Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, April 13, 2010

500th

ye!
ini entry yang ke-500.

kalau tengok balik semua entry aku, yang aku sendiri pon tak kan larat nak tengok balik...
memang ia satu cerita tentang perjalanan hidup aku.

ni baru 2 tahun menulis blog, aku sudah boleh gelak kalau tengok balik entry2 lama.
kalau 5 tahun lagi, lagi banyak benda berlaku, lagi banyak aku tulis mungkin, dan lagi banyak jugak yang boleh buat gelak sendirik.

cara aku menulis pon banyak kali bertukar.
mula2 entry banyak gambaq, ada tulis skit2 pasal gambaq. konon masa tu nak buat fotoblog la sebab baru rembat kamera bangcik.
pastu, dah mula tulis banyak2. tapi gambaq still letak banyak2.
gambaq2 masa tu banyak tunjuk aktiviti yang dilakukan bersama2 org sekeliling.
pastu dah mula pandai dok meluah perasaan, dok berpuisi bagai nih.
ada 1 fasa, aku gila letak gambaq makanan. konon masa tu berangan mau jadi food fotografer.
pastu aku makin merapu menulis. tulis pasal perangai merapu aku, perangai tak senonoh aku, perangai2 toek.
gambaq makin kurang. kalau tak silap, sejak kamera aku rosak masa pi pulau sapi kat sabah tempoh hari.
sekarang. aku kuat menulis blog. macam2 aku tulis.
apa yang aku buat, apa yang aku piker, apa yang aku rasa.
oleh itu, blog ni sangat peribadi sekarang.
gambaq pun lebih kepada hari2 aku sendiri. lebih domestik. lebih dekat dengan kejadian harian.
dan, blog hari hari aku ni pon sudah beranak dua. satu blog konon tuk 1 hari 1 foto, tapi dah malas nak update. satu lagi blog tuk luah perasaan skit.


sebagai tuan punya blog.
aku dapat melihat perubahan hidup aku melalui blog ini.
sebagai catatan harian, tuk ingatan masa depan.
tuk mengingatkan aku, bagaiman aku dahulu.


dan sebagai tuan punya blog juga.
aku ucapkan terima kaseh kepada sesiapa yang membaca blog aku.
sebab sudi mengikuti hari2 aku selama ni.
sudi bertandang, sudi memberi komen, sudi menjadi pengikut.




ni gambaq masa ICYC, jun 2008. aku jumpa masa bukak entry lama ini.
mengingatkan aku, bertapa mudanya aku dulu..
24 tahun.. baru daftar master. masih membara semangat nak buat master.
ngeh ngeh.



oh ya. mula2 nak tulis blog ni dulu, aku ingat nak jadi anonymous saja.. hahhaha.konon...

*******************************

dok tunggu The-Big-Bos. tak sampai2 lagik. adeh. sesak nafas ah. tapi tak pa, sempat lagi dok tulis blog, kira oke lagi la ni...

3 comments:

Nadiah Sidek said...

kasihmu diterima..ehe..

Hazwan Hussin said...

wahahaha...dah entri ke 500 ke?smp 1000 nnt bwat jamuan ea..

husna said...

kak nadiah: sama2 kaseh.

hazwan: wokeh, no prob. jamuan pisang ok kot.