Showing posts with label diet la sangat. Show all posts
Showing posts with label diet la sangat. Show all posts
Monday, April 01, 2013
kembali ber-detox
pasal diet tahun lepas tu, diet detox tu,
tak sempat nak update.
ia memang berkesan tuk aku.
aku tamat diet tu pada hujung tahun lepas.
semenjak itu,
aku makan macam biasa.
luar biasa pun ada juga.
terutama kini, ketika aku sedang melakukan aktiviti makan-makan dan jenjalan sekitar penang sebelum aku say bye bye.
esok,
aku akan masuk stage 1 diet detox.
no fast food, no processed food.
Thursday, November 15, 2012
setelah lama tak masak
lepas ni,
nak buat daging burger sendiri.
sebab dah teringin sangat nak makan burger.
hari-hari balik keja, lalu gerai burger tepi jalan.
p/s: tak de nya hebat sangat. aku beli jusco punya kambing perap. balik umah, masak. campur skit dengan daun-daun herbs.
Tuesday, November 06, 2012
diet detox, camni lah! 2
keputusan untuk blood test yang aku buat hari tu aku dah dapat.
glucose ok.
urea ok.
uric acid ok.
total kolestrol ok.
hdl kolestrol ok.
triglycerides ok.
total/hdl ratio ok.
ldl kolestrol, TAK ok. tinggi skit.
oleh kerna doktor tersebut tidakdapat/malas nak menerangkan lebih lanjut pasal keputusan tu,
maka, balik rumah, aku studi kat wikipedia.
hasil dari studi aku,
aku ada nak buat perubahan skit kat plan diet detox aku nih.
1. plan asal untuk stage 1, aku hanya buang banyak makanan yang diproses, benda-benda lain aku hentam. mamak, ayam goreng, nasik lemak dll aku makan macam biasa.
sekarang, aku rasa nak buang makanan bergoreng dan berlemak bersantan untuk stage 1 nih. so, no kari bersantan, no bubur caca, no ayam goreng, ikan goreng, cokodok, pisang goreng, dan benda goreng-goreng yang lain.
2. senaman. plan asal untuk sepanjang 2 bulan diet detox ni, aku tak masukan aktiviti senaman langsung.
sekarang, dengan mengambil kira ilmu yang aku dapat dengan studi kat wiki dan juga dasar memang malas nak senaman, aku terpaksa buat senaman jugak skit. senaman ringan. benda paling senang, buat regangan atas yoga mat.
sekian.
Saturday, November 03, 2012
Friday, November 02, 2012
diet detox, camno nih? 2
balik dari klinik, masuk usm
beli nasik kat gerai tepi masjid.
lepas tu singgah kedai arab,beli roti tuk petang satgi.
bila dah balik rumah,
baru ingat, roti kegemaran itu ada sosej di dalamnya.
kenalah bagi roti itu kat orang lain.
beli nasik kat gerai tepi masjid.
lepas tu singgah kedai arab,beli roti tuk petang satgi.
bila dah balik rumah,
baru ingat, roti kegemaran itu ada sosej di dalamnya.
kenalah bagi roti itu kat orang lain.
diet detox, camni lah! 1
aku baru balik dari klinik.
ambil darah untuk test kolestrol dan glukosa.
aku serius dengan diet detox nih.
p/s: nanti lepas 2 bulan, aku buat graf keputusan. ahaks
ambil darah untuk test kolestrol dan glukosa.
aku serius dengan diet detox nih.
p/s: nanti lepas 2 bulan, aku buat graf keputusan. ahaks
diet detox, camno nih? 1
eh. kalau keluaqkan mayonis dari senarai benda tak boleh makan tuk stage 1 ok dak?
toksah gatai. cicah ja sos tu. sos tak termasuk dalam senarai benda tak boleh makan tuk stage 1 pun dah besaq rahmat!
huh. okeh!
toksah gatai. cicah ja sos tu. sos tak termasuk dalam senarai benda tak boleh makan tuk stage 1 pun dah besaq rahmat!
huh. okeh!
