Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, December 17, 2009

pergilah kamu semua


HA: kamu tidak seharusnya hadir disaat ini, Air Mata!
AM: Lara telah membuka ruang. aku hadir atas rintihannya.
HA: kamu harus pulang! sekarang!
AM: aku akan pulang jika Lara ikut bersama.
HA: kamu ambillah Lara pergi! aku tidak mahukannya!
AM: tidak. Lara mahu bersama kamu.


--------------------------------------

pergi jauh dari aku Lara!
aku tidak mahu kamu berlama-lama di sini.
aku hanya memanggil kamu sekejap saja.
cukuplah untuk tempoh ini.
pergi Lara!
atau aku akan memBUNUHmu terus!


------------------------------------

Lara datang hanya kerna Hatimu telah menjemputnya.
suruhlah saja Hati kamu membawanya pergi.
tidak usah sampai perlu mematikannya.
kerna nanti, Hati kamu akan mati.
mati kerja tiada lagi Jiwa.
seperti hati-hati yang memenuhi dunia dengki ini.



------------------------------------




p/s: aku hanya mampu mengarut seperti ini kalau aku sedang bersedih....

p/s: ini aku tules semalam. hari ini aku sudah seperti aku yang biasa....




2 comments:

Nadiah Sidek said...

uhuhu..susah nk tgk husna sedih..slalu happy je. la tahzan (jgn bersedih) ya husna!

husna said...

huhuhu... trima kaseh kak nadiah..
biasa la kan kak nadiah... ada sedih, ada gembira... tapi kali ni terhanyut dalam kesedihan plak..
hehhehehee