aku ada satu bakat.
bukan bakat semulajadi.
tapi bakat yang dilatih.
bakat cepat melupakan peristiwa hitam.
peristiwa sedih, marah atau takut.
berkeupayaan men-delete semua yang hitam.
mempunyai bakat sedemikian rupa, kadang2 aku suka, kadang2 aku tak suka.
kenapa suka?
semestinya lah sebab aku tak dibebani dengan kenangan2 sedih. aku jadi lebih pemaaf. seterusnya, aku rasa bahagia.
dan kenapa pulak aku tak suka?
sebab, dengan melupakan semua yang hitam menjadikan aku manusia yang seolah-olah tiada perasaan. orang buat apa saja lah, aku akan lupa lepas tu.
sekarang,
aku kadang-kadang berharap yang aku dapat ingat apa yang orang buat kat aku.
buat tahana kat aku.
supaya boleh dijadikan pengajaran.
kadang-kadang,
orang lain contohnya, sahabat2, lebih ingat apa yang orang lain buat kat aku.
apa orang kata kat aku.
tapi,
dalam banyak2 kenangan buruk yang aku alami,
ada 3 peristiwa yang aku tak dapat delete sampai sekarang.
aku dah maafkan semua yang terlibat dalam ke tiga2 peristiwa ini tapi, aku tak berjaya delete.
1. masa sek rendah. darjah enam. aku ingat sampai sekarang sebab berikutan peristiwa tu, aku membesar dengan self-esteem yang begitu rendah.
aku ingat sebab selepas kejadian tu, aku terasa betapa peritnya aku merangkak, bertatih tuk meningkatkan balik self esteem aku.
aku maafkan dia, sebab, aku piker, masa tu dia maseh kecik, tak tau yang semua dia buat boleh memberi kesan pada tumbesaran seseorang. tapi, aku tak boleh lupa.
2. masa 2nd year. usm. kenangan ni mengingatkan aku dan telah melatih aku untuk menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri. menyebabkan aku terfikir, oohhh, kau buat boleh, bila aku buat tak boleh? dan sekarang, aku makin jadi pentingkan diri sendiri. pentingkan diri untuk hepi.
aku tak suka akan kenangan ni, sebab makin hari, makin aku jadi pentingkan diri.
3. lebih kurang 1 tahun lepas.. ka 2 tahun lepas macam tu la. sapa yang terlibat dalam peristiwa ni, semua aku dendam kesumat sampai mati. hahaha. bunyi cam berdendam gila. tak dak la sampai tahap tu.
aku tak dendam sampai nak bunuh orang. atau nak buat tahana balik.
aku just simpan. tak dapat delete.
sampai sekarang aku maseh gelakkan mereka2 ini dalam hati. maseh nak haak tui kan.
aku tak suka tak dapat delete kenangan ni sebab, kenangan ini telah menyebabkan hati aku busuk. busuk dengan dendam.
kadang-kadang,
aku harap aku boleh lupa ke tiga2 kenangan ni,
tapi dalam masa yang sama,
aku juga berharap aku akan ingat sampai bila2, supaya aku tahu, aku juga punya perasaan.
perasaan tuk sedih, marah dan kecewa.
aku yang makin kompliketed.....
p/s: wah ini adalah entry ke 10 berturut2 tanpa gambaq. hari-hari aku ada banyak tangkap gambaq. tapi komputer aku ni byk gila virus. cucuk apa pon kena jangkit. habes semua fail2.
4 comments:
kadang2 ape yang awak tulis tu ade betul. kadang2 kena gak selfish. :)
betul.
tapi kadang2 saya takut saya akan jadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri.
kadang2, mcm rasa bersalah dan tak sedap hati bila dok pentingkan diri sendiri.
walaupun kita pentingkan diri tuk kita merasa sedikit hepi.
tlg ajar akk cmne nak lupakan peristiwa hitam, ada bbrp peristiwa akk nak delete dr kotak memori ni~
ini semua kena prektis..
hehhehee..
tapi kak nadiah, benda yang kita nak sangat di-delete-kan, benda tu la yang akan tetap diingat.
mcm 3 perkara y husna ingat tu..
cuba mcmn pon, ttp tak boleh lupa...
Post a Comment