Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, March 05, 2010

tiket burn saja

tiket sudah dibeli,
dari tahun lepas lagi..
mahu bercuti di langkawi bersama rakan-rakan.
petang ini pergi, isnin pagi pulang.

semalam,
packing baju penuh beg.
cekau saja baju yang masih ada dalam elmari.
baju yang lain maseh dalam baldi.
sudah 2 minggu tak basuh baju.
semalam,
bulu kaki pun sudah dicukur.
menghabeskan krim yang berbaki.
semalam,
berangan mahu beli skirt labuh disana nanti,
untuk dipakai keliling pulau.

tapi,
saat ini aku maseh di penang.
kerna ada sesuatu yang tak dapat dielakkan.
rakan-rakan meneruskan percutian.
tanpa aku, dan 2 orang lagi.
aku pesan pada mereka, enjoylah percutian, take care dan tolong beli kat aku cokolat daim dan hersheys kegemaran.

malam ini,
perlu unpack semua.

esok,
datang lab seperti biasa.
tiada pantai, tiada skirt labuh.







5 comments:

puan oryza said...

nape x jadi?? sy pun turut bersedih :( sape je yang jadi pegi?

eL_kZ said...

nape husna?

Nadiah Sidek said...

knp cancel? sbb the-big-bos mai ka?

HuMayRah HaYatI said...

lorr...so sad...

husna said...

sedih....
takdak rezki kot.
mungkin lain kali.

harap percutian ke sipadan tak batal gak.