.
siraman dilakukan dengan cepat supaya telur cepat masak seiring dengan lembutnya megi. kalau lambat, megi akan jadi overcooked. lembik. dah tak sedaaap.
lepas katup api, masukan sayur. kacau 2 3 pusingan, pindahkan megi kedalam mangkuk.
sedia untuk dimakan.

18. sayur pilihan:
1) sawi sesuai untuk hampir kesemua jenis megi berkuah.
2) tomato sesuai untuk megi perisa kari.

19. kalau letak sos lada hitam dalam megi kari sangat la sedap. teknik ini diajar oleh fir.



ini cerita megi berkuah.
cerita megi goreng pulak nanti2 aku tulis kalau rajin.

bersambung......

cari kerja

ini bukan cari kerja kena dengan kelulusan atau kerja tetap.

ini bukan pasal nak kumpul duit tuk kawen atau nak beli rumah atau untuk masa depan anak-anak (yang belum lahir).
ini pasal cari kerja untuk dapatkan duit untuk makan hari2 dan bayar sewa rumah dan henti mintak duit dari abah mak abang.

ini juga bukan kerja yang ada kena-mengena dengan bidang yang aku bergelumang hari-hari selama 3-4 tahun ni.
tapi ini pasal kerja yang bergelumang dengan benda yang aku minat/suka.



harap-harap dapat.
kalau tak sekarang, mungkin aku dah tak dak peluang sangat nak buat kerja tu.
gaji mungkin tak banyak mana.
tapi yang penting cukup tuk makan dan aku minat.
tak dapat shopping pun tak pa lah. 10 bulan ni dapat ja aku hidup dengan tak bershopping walaupun ada jugak hari2 yang mai tension sebab tak leh shopping. ahaks

selepas memakan banyak daging lembu





aku ingat nak diet secara serius balik.
tapi kalau aku umum nak diet kat blog, sure tak jadi.

aish. makin banyak baju kegemaran aku tak leh pakai.


gambaq kat atas,
diambil pasa raya pertama.
gambaq diatas memang tak lah elok sangat, terutama pencahayaan.

tapi demi nak tunjuk pinggan china milik arwah tok misah aku yang paling aku suka guna, aku boh jugak lah gambaq ni.
masa balik hari raya haji hari tu,
aku dah booking awal2 dengan mak aku, bila aku ada rumah sendiri, aku nak angkut skit pinggan milik arwah tok misah. ada lagi beberapa corak dan saiz.

tok misah aku beli pinggan tu sekitar tahun 60-an.
oleh tu, sekarang ni, nak dekat 50tahun dah usia pinggan tu.
kalau nanti panjang umoq, boleh la aku bagi tau kat cucu aku ni pinggan berusia 100 tahun milik tok aku, great great grandma depa. ahaks.
(lepas moyang orang paggil apa ha?)
pinggan china tok misah sebelum tahun 60-an tak dapat dikesan.

aku juga nak ambil pinggan arcopal yang pertama mak aku beli.
mak aku cakap, tunggu dia tak dak baru boleh ambil.
tapi bodek punya bodek, aku dapat jugak sebahagian pinggan. keskes

kalau pasal gelas dan cawan pulak,
aku dah plan nak hangkut yang mak ngah aku punya.
dia punya gelas sangat klasik.



kesukaan aku terhadap kitchenware sangatlah gila sekarang ni.
lagi gila bila tak berduit nak beli dan tak dak rumah sendiri nak letak.
aish.

Friday, November 04, 2011

duduk mengadap tingkap tengok hujan, minum teh-o sambil bukak album lama




jam 5ptg lebih kurang,
afrina, tengok ni abang anip masa kecik-kecik- berkata maknyang yang bersuara guruh.

aku dah berada di kampung untuk cuti raya haji

"i simply felt that i didn't deserve it"
m/s 160; the pissed is a foreign country, they do things differently there; under the duvet; marian keyes.




membaca balik buku-buku kegemaran adalah antara aktiviti aku kalau balik kampung.