Thursday, November 01, 2012
diet detox. ala husna
setelah berbelas-belas tahun berkecimpung dalam cobaan menguruskan badan sendiri,
aku menjadi mahir dengan badan aku sendiri. aku tahu keupayaan aku. aku ada kepercayaan sendiri.
contoh kepercayaan;
buah beri bukanlah jawapan untuk semua benda, so kena makan lain-lain makanan juga. semua benda makanan ada khasiat tertentu.
jadi
ini bukan diet untuk kuruskan badan.
ini diet untuk kesihatan badan aku. detox!
aku mendapat inspirasi nak buat diet detox ni setelah membaca pasal en. rich roll dalam majalah di atas. majalah 3/GO. majalah triathlon. aku baca dalam bulan april kalau tak silap. sekarang baru rasa ini masa yang paling sesuai. setelah habis raya bagai.
setelah mempertimbangakan selera manusia macam aku, selera orang yang mampu bangun dan makan dengan mata tertutup pada jam 3pg,
maka, aku telah buat plan diet detox aku sendiri.
nama diet: diet detox ala husna.
total masa: 2 bulan.
bilangan peringkat: 4
peringkat 1: tempoh; 1 bulan.
pada peringkat 1, aku membuang banyak makanan yang diproses dan makanan segera daripada diet harian aku.
ini bermakna, aku tidak boleh makan, sosej, nugget, burger, ayam kfc, big mac, sos pasta prego, mayonis, megi asam laksa, nescafe 3in1, ayaq bikarbonat, biskut, keropok, ais kerim, dan banyak lagi.
dan oleh kerna untuk membuang semua makanan yang diproses adalah mustahil, maka pada peringkat ini, aku masih boleh mengambil benda2 yang digunakan dalam masakan. contohnya, minyak masak, kicap, minyak bijan, sos tiram, sos cili dan serbuk kari. emmm. susu boleh lagi.
peringkat 2: tempoh; 2 minggu.
pada peringkat 2, aku akan membuang daging dalam diet aku.
aku tak boleh makan daging ayam, lembu, kambing dan lain2.
haiwan yang boleh dimakan hanyalah haiwan yang hidup dalam air. ikan, sotong, udang dll.
peringkat 3: tempoh; 1 minggu.
pada peringkat 3, aku akan membuang semua haiwan dan makanan berasaskan haiwan dalam diet aku. telur dan susu pun tak boleh.
maka, aku hanya boleh makan makanan yang berunsurkan tumbuhan.
nasik, ubi, sayur, buah-buah, taufu dll.
pada peringkat ni, aku dah tak boleh makan di kedai. sebab nak mengelakan sebarang kaitan dengan haiwan. contohnya, takut minyak masak yang digunakan untuk memasak sayur goreng adalah minyak yang sama digunakan untuk menggoreng ayam. fuh. gila kan.
pada peringkat ini juga, aku plan nak buang terus penggunaan sos dan kicap.
peringkat 4: tempoh; 1 minggu.
ini peringkat paling mencabar.
pada peringkat terakhir ini, aku ala-ala ikut cara en. rich roll ni buat. no solid food at all.
hanya sayur dan buah yang berair. contohnya,buah tembikai dan sup sayur kosong.
buang terus nasik, ubi, pisang dan dll benda yang berat.
hah.
amacam?
hampa ucap gud luck tuk aku lah!
dalam tempoh ni, aku masih membenarkan diri aku menjalani aktiviti harian dan aktiviti makanan seperti biasa. cuma buang benda2 tertentu secara berperingkat.
aku masih membenarkan diri aku tuk makan pada jam 3pg.
aku masih membenarkan diri aku tuk sesekali buat-buat bizi sampai tak sempat makan bila terasa nak kurangkan berat badan.
aku masih membenarkan diri aku untuk berpuasa.
diet detox ini stat HARI INI!!
Wednesday, October 31, 2012
diet hujung tahun
kejap kejap.
jangan mencebik lagi.
aku tak bagitau lagi.
ini bukan diet nak kurus.
kalau aku nak kurus atau kurangkan berat badan, senang ja, aku terus tak makan.
ini aku nak buat diet detox.
nanti entry seterusnya aku bagitau dengan lebih lanjut.
tu big mac terakhir aku tuk 2 bulan akan datang.
Thursday, May 10, 2012
berbaloi-baloi
kemarin, udang marinade.
malam ni makan kambing marinade pulak.
ok. releks2. jangan kagum sangat.
bukan aku buat sendiri.
aku beli yang dah siap marinade kat jusco.
tapi yang paling syok, harganya hanya rm8.84, pastu dapat 50% off pulak, ada 3 ketul.
(rasanya dapat 50% off sebab kambing ni di-marinade kemarin dulu, 8hb)
balik rumah, goreng dengan olive oil, thai basil dan tomato.
serius sedap. panggil semua ahli rumah yang ada untuk makan bersama.
berbaloi-baloi!
