aku sangat takut kalau-kalau jiwa aku ini rosak jahanam.
aku mahu jiwa ini damai.
kenapa tidak damai,
aku sendiri tiada jawapannya.
orang lain sering kali menuding ketidakdamaian aku ini,
adalah kerana tiada lelaki yang bertapak dalam hati aku.
mereka kata aku kesunyian.
mereka kasihankan aku.
tapi,
aku pasti,
itu bukanlah jawapannya.
aku sangat pasti.
aku meneka,
ketidakdamaian ini adalah kerana jiwa aku jauh dari tuhan.
jauh dari cinta tuhan.
aku kira,
aku manusia baik.
aku tidak minum arak,
aku tidak bergaul bebas,
aku tidak berzina,
aku tidak membunuh,
aku solat,
aku puasa,
aku baca alQuran,
dan aku sentiasa mahu berubah menjadi lebih baik.
tapi,
adakah aku pasti,
aku tidak terhindar dari dosa besar?
aku tidak yakin yang hati aku ini benar-benar bersih.
ada sesuatu yang telah hati ini lakukan.
mungkin ada riak,
mungkin ada hasat,
mungkin ada celaka.
yang menyebabkan aku tidak mendapat kecintaan dari tuhan.
tidak mendapat kedamaian.
aku tunduk memohan cinta NYA.
aku sujud menagih cinta NYA.
aku menangis menadah cinta NYA.
hanya cinta NYA.
yang mampu membikin jiwa ini damai sedamai-damainya.
tiada lagi bisikan hasutan iblis durjana.
tiada lagi gusar.
tiada lagi kacau.
tiada lagi amukan.
5 comments:
Salam kenal dan ziarah, :)
suke cara awak menulis. Good postings!
anyway, nice meeting you. Drop by to mine if you free. :))
xoxo
moga husna peroleh kedamaian jiwa. mohon pd Pemilik hati agar dijauhkan perkara2 yg blh menggelapkan hati. selalulah beristighfar sbb kdg2 kita tak sedar ada dosa yg kita dah lakukan (peringatan buat akk juga)
Husna, hang lupa satu menda...hang x pi haji lagi..
aku sangat2 suka tulisan hang ni. Aku pun berkongsi perasaan yang sama. Mizi tanggung hang pi haji.dia banyak duuit kan.
paij118: trima kasih kak. dan trima kaseh jugak sbb sudi ziarah.
kak nadiah: mudah-mudahan kak nadiah.... amin..
trima kaseh diatas nasihat.
mizi: aku tak mampu lg. bak kata marina, hang la tanggung aku.. ngeee
marina: aku belum coretkan perasaan aku tu dengan baik lagi..
aku sokong hang, mizi tanggung. hahahaa
Post a Comment