Wednesday, November 02, 2011

cabut gigi geraham

hari ni kena cabut.
siap ada bedah kecik potong tulang bagai semua.

tadi siang,
dr kegemaran hanya cakap jangan berkumur selalu saja.

tapi tatsat ni, aku pi cari kat internet pasal dental care lepas cabut gigi.
banyak jugak donts yang aku langgaq.

antaranya,
minum guna straw dan meludah.
makan benda pedas, aku pekena tomyam dan sambal ikan lagi tadi.




aku sebenaqnya nak cari apakah rasa pelik yg aku dok rasa dari lepas keluaq dari klinik sampai sekarang ni.
tak jumpa la pulak.

Monday, October 31, 2011

enjoy makan





bila aku dengaq ada orang ambil pil untuk gantikan makanan,
aku jadi kesian.
sebab dia tak dapat menikmati makanan yang punya rasa yang macam2.
(kalau sebab sakit, itu belakang kira)


tapi tak boleh nak paksa orang makan benda yang depa tak suka kan.
so, tak mau cerita pasal orang lain,
nak cerita pasal aku.


sepanjang pengalaman aku dok makan nih,
aku buat kesimpulan,
ada 3 faktor utama yang akan menyebabkan aku enjoy makan dan berselera makan.

1. rasa.
kebolehan tekak menerima makanan tersebut a.k.a sedap adalah faktor utama.
sedap macam cantik, subjektif.
ada orang rasa itu sedap, ada orang rasa itu tak sedap.
sedap yang dimaksudkan oleh aku adalah bukan top chef punya sedap.
asalkan tekak aku dapat terima. ada rasa. rasa cukup. texture yang aku suka.

2. warna.
bagi aku, lagi berwarna makanan aku, lagi aku suka, lagi aku enjoy.
dan makanan yang banyak warna juga akan menjadikan gambaq lebih cantik.
aku pernah tengok rancangan makanan kat tv, ada 1 teknik masakan yang telah dibuat dengan menggunakan kaedah sains apa ke benda pun taktau, tapi ada guna liquid nitrogen. apa jadah pon tatau. yang pasti tak menarik tuk dimakan sebab plain ja color walaupun katanya rasa lebih sedap.
aku juga pernah tengok iklan spray makanan color gold, dalam gambaq tunjuk dispraynya turkey pastu letak atas dulang, sedia untuk dimakan. katanya, a piece of art. agak2 la jugak nak berkarya aku rasa.

3. pilihan pinggan mangkuk.
ini juga penting untuk bangkitkan selera aku.
aku ada pilihan pinggan aku sendiri. tak semestinya mahal.
kalau kat rumah pun, mesti aku akan guna pinggan yang aku suka. mak aku pun tahu pinggan mana yang aku suka guna bila nak makan. buat masa ni, pinggan kegemaran adalah pinggan china yang tok misah aku punya dan pinggan free beli sabun basuh baju. jenama sabun puteri emas rasanya. mak aku banyak dapat pinggan free.
pinggan yang jarang nak suka, adalah pinggan yang jenis clear glass. sebab bila makan, terganggu dengan corak tudung meja.
dan pilihan pinggan juga akan mempengaruhi gambaq yang ditangkap.






p/s: gambaq tu masa aku dok bertapa kat sabah hujung tahun lepas. tak sure aku pernah boh kat blog ke belum sebelum nih.
kepak ayam, setiap penjuru bumi sabah pasti ada menatang nih. sarawak pun sama budayanya aku dengaq.

Friday, October 28, 2011

entry yang tak ada tajuk yang sesuai

(nanti kalau ada terpikiaq tajuk yang sesuai, aku letak)


aku sangat terbiasa dengan buku2 atau majalah2 yang bersifat memberi motivasi.
tapi semasa menbaca, aku bukannya paham semua apa yang dikata.

contohnya,
(benda paling biasa dicakap)
be happy.
cara2 untuk happy.
1. enjoy life,
2. celebrate your life,
3. appreciate everything/everyone in your life.

tapi,
apa itu happy?
apa yang kita rasa bila kita happy?
adakah aku tak happy sekarang nih?
macamna nak enjoy life? enjoy dengan pi bersuka ria? enjoy dengan mencuba bermacam2 benda dalam hidup?
apa itu celebrate life? celebrate macam kita celebrate celebration?
appreciate pulak camna? adakah dengan berterima kasih kepada Tuhan? adakah dengan ingat nak mati?