Label
aku makan,
aku masak,
diet la sangat,
great,
my day
Monday, February 06, 2012
ini bukan pecah diet
ini memang termasuk dalam diet hari ni dan bulan ini.
makan nasik kandaq kayu dan makan megi goreng+telur mata kerbau pada jam 2pg pun termasuk.
Label
aku makan,
diet la sangat,
my day,
what i like to
Wednesday, February 01, 2012
masak dan diet
kat umah sewa aku ni, ada beberapa orang yang rajin memasak.
sebelum aku nak pi keja, balik dari keja, makanan dah ada terhidang.
so, aku sangat jarang memasak. kadang-kadang ja masak time cuti dan atas permintaan. permintaan selalunya berkaitan pasta.
tapi,
disebabkan oleh mood nak berdiet datang semula...
aku plan nak rajinkan diri memasak terutama tuk bawa bekal ke tempat keja.
selalu ja kan aku cakap pasal diet.
tapi diet kali ni lain skit.
aku nak masak sendiri dan plan diet adalah berdasarkan selera aku dan daya ketahanan aku.
dan tak kisah lah plan diet ni bertahan lama mana, asalkan aku buat kan.
kepada sesiapa yang berdiet jugak. semoga berjaya.
p/s: gambaq diatas, ditangkap tengah hari tadi. makan tengah hari yang aku masak. lauk taufu telur adalah permintaan bed.
Tuesday, September 20, 2011
apa akan jadi kalau sambutan open lab raya dilakukan di lab anda
Sunday, August 28, 2011
dikala menjelang raya
1. sepanjang aku balik, hujan deret. hari2 hujan. kejap lebat, kejap rintik2. kalau berhenti pun kejap saja. baju tak boleh keluaq tuk jemoq langsung. yang paling syok, hari2 sejuk. terutama belah malam macam nih.
2. takut jugak kalau bah di hari raya.
3. diet aku musnah. makin dekat nak raya, makin hebat hidangan atas meja. aduh.
4. tahun ni, banyak jugak kuih raya yang dibuat. tu semua kerja adik aku. aku tolong gitu2 ja. dia yang macam2 tahun nih.
2. takut jugak kalau bah di hari raya.
3. diet aku musnah. makin dekat nak raya, makin hebat hidangan atas meja. aduh.
4. tahun ni, banyak jugak kuih raya yang dibuat. tu semua kerja adik aku. aku tolong gitu2 ja. dia yang macam2 tahun nih.
Wednesday, August 17, 2011
diet di bulan puasa
fuh.
seminggu tak update.
jarang2 nak selama ni tak update blog.
dimulakan balik dengan cerita pasal makan.
masa minggu pertama puasa,
aku tak makan nasik.
jadi, turun 2 kg.
sekarang ni,
aku hari2 makan nasi.
tapi aku rasa aku nak stat balik diet no-nasik.
ni gambaq2 makanan yang aku makan/masak semasa minggu pertama posa.
no-nasik.
seminggu tak update.
jarang2 nak selama ni tak update blog.
dimulakan balik dengan cerita pasal makan.
masa minggu pertama puasa,
aku tak makan nasik.
jadi, turun 2 kg.
sekarang ni,
aku hari2 makan nasi.
tapi aku rasa aku nak stat balik diet no-nasik.
ni gambaq2 makanan yang aku makan/masak semasa minggu pertama posa.
no-nasik.





Sunday, June 26, 2011
aku suka masak, tapi tak pandai masak: spaghetti alfredo portobello
alfredo portobello,
bunyi macam canggih kan.
dah lama aku beli 1 tin sause alfredo portobello, tapi baru kemarin aku try masak.
sause tersebut mestilah dari jenama kegemaran, campbell's-prego.
selalunya, aku hanya beli cheese sause dan carbonara sause ja.
tapi, sebab tertarik dengan nama alfredo portobello yang macam canggeh tu, aku pun rasa nak try lah.
tadi baru aku pi cari tengok apa itu alfredo, apa itu portobello.
portobello adalah sejenis mushroom.
alfredo pulak adalah sejenis pasta sause. alfredo tu nama orang.
sause alfredo juga bewarna putih, seperti carbonara.
jadi apa beza antara carbonara dan alfredo?
carbonara, bahan asas adalah telur, black pepper dan cheese.
manakala alfredo pulak, ada cream, butter dan cheese.

dan ini resepi aku spaghetti alfredo portobello aku.
(lebih kurang untuk 4 orang makan)
bahan2nya:
1/2 paket spaghetti (katanya sause alfredo lebih best dimakan dengan fettuccine).
