Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Saturday, April 03, 2010

'Tis

.......They'd laugh and ask Horace when he knew my mother. That make me want to defy them and walk Laight Street even more. No, mon, he says. Save your emotions for bigger things.
This is a big thing, Horace.
It's nothing, mon. It's ignorance.
We should fight back.
No, son.
God, he's calling me son.
No, son. I don't have time for fighting back. I won't step on their ground. I pick my own fights......


page 268.




'Tis a memoir
oleh Frank McCourt.




lama jugak aku nak bagi perabes buku ni.


'Tis, sambungan dari angela ashes.
angela ashes berakhir dengan mcCourt naik kapal pi new york.
'Tis bermula dengan cerita atas kapal nak pi new york.
kalau dalam angela ashes, aku rasa macam aku tengok balik kisah mcCourt, jalan cerita yang berterusan, rasa macam dia cerita semua.
tapi dalam 'Tis, aku rasa macam mcCourt cerita sedikit saja. tak penuh. hanya pilih kenangan yang tertentu saja, pastu biarkan aku tertanya2 apa yang berlaku selepas tu.
dan menyebabkan aku rasa macam nak baca buku dia yang seterusnya, teacher man, sekarang jugak.
sebab nak tau lebih lanjut, terutama macam mana dia mengajar kat sekolah. macam mana dia boleh jadi cikgu yang hebat.




buku ni, tiap2 malam aku baca sebelum aku tidoq..
aku cuba perabes cepat2 sebab aku nak tau 3 benda.
1. berapa panjang satu ayat yang mcCourt mampu tulis tanpa full stop. yang paling panjang aku jumpa, pada muka surat 80. hampir 3/4 dari muka surat tu dia tulis satu ayat tanpa full stop. perkataan2 disambung dengan and atau koma atau who atau but atau kata2 hubung yang lain. aku suka gaya dia tulis, walaupun kadang2 jenuh nak paham sebab ayat tu panjang sangat. sapa2 