Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, November 10, 2009

tunku abdul rahman park

ini serius.
aku maseh dalam mud cuti-cuti malaysia.
aku maseh mau cerita pasal kk lagi..
kali ini cerita pasal tempat yang paling best masa lawatan ke kk kali ini.
tunku abdul rahman park..







camana nak pi?
beli tiket dan naik bot kat jesselton point. naik kat sutera harbour resort pon boleh. tapi rasanya cam mahal skit.

tunku abdul rahman meliputi 5 pulau, manukan, sapi, mamutik, gaya dan sulug. yang paling femes orang pi lawat adalah; manukan, sapi dan mamutik.

kami sampai di jeti dalam kul 9 pg... hajat dihati mau pegi 3 pulau. tapi sebab cam dah lewat, maka si penjual tiket cadangkan pegi 2 pulau ja. kami pilih manukan dan sapi.

kos:
rm 22 -tambang bot pegi balik ke 2 buah pulau.
+rm 25- banana boat.
+rm 25- alat snorkeling
+rm 3- entrance fee
+rm 3- tuk apa tah, dah tak ingat.. ni pon setelah dapat diskaun selepas tunjuk student kad.


cadangan aku:
1. kalau nak pi banyak pulau. pi awal skit.
2. bawak roti. syok bagi makan ikan...
3. kalau berhajat nak snorkeling ja.. pi sapi dan mamutik.
4. manukan? coral dah tak banyak. kalau nak mandi aja dan bagi ikan makan, manukan sangat sesuai.
5. kat manukan, pulau terbesar, kemudahan lebih banyak. ada tempat jual makan, surau dll.
6. kalau tak pandai berenang tapi nak snorkeling, suruh lifeguard bawak.
7. ngorat skit lifeguard tu, supaya dia boleh bawak ke tempat yang jauh skit dan lebih cantik dia punya coral.
8. kalau pilih banyak pulau, jangan pi pulau manukan dulu. pi pulau yang lebih kecik dulu, sebab sana tak ramai orang, seronok nak buat aktiviti. seperti aktiviti ngorat lifeguard.


cadangan tambahan:
1. boleh ber-camping kat tunku abdul rahman park.. selalunya orang camping kat mamutik. kat manukan, tak boleh sebab dah ada resort. kat sapi, bahaya skit, sebab dengarnya ada babi hutan...
2. alang-alang nak ngorat lifeguard, ngorat skali pemandu bot, suruh dia bawak pi snorkeling di belakang mamutik. sebab kat situ katanya coral maseh terjaga... maseh cantik lagi..
maklumat-maklmat ini kami dapat disaat kami sedang menunggu bot nak balik ke jesselton...


2 comments:

Nadiah Sidek said...

cdgn no.7 tu tak tahan tul! kang buatnya lifeguard tu betul2 terpikat baru tahu. terus dia bwk lari nnt. ehe..

husna said...

hahahahhaa.. mampos kalau bok lari ke filipina..
tapi insyaallh tak kot...