petang ini pegi kl.
sebab terbang dari lcct.
cari pasal betul tak amik tiket dari penang terus..
leceh gak cam gini...
ntah pertimbangan apa aku buat masa booking tiket hari tu, bulan februri kot aku bok..
mungkin dulu aku buat pengiraan.. yang menunjukkan tambang bas+flight-dari-KL lebih murah berbanding tambang flight-dari-penang-terus..
atau juga mungkin masa nak booking tu, duit dalam bank tak brapa nak cukup...
berkesimanbungan dari cerita netbook rosak semalam, aku nak senarai pendekkan perkara-perkara tak diingini yang telah berlaku sebelum aku berangkat....
1. beli sandel baru. tapi terbeli yang saiznya kurang 1 dari saiz sebenar kaki aku... macam pakai sandel yang dipinjam dari adik yang berkaki kecik saja lagaknya..
2. bikini tw0-piece tak dapat bawak.. perut tak dapet dikempiskan mengikut piawaan yang dikehendaki...
3. one-piece yang yang selalu aku pakai kat kolam renang usm pon tak jadi bawak.. sebab ada skirt... nak bercanda di pantai, apa barang ada skirt cover cam gitu...
4. pasal hostel.. ni masalah terkini... mungkin aku tak dapet stay kat hostel tuk 1st dan 2nd nite.. kat mana nak nak merempat lak... tune hotel?
tapi perkara yang paling tak diingini...
netbook buat hal kacau.
mulut aku cam ringan ja nak carut. serta sumpah seranah.. tapi, bersandarkan kesabaran yang nipis tu, aku banyak-banyakkan berzikir...
The-Fourth maseh cuba untuk cari altenatif lain.... tapi cam tipis aja..
sob sob..
jadi...
nampak gayanya aku akan bercuti panjang dari blogging...
harap maklum...
cau cin cau babe.
p/s: untuk mengubat duka... aku rasa cam nak beli raffia sun hat bila sampai kat kk nanti... baru ada gaya pergi ke tempat yang terkenal dengan laut dan pantai yang cantik...
2 comments:
selamat berlepaq kat Sabah..n selamat kena buli dgn DR...:-)
berlepaq?? apa tu kak yati?
berlepak?
harap harap boleh lepak..
tapi dah kena buat keja opis dia..
ngemas.
huhuhu
Post a Comment