Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, March 24, 2010

can not help lah


pasti ada benda yang aku nak tulis kat sini.

aku cuba ceritakan seringkas mungkin.

perkara 1: samalam tengok movie remember me. jarang aku nak bagitau kat sini movie yang aku tengok. kali ni nak cerita skit sebab,
(a) robert pattinson belakon, ya rabbi, hensem tul la mamat nih. muka renyok camna pun, pakai selekeh mcmn pun, tetap hensem. sapa2 yang minat kat dia, wajip pi nonton remember me. aku pun pi sebab nak tengok dia belakon, sebelum ni, dalam cerita twilight aku tak minat sangat lakonan dia.
(b) lakonan tiap2 pelakon. mantop. errr.. tak la semua pelakon. tapi lakoanan robert pattinson mmg best la. ka aku bias sebab dia hensem? rasa cam tak.. sebab aku mengukur kemantopan sesebuah filem itu berdasarkan banyak mana air mata aku tumpah. semalam, memang banyak la air mata aku tumpah. dan selalunya air mata aku tumpah sebab, kemantopan lakonan pelakon tersebut menjiwai watak. lakonan robert pattinson dalam remember me memang boleh buat aku turut sama merasai strain yang dia rasai. asyik meleleh ja air mata.
(c) hero mati. robert pattinson tu la. mati akhirnya. mati selepas semua orang hepi. awatlah sejak 2 menjak ni, aku asyik jumpa cerita sad ending. novel pun dah banyak baca yang sad ending, filem pon sama banyak.
kesimpulannya, best la filem remember me! pi la tengok sebab lakonan lakonan robert pattinson yang best. banyak kan aku puji lakonan mamat ni? hahaha..sinopsis? cari sendiri lah. aku malas nak cerita.


perkara 2: tambah blog lagi.
blog ni dah beranak 2 ekor.
1. blog una and her day. aku cuba letakkan 1 hari 1 gambar. supaya aku dapat lihat hari2 aku dengan lebih baik. blog ini akan letak gambar seperti biasa. kalau ada banyak gambar nak share, aku letak sini lah.
2. blog tatkala aku beremosi. dulu, semua benda aku campak dalam blog ni. skarang, kalau nak tulis benda-benda yang cam ber-emo skit, cam konon-konon bersajak skit, aku tulis kat blog baru la.
nampak cam akan lagi lebih banyak habes masa blogging, tapi cam biasa saja. rasa nak tulis, tulis. tapi pada sapa kenyataan ini dibuat? aku nak ensure sapa? diri sendirik kot. ngeh ngeh.


perkara 3: sahut cabaran dari blog speechless, mostly. yang aku lebelkan flowers, garden and home dalam list blog 'aku suka mereka'.
cabaranya: tulis small stuff dan important stuff yang berlaku hari2.
sebenaqnya penulis blog tu tak la suruh orang sahut cabaran pon, tapi bila dia tulis 'your turn', dan orang ada buat kat kotak komen dia, so aku pun ingat nak try la gak benda ni. tulis dalam blog sendiri.
banyak betul masa aku kan. ngeh ngeh.




okeh sekian.







memang nak kena makan pelangkung dah dengan The-Big-Bos. keja belum siap!!


2 comments:

avie eicca said...

ahaha..ang tak tahan no. weh aku blok balik blog aku utk sementara waktu sebab ada "org" googlelah blog aku siap tulis nama penuh lagi. dari IP add aku rsa aku tau siapa gerangan orang tu. hehe.

husna said...

hahahaha. tak leh tahan oo.. lg kata tak mau blogging, lagi sakan rasa nak blogging. ada ja rasa nk tulis, walaupun tau cerita tak best dan tak penting pon... hahhaa

org itu nak apa lg... benda dah lama tp tak mau tutup cerita..
dia nak tau perkembangan hang kot.. ambil berat tu.. hahhahaaha.
mati hidup blk pon blm tentu lg nk ambil berat.. opss.. aku plk lbh2.. ngeeee