1 tin sause alfredo portobello jenama campbell's.
1/2 tin air.
200mL susu.
200g brokoli.
3/4 red capsicum.
3 batang sosej mushroom ayamas.
6 ulas bawang putih yang diketuk.
lada hitam.
dried oregano (herb ni ja yang ada kat rumah, aku masukan apa ja yang ada, kalau ada dried parsley, aku masukkan parsley)
garam.
minyak masak.
cara masak:
1. masak spaghetti dan tos kan.
2. panaskan minyak.
3. tumis bawang putih.
4. masukan sause alfredo portobello.
5. masukan air dan susu. kacau sampai sebati.
6. masukan sosej, brokoli dan capsicum.
7. masukan oregano, lada hitam dan garam.
8. kacau, biarkan mendidih kejap dan katup api.
gaulkan sause dengan spaghetti dan hidangkan!
yummy!
bunyi macam canggih kan.
dah lama aku beli 1 tin sause alfredo portobello, tapi baru kemarin aku try masak.
sause tersebut mestilah dari jenama kegemaran, campbell's-prego.
selalunya, aku hanya beli cheese sause dan carbonara sause ja.
tapi, sebab tertarik dengan nama alfredo portobello yang macam canggeh tu, aku pun rasa nak try lah.
tadi baru aku pi cari tengok apa itu alfredo, apa itu portobello.
portobello adalah sejenis mushroom.
alfredo pulak adalah sejenis pasta sause. alfredo tu nama orang.
sause alfredo juga bewarna putih, seperti carbonara.
jadi apa beza antara carbonara dan alfredo?
carbonara, bahan asas adalah telur, black pepper dan cheese.
manakala alfredo pulak, ada cream, butter dan cheese.

dan ini resepi aku spaghetti alfredo portobello aku.
(lebih kurang untuk 4 orang makan)
bahan2nya:
1/2 paket spaghetti (katanya sause alfredo lebih best dimakan dengan fettuccine).
1 tin sause alfredo portobello jenama campbell's.
1/2 tin air.
200mL susu.
200g brokoli.
3/4 red capsicum.
3 batang sosej mushroom ayamas.
6 ulas bawang putih yang diketuk.
lada hitam.
dried oregano (herb ni ja yang ada kat rumah, aku masukan apa ja yang ada, kalau ada dried parsley, aku masukkan parsley)
garam.
minyak masak.
cara masak:
1. masak spaghetti dan tos kan.
2. panaskan minyak.
3. tumis bawang putih.
4. masukan sause alfredo portobello.
5. masukan air dan susu. kacau sampai sebati.
6. masukan sosej, brokoli dan capsicum.
7. masukan oregano, lada hitam dan garam.
8. kacau, biarkan mendidih kejap dan katup api.
gaulkan sause dengan spaghetti dan hidangkan!
yummy!
Saturday, June 11, 2011
dilema jam 4ptg, 9mlm dan 2 pagi
zati, hang ada apa2 dak tuk dimakan?
cekna, hang kan nak diet.
aha. aku kan nak pakai baju belang2 melintang.
selang 30min kemudian.
zati, hang ada dak makanan. kudapan?
cekna, kita nak diet ni.
aaaaa. baju belang melintang. baju belang melintang.
selang 1jam kemudian.
weh. aku lapaq.....
(zati sedang buat tak tau).
baju belang melintang. baju belang melintang.
kalau memang tak dak makanan di lab atau malas nak masak megi di bilik atau di rumah.
maka, selamat lah aku.
cita2 nak pakai baju belang melintang dengan cantiknya bakal tercapai.
tapi dah kalau ada makanan, kerepek atau nips contohnya..
habes aku punya azam.
cekna, hang kan nak diet.
aha. aku kan nak pakai baju belang2 melintang.
selang 30min kemudian.
zati, hang ada dak makanan. kudapan?
cekna, kita nak diet ni.
aaaaa. baju belang melintang. baju belang melintang.
selang 1jam kemudian.
weh. aku lapaq.....
(zati sedang buat tak tau).
baju belang melintang. baju belang melintang.
kalau memang tak dak makanan di lab atau malas nak masak megi di bilik atau di rumah.
maka, selamat lah aku.
cita2 nak pakai baju belang melintang dengan cantiknya bakal tercapai.
tapi dah kalau ada makanan, kerepek atau nips contohnya..
habes aku punya azam.
Monday, May 23, 2011
diet 10 hari semperna kenduri lina: dah stop

aku berhenti kerana beberapa sebab.
1. tak dak guna aku dok tulis kat sini sebab, tak diet pon. makan macam biasa ja. mungkin lepas ni kena ambil pendekatan senaman sampai semput.
2. dah balik kampung, lagi syok aku makan. makan pulut dengan ikan kering lah (mak abah aku makan dengan mempelam harum manis). makan nasik kul 10mlm lah. macam2 lagi lah.
3. tak larat jugak nak tulis apa aku makan hari2.
4. tak sempat aku nak tulis la ni. la ni aku tengah buat2 bz.

Sunday, May 22, 2011
diet 10 hari semperna kenduri lina: day 5

day 5: jumaat, 20 mei 2011.
kalau aku tidoq kat rumah kak timah,
sure aku akan pi lab lambat.
tengok tv dululah, buat kerja2 domestik dululah. kerja2 domestik seperti cuci toilet contohnya.
ada la kot 2 atau 3 kali saja aku pi awai.
kiranya, minggu ni kerja dok p lab lambat.
9.30pg: sarapan.
masa ni dok kat rumah lagi.
minum susu yang dicampur dengan air epal. jadi susu perisa epal.
buah epal malas nak tokak. sumbat masuk beg.
12.00t/h: rizal bawak kek lapis. aku amik sepotong makan.
2.00ptg: makan spagetti.
aku turun dari bas rapid kat gate masjid.
lalu kat masjid, singgah gerai makanan arab yang dibuka pada hari jumaat.
beli spagetti bolognese pak arab 1 tupperware.
niat asal, ingat nak tokak buah epal saja tuk makan tengah hari.
4.00ptg: makan sepotong kek lapis rizal.
jam 6.30ptg, aku balik kampung.
iash. lemah betul balik kampung time diet.
camna nak diet bila kat kampung?
kekdahnya, tak diet lah aku.
10.00mlm: sampai kat rumah.
tuju dapoq, cari nasik.
oh. nikmat.
Friday, May 20, 2011
diet 10 hari semperna kenduri lina: day 4

day 4: khamis, 19 mei 2011.
pi lab lewat.
hari cuti pi awal, hari biasa pi lewat.
itu menunjukkan, memang tiada beza antara hari kerja dan hari cuti untuk seorang student sepenuh masa.
terutamanya student tua sepenuh masa macam nih.
hari kerja, kerja. hari cuti, kerja.
hari kerja, cuti. hari cuti, cuti.
suka hati punya plan kerja dan cuti.
12.00 t/h: makan t/hari di kedai kopi kegemaran.
singgah makan sebelum menapak ke lab.
aku lupa nak makan skit kat bilik sebelum makan t/hari.
aku pilih mee wantan th'ng. ayaq suam + lemon slice.
mee wantan th'ng kat situ ada letak sebijik telur. selalunya aku makan semua bahan yang dia letak. tapi hari ni, aku tak makan telur kuning. sebab telur kuning dia tak masak sepenuhnya.
2.00ptg: kunyah keropok mister potato.
3.30ptg: pi cafe teman arix.
makan dadih cokolat.
beli nescafe original 1 tin. minum di lab.
aku suka minum nescafe dalam tin, sebab lebih sedap, nampak cantik bila letak atas meja dan rasa lebih bergaya bila minum nescafe dari tin sambil buat kerja.
(ya tahu. alasan tak munasabah dan berkos tinggi kalau minum nescafe tin hari2 untuk aku yang tak berduit nih).
dan, beli sekeping cucoq udang + tofu goreng. teringin.
9.30mlm: sampai rumah kak timah.
terus makan cucoq udang yang dibeli petang tu.
gila lapaq masa kat dalam bas nak balik rumah kak timah.
pastu, telan pulak sebijik buah kiwi yang membeku. dah serupa makan aiskrim perisa kiwi.
dan minum minuman epal.
11.30: tangan menggeletaq.
tak sure sama ada sebab aku lapaq atau rasa marah yang timbul bila tonton telefilem odd girl out kat 8tv semalam. rasa nak bagi penampaq sedas dua kat kaki buli tu.
tapi, aku berjaya tahan diri dari selongkaq dapoq kak timah cari megi. yeaah.
dan aku tengok dalam peti ais ada aiskerim kegemaran. dugaan sungguh. berjaya tahan diri jugak.
jumlah air kosong yang diminum: mungkin hanya 1000ml lebih skit. tak boleh jadi sungguh nih.
Subscribe to:
Posts (Atom)