selalunya, semua jawapan untuk persoalan ini tak dikepilkan bersama artikel2 atau buku2 motivasi itu.
kita kena cari sendiri.


untuk aku,
alhamdulillah, aku sudah temui semua jawapan untuk persoalan2 yang berkaitan tajuk "be happy".
tapi ia adalah proses yang yang memerlukan masa dan tenaga.

sebab itu, aku dah tak percaya kat buku2 kat rak motivasi.
aku lebih senang mencari buku2 di rak memoir.
memoir punya buku banyak membantu.
novel2 lain juga turut membantu.
pemerhatian dengan teliti terhadap apa yang kita dan orang sekeliling kita buat, cakap dan fikir juga perlu.

ok.
itu hanya berkenaan be happy.
tak masuk lagi benda2 lain.


isu be yourself ke contohnya,
apa itu be yourself? aku ni macamna keadaannya bila betul2 be myself sebenaqnya?

isu kusyuk dalam solat ke contohnya,
kusyuk tu bermaksud betul2 tak terfikir apa2 semasa solat ka? apa sebenaqnya rasa kusyuk tu? kusyuk tu fokus ka?

isu macamna nak relax supaya badan boleh terapung dalam ayaq ke contohnya,
relax tu tak ingat "aku akan lemas ke nih!!"? relax itu tak panik ka?

isu ikhlas dalam amalan ke contohnya,
adakah iklas tu bermaksud kita tak mendabit dada dengan apa yang kita buat saja ka? adakah ikhlas tu kita kena ingat niat kita nak buat kerana Allah? macamna nak kata niat kita itu hanya kerana Allah? dan kita tahu niat itu bukan hanya ucapan dimulut tapi ketetapan hati tapi macamna pulak nak tetapkan hati?


kadang2 pertanyaan kita berbunyi seperti soklan bodoh.
tapi soklan bodoh dan simple ini yang harus dijawap untuk membolehkan kita memahami sesuatu benda.

kalau benda2 itu berkaitan agama, lagi lah jenuh. bukan boleh buat main.
pernah tak rasa, kita dah baca macam2 dan bertahun2 pasal benda kusyuk dalam solat (contohnya), tapi kita tak paham2 jugak. kita tak berjaya nak dapat kusyuk dalam solat jugak.




kesimpulannya,
1. jangan percaya sangat dengan buku motivasi. selalunya hampir separuh apa yang diperkatakan itu kita tak paham sebenaqnya.
2. cari dan terus mencari jawapan.
3. kalau bab agama, teruskan rapatkan diri dengan benda2 yang bersifat keagamaan. buka rancangan tanyalah ustaz ke. baca blog saifulislam ke. yang penting terus rapatkan diri dengan benda2 nih. insyaallah sedikit sebanyak kita akan dekat dengan Allah dan akan dapat jawapan.
4. jangan takut, malu atau rasa bersalah bila kita tertanya2 soklan yang boleh masuk kategori soklan bodoh.




p/s: entry ini dibuat sebab teringat camna aku dah mula tak rasa takut, malu atau rasa bersalah bila terpikiaq soalan2 bodoh.
ia bermula secara rasmi beberapa tahun dulu bila aku terbaca dalam buku further under the duvet oleh marian keyes, bila marian keyes tertanya2 pasal sebut om dalam meditasi.

p/s/s: under the duvet dan further under the duvet sememangnya macam membantu aku memahami banyak benda.

