Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, August 19, 2008

single, young and FREE

tagline terbaru: single young n free.
sekarang ni aku memang bz dengan diri sendiri. banyak benda baru yang aku nak cuba dan belajaq.
sekarang nih benda baru yang aku tengah belajaq adalah
1. jahit manik
2. berenang
3. main guitar

pasal jahit manik..
aku dah boleh dok ngajaq orang jahit manik. w/pon ilmu tak cukup. dan orang yang aku ajaq tu lebih maju dari aku. moga-moga kak mira dapat banyak pahala sebab dia yang ikhlas ajaq aku dengan free dulu. skarang semua baju aku rasa nak boh manik. yang penting raya ni aku nak bergemerlapan..

pasal renang..
aku amik klinik renang. enjoy sangat...aku ingat senang ja nak renang..rupa nya susah..aku amik masa 3 minggu nak betul-betul terapung (dengan seminggu sekali turun kolam..)..tapi sekarang tengah memulun bersama aini..memulun sebelum masuk bulan posa. tapi aku tak puas hati air kolam sebabkan kulit aku sangat kering dan rambut sangat keras.

pasal main guitar plak..
benda terbaru aku sedang berusaha. sebenaqnya dah lama aku teringin nak belajaq. semenjak aku nampak guitar kat umah abang caq aku. tapi dia tak mau ajaq. so bila arix nak belajaq (dia nak men lagu lucky sempena besday jaie dia) akupon join sekaki. mula-mula pinjam guitar abang aku. pas tu belajaq kot tenet. amik tau pasal apa itu tab, kenal-kenal chords, cara nak tuning (tapi aku maseh tak paham). pas tu carik tab lagu. aku cari lagu the beatles sebab senang skit (orang kata dan sebab aku suka), arix cari lagu lucky. oleh kerna abang aku dah hilangkan pick dia, so aku kena p kedai beli sendirik. oleh kerna buta pasal guitar..maka aku dan arix buat pilih pick ikut color yang kami berkenan di hati. rupa2nya kena beli ikut ketebalan pick tu (tuan kedai tu habaq bila tengok kami suka-suka hati buat-buat pilih)...oleh sebab tak tau nak pilih y macam mana maka kami pon tetap beli ikut color kesukaan (aku pilih hijau, arix pilih purple)..kami dah cuba nak tuning guitar tuh..tapi memang tak reti..tak tau hala tuju..memang kena cari cikgu sorang..dan aku tengah pikerkan abang caq aku..


aku memang bz dengan diri aku sendiri..bz nak belajaq benda baru..dan panjang lagi list benda-baru-nak-belajaq-dan-buat aku!

No comments: