buku yang terbaru aku habeskan.
interpreter of maladies
oleh jhumpa lahiri.
dengan habesnya membaca buku ini, maka aku sudah habeskan kesemua koleksi tulisan jhumpa lahiri.
buku ini menang pulitzer prize dalam kategori fiction pada tahun 2000.
buku ini adalah buku pertama tulisan jhumpa lahiri.
mengandungi 9 koleksi cerita pendek.
1. a temporary matter.
2. when mr pirzada came to dine.
3. interpreter of maladies.
4. a real durwan.
5. sexy.
6. mrs sen's.
7. this blessed house.
8. the treatment of bibi haldar.
9. the third and final continent.
dalam temporary matter, sexy dan this blessed house, cerita lebih tertumpu pada man-woman relationship. kena ada komunikasi yang baik, saling tolak ansur dan jangan pentingkan diri sendiri. buat aku rasa kawen ni komplikated saja.ngeee
dalam mr pirzada came to dine, aku dapat skit pengetahuan sejarah india. pasal partition of india dan bangladesh liberation war.
dalam a real durwan dan the treatment of bibi haldar, banyak cerita pasal sistem kasta. sampai boleh jadikan seseorang itu bertindak tidak wajar.
the third and final continent, aku paling suka. ayat2 terakhir cerita ini, "i know that my achievement is quite ordinary. i am not the only man to seek his fortune far from home,and certainly i am not the first. still, there are times i am bewildered by each mile i have traveled, each meal i have eaten, each person i have known, each room in which i have slept. as ordinary as it all appears, there are times when it is beyond my imagination."
kalau korang rajin, tengok la kat wikipedia ni untuk tahu lebih panjang lebar review bagi setiap cerita.
seperti dalam wiki. ada orang cakap, cerita2 dalam buku ni, 'connects the themes and motifs throughout to produce a cumulative effect on the reader'. menatang apa cumulative effect tu, aku pon tak paham.
seperti biasa, aku nak cakap apa yang aku rasa bila baca buku ni.
1. aku sangat suka buku tulisan jhumpa lahiri. sebab cara penceritaannya. storytelling.
2. seperti buku unaccustomed earth, ada perasaan unsettled feeling bila baca buku ni.
3. tapi tak seperti unaccustomed earth, ada jugak la cerita yang hepi ending.
4. seperti biasalah, pasti cerita pasal cultural clash.
5. sebelum ni, aku sangat jarang baca buku koleksi cerita pendek, so mengalami perasaan yang pelik bila baca buku ni. rasa macam kita ambil satu segmen dalam kisah hidup seseorang, seseorang yang kita tak kenali, lepas tu kita tengok apa jadi dalam segmen tu, apa yang berlaku dalam masa tersebut sahaja. tanpa kita tahu apa sejarah hidup seseorang tu, dan tanpa kita tahu apa akan jadi seterusnya kat orang itu. aiseh. aku tak tau la nak gambarkan macamna.
6. satu lagi aku suka koleksi ini sebab, jalan cerita tidak hanya terikat pada sudut pandangan/perspektif orang india dewasa sahaja, ada perspektif ada kanak2 india, kanak2 mat salleh dan wanita mat salleh.
lepas ni, mungkin aku akan baca lebih banyak koleksi cerita2 pendek..
2 comments:
wah hebat satu koleksi boleh habis :). Nanti aku cari masa nak baca buku tulisan dia nanti.
hahahaha.
koleksi dia ada 3 buah jaa..
hang pon dah abes baca satu koleksi. McCourt punya...
bacalah, hang akan mengalami pengalaman membaca y lain skit..
nak aku bwkan?
Post a Comment