Thursday, October 27, 2011

jaipur/agra/kerala

aku memang sangat teringin nak pi india.
pilihan tempat yang utama adalah:
1. jaipur
2. agra
3. kerala


tadi,
aku jadi kerja dok tengok kat mana jaipur, kat mana agra dan kat mana kerala dalam peta india.
dan jadi kerja jugak dok tengok pasal travel delhi-agra-jaipur-delhi. tengok hotel lah, tengok kos pengangkutan lah, tengok forum lah, tengok pakej lah.



aish.
terus jadi gila.
gila nak pi agra dan jaipur.
gila nak plan travel ke agra dan jaipur.
dan gila dok kira kos.

pengambilan minyak sapi yang agak lebih daripada biasa




semalam punya pi beraya deepavali.
antara yang disembangkan; kecantikan kerala (yang membuatkan semangat nak pi melawat india datang kembali), lirik lagu tamil yang dialihbahasakan, pelajar arab/afrika secara umum, hero filem tamil yang selalu datang ke malaysia, rempah ratus yang digiling, meneka bahan2 yang digunakan dalam membuat kuih tradisional, kesusahan membuat soklan exam, dan banyak lagi.







aku makan kenyang sampai ke malam.

Monday, October 24, 2011

hujung minggu di rumah elyn




aktiviti lebih ke arah tidoq sepuasnya, berenang, dan juga makan!
terima kasih elyn!

i can move like jagger too





zati selalu kata aku tak dengaq lagu2 komersial yang didendangkan di dalam radio atau tv.
ada benarnya.
tapi aku ada jugak dengaq kadang2.

dan minggu lepas aku jumpa lagu maroon 5 ni.
sejak dari tu. aku bukan saja dok pulun dengaq lagu ni, malah aku dok move like jagger jugak.
move sampai kawan2 lab rasa nak pengsan.



p/s: tapi lirik lagu nih memang jenis yang aku tak suka.

Friday, October 21, 2011

surat cinta 4

gf style kiasu.


muhahaha

Wednesday, October 19, 2011

petang-petang (dan malam) hujan


ini tentunya bukan petang baru-baru ini.
sekarang ni, hujan akan datang bila petang dan malam.
oleh itu, pagi esokharinya akan jadi sangat dingin dan sangat syok untuk keluaq berjogging (dan juga sambung tidoq balik).





p/s: sepanjang 3 hari keluaq berjongging awal pagi, aku belum teringat nak sapu ayaq embun ke muka. agak2 boleh jadi lebih cantik tak kalau diamalkan. kehkeh

Husna and the Red Round Thing

amacam?
macam nama indie band dak?
kahkahkah




untuk orang2 sekeliling i di lab,
jangan marah ek kalau i put The Red Round Thing on dan terus jadi pekak.

Tuesday, October 18, 2011

plan tu, nak hari-hari jogging lah

jogging pagi tadi.
hari ni cuaca sangat baik.
dapat tengok matahari terbit.
seperti gambaq jogging pagi semalam,
permandangan jambatan pulau pinang dan laut diganggu dengan kehadiran kondo2 mewah.
10 tahun akan datang, mungkin dah tak boleh tengok jambatan pulau pinang dari kampus.
emm sedih.








p/s: baru perasan, dah lama jugak aku tak tangkap gambaq mentari.

Monday, October 17, 2011

kembali mengeluarkan peluh




pagi tadi,
aku pi berjoging pusing kampus.
setelah setahun lebih aku gantung kasut sukan.
(setahun lebih boleh jadi 13 bulan, boleh jadi jugak 23 bulan)
selama setahun lebih gantung kasut ni, senaman aku lebih kearah ke aktiviti2 seperti,
berjalan kaki sekitar kampus (sebagai pemegang kad bas rapid haruslah tak dak kenderaan lain), berlari mengejaq bas, dan juga mengangkat kaki tegak ke arah siling bila tengah baring atas katil sebelum tidoq.
senaman jalan kaki dalam mall pulak dah lama tak buat, sebab aku tak berduit nak pi shopping sekarang.
cakap pasal tak dak duit tuk shopping,
tujuan senaman jugak untuk menurunkan berat badan supaya aku muat balik nak pakai baju/seluaq 2 tahun lepas.
nak beli baju/seluaq baru dengan saiz sekarang, aku tak mampu, so jalan penyelesainnya, kuruskan badan balik ke berat sebelum ini.
taget aku, nak turun 5 kg.
nak turun lebih dari 5 kg tak boleh buat masa ini.
kalau turun lebih dari 5 kg, aku kena beli baju/seluaq baru yang lebih kecil pulak.
ok. jom senaman!