Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, August 10, 2009

does my head look big in this?

dari
Randa Abdel-Fattah



buku ini aku pinjam dari zati. Amal Mohamed Nasrullah Abdel Hakim, seorang Australian-born-Muslim-Palestinian yang berusia 16 tahun dan tinggal di Melbourne , membuat keputusan untuk memakai hijap sepenuh masa. satu keputusan yang amat besar. Amal kuat menghadapi prejudis serta mahu kuat dan tabah dalam keputusanya itu. selain itu, Amal juga seperti remaja lain, fikirkan tentang sekolah, cita-cita, fesyen, kawan-kawan, buli dan budak lelaki paling cute di sekolah.



ada 2 perkara yang aku banyak terfikir lepas baca buku ni..

1. seperti kata zati, kita sangat beruntung kerana berada di malaysia. bukan di negara yang majarotinya 'white'. tak perlu risaukan jika mahu mempraktikan islam atau risau akan prejudis terhadap islam.

2. tentang perbezaan pendirian. bagaimana kita mahu kuat dengan pendirian kita sendiri jika ia berbeza dengan orang lain? adakah kita perlu membuang pendirian, prinsip dan perbezaan kita semata-mata mahu seiring dengan orang lain? dengan masyrakat? dengan budaya orang lain?
ini membuatakan aku teringat tentang nasihat Morrie yang paling aku suka dalam Tuesday with Morrie;
' the culture we have does not make people feel good about themselves. and you have to be strong enough to say if the culture doesn't work, don't buy it '
tetapi, bukan senang mahu terus dan tetap berpegang dengan pendirian dan pendapat sendiri pabila ia berbeza dengan orang lain bukan? terutama di fasa membesar. kita sentiasa mahu diterima orang lain bukan?




p/s: aku telah cuba sedaya upaya untuk tidak mulakan review ini dengan ayat " Buku ini menceritkan....". aku tak pandai menulis. sungguh!



2 comments:

Nadiah Sidek said...

buku tu berdasarkn kisah benar ke husna?

husna said...

tak la kisah benar kak nadiah. tapi berdasarkan pengalaman penulis dia gak la..baca la kak nadiah..best