Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, November 04, 2009

sabah: niat lebih nak jenjalan episod 10

NIAT NAK JENJALAN AKAN TERCAPAI


sebab....
aini akan sampai kk tengah hari ini..
yep yep hooraayy!

semalam aku dah bentangkan plan jenjalan kat aini.
dia setuju.


berikut adalah agenda jenjalan yang telah dibentangkan:

petang ini: jenjalan kat 1Borneo... nak tengok apa yang ada.. canggih atau best sangat ka. makin hari makin kerap aku nampak iklan 1Borneo disana sini... nanti kalau orang kampung tanya macamana rupa 1Borneo, aku boleh cerita serba sedikit.

esok, khamis: pegi ke tunku abdul rahman park.. nak bercanda si pulau manukan.. "hang nak pi situ? buruk betul tempat tu." , The-Big-Bos cuba membanteras niat nak jenjalan aku.. tak apa la bos, dah tak dapat pegi sipadan, manukan pon jadilah...

lusa, jumaat: jenjalan kat pasar filipino. nak beli cenderamata buat kengkawan dan famili.. dan juga ikan masin buat orang kampung. tapi senarai penerima cenderamata aku tertinggal kat penang...



p/s: dalam kepala aku penuh pasal nak jenjalan saja ni... kerja menules bila nak siap?

p/s/s: baru ada semangat nak rasmi lotion banana boat yang baru beli tu..seronok.

4 comments:

Loyer Lelaki said...

sabah>?

husna said...

yeap. sabah bah

Nadiah Sidek said...

amboih...aini pun nk ke KK gak ke?

husna said...

hehehhee... aha.. dia pon datang kk gak.. tapi niat dia mmg nak jenjalan..hehehhee