Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, April 29, 2013

byebye penang soon: farewell makan makan


bila aku nak bye bye penang,
ini benda pertama aku pikir nak buat.
farewell makan makan.
nak masak untuk orang orang kegemaran.

dibuat 10 hb mac lalu.
(emmm. ye baru nak update)
tapi timing tak betul.
ramai yang tak dapat mai. yang mai pon kena paksa. hahahaha
housemate sendiri pun banyak tak dak. pakat balik kampung.

aku masak benda yang aku selalu masak ja.
tak dak kemajuan kan.









p/s: sampai hari ni aku masih kat penang. hahahaha. delay. what a long good bye!

p/s/s: misai dan spekmata tu, shida housemate aku yang rajin membuatnya.

Sunday, April 21, 2013

dah lama aku teringin nak naik moto pusing langkawi



1st time berangan,
tahun 2007,
aku plan nak pi berdua ngan adik aku. lepas dia spm.
oleh sebab masa tak sempat, maka tak jadi.

2nd time,
mahu pi lepas adik aku habis matrix dan aku aku habes master.
disebebkan oleh master aku tak habes-habes dan adik aku dah masuk u,
maka tak jadi juga.

3rd time,
masa aku pi ngan mak aku tempoh hari.
dah hampir sangat dah nak melaksanakan impian ini,
tapi bila pikerkan panas, kesian mak aku dan mak aku jenis pakai baju kurung ja, kesian la pulak nak panjat naik turun moto.



akhirnya...
hari ini.
impian aku telah terlaksana.
dengan mencuri sekejap bini orang!

thanks zati!!





emmm. thanks jugak encik suami zati....

Wednesday, April 17, 2013

tahun depan aku dah 30


tapi itu cerita tahun depan.
cerita tahun ini,
hari ni, aku masuk 29.
 
 
emmm. tahun terakhir 20an.
hebat lah
 
 

Wednesday, April 03, 2013

byebye penang soon: monkey beach


bila aku buat keputusan untuk bye bye penang,
aku ada senarai tempat yang aku nak pi, benda yang aku nak buat, tempat yang aku nak pi lagi sekali, benda yang aku nak buat lagi sekali.

akktiviti pertama yang dibuat,
BBQ di monkey beach.

kejadian berlaku pada 3 mac lalu.
yang dapat pi, hanya aku, marina dan wan.

monkey beach terletak di penang national park, teluk bahang, penang.
boleh pi dengan bot atau hiking.
ini 1st time aku pi. wan dan marina dah selalu pi. sebelum ini, banyak kali jugak depa ajak.

plan asal mau pi dan balik naik bot.
sebab mau bbq dan relax2.
tapi disebabkan hanya kami 3 orang, maka harga bot jadi tinggi skit.
(kalau pi ramai-ramai, boleh kongsi2 bayaq, maka lebih murah)

oleh itu,
aku, marina dan wan ambil keputusan untuk hiking ke monkey beach.
aku pakai selipar ja. so ini menunjukan bahawa laluan hiking tak la susah sangat. tapi penat juga lah kalau pakai selipar. kena banyak berhati-hati.
dan juga penat skit sebab hangkut barang bbq.

sampai.
terus bbq.
relax sungguh sampai aku tidoq kat pantai.
sangat syiiiiok!!!

pantai bersih. ayaq lebih bersih berbanding dengan ferringhi. sebab tak ramai orang.
monkey tak banyak. so selamat ja nak makan-makan.
tapi kebanyakan pelancong pi sebab nak tengok monkey, agak kesian kat depa sebab kena cari monkey atau tunggu monkey munculkan diri.

aku balik naik bot.
kongsi naik dengan 3 orang budak.
aku hangkut semua barang naik bot.
marina dan wan terpaksa hiking balik.
sebab ada benda nak dicari sepanjang trail.






















 


Monday, April 01, 2013

kembali ber-detox



pasal diet tahun lepas tu, diet detox tu,
tak sempat nak update.
ia memang berkesan tuk aku.
aku tamat diet tu pada hujung tahun lepas.

semenjak itu,
aku makan macam biasa.
luar biasa pun ada juga.
terutama kini, ketika aku sedang melakukan aktiviti makan-makan dan jenjalan sekitar penang sebelum aku say bye bye.

esok,
aku akan masuk stage 1 diet detox.

no fast food, no processed food.