Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, April 02, 2010

ke-61

hari ini, 2 april, birthday abah aku.

moga abah dipanjangkan umur,
murah rezki,
sehat sentiasa,
bahagia selalu,
dan sentiasa dirahmati Allah.


husna SAYANG abah.

abah yang penah mengugut untuk membakar buku2 sekolah aku.
waktu itu aku darjah lima.
waktu senja, aku baru saja balik dari bermain seharian dirumah kawan.
hari2 sebelum itu juga keluar bermain tak ingat waktu.
sudah pun diberi amaran. tapi tidak peduli. degil.
hari itu,
abah nyalakan api diluar rumah, buku2 diletaknya disebelah api, ditangannya ada kayu.
abah kata, "nak mengaji ka nak pi berjalan main?".
"nak mengaji mai amik buku".
"tak mau mengaji, nak berjalan keluaq main, bakaq saja buku tu".
gila aku nangis. jiran pun keluar tengok.
aku mahu ambil buku2 itu.
bukan kerna aku insaf, tak mahu kuat keluar bermain lagi atau mahu pulun mengaji sekolah.
tapi aku takut dimarahi cikgu, kerna itu buku2 latihan yang baru saja dapat. baru saja dapat pada hari itu.
tapi aku takut untuk mengambil, ada kayu ditangan abah.
walaupun aku pasti, abah tak akan sesekali pukul aku.
kerna abah memang tak penah pukul aku, rotan pun tidak, cubit pun tidak pernah sekali.
semua pukulan akan dibuat oleh mak, atas arahan abah.
pernah aku bertanya pada mak, kenapa abah tak pernah pukul aku, dengan tangannya sendiri, hanya beri arahan pada mak.
mak cakap, sebab abah takut kalau2 terlalu mengikut amarahnya nanti, dia akan terlebih pukul aku menggunakan tenaga lelakinya.
kes bakar buku itu selesai dengan pujukan mak.
aku tak berani ambil buku2 itu sampai sudah.
tapi aku tidak insaf 100% pun.
tetap keluar bermain,
tapi tidak selalu dan tidak lupa waktu.

itu baru kes aku darjah lima.
tidak kira lagi kes aku disekolah menengah.
aku anak degil. aku anak yang melawan cakap. aku anak yang memberontak.
tapi degil aku tak melampau.
melawan aku, belakang-belakang.
memberontak aku, diam-diam.
sebab aku takutkan abah.
tiada langung istilah bapa yang cool dalam hidup abah.
tiada tolak ansur dalam mendidik aku.
tiada tolak ansur dalam pelajaran aku.
tiada tolak ansur dalam tatasusila aku.
tiada tolak ansur walaupun aku akan membencinya ketika remaja.
tiada tolak ansur dalam menjadikan aku sebagai seorang manusia.


mungkin didikan abah sudah tidak releven lagi pada zaman sekarang.
mungkin aku membenci abah semasa aku remaja.
mungkin ada buruknya didikan abah,
mungkin ada celanya.
kerna tiada manusia biasa yang sempurna, termasuklah abah.

tapi, jika tanpa didikan seperti itu.
tanpa semua itu,
mungkin sekarang aku bukanlah manusia seperti ini.
manusia yang punya adab, punya agama, punya bangsa, punya ilmu.
aku juga manusia biasa, tidak sempurna.
tetap ada celanya. dan bukan sedikit celanya.
tapi abah telah meletakkan asas pada aku.
supaya selalu ingat, siapa diri aku ini.
supaya senantiasa mahu berubah menjadi lebih baik.



husna SAYANG abah!


sayang yang aku akui hadir lewat dalam diri.
tapi sayang ini, sayang yang makin bertambah.
sayang yang indah.
sayang yang bersulamkan rasa hormat, rasa kagum, rasa takut.
ya aku masih takut.
takut untuk melukai hati abah.






p/s: hari ini juga birthday giacomo casanova.

p/s/s: al-fatihah untuk din beramboi......









4 comments:

DAKWATUNNISA said...

Abah kita sangat best kan kak na walaupun tegas. bila dah semakin besar baru rasa bertuah kan. jangan lupa sentiasa doakan mak n abah... cekyah sayang family kita...

husna said...

gila tegas.. tak blh terima aa dulu2..
kakna pon sayang semua!
muah muah

ainis said...

huhu..sedihnya ako..tetibe rindu kat abah ako gk..hehe

husna said...

aini, ko rindu gak ka? pi tepon abah ko cepat..
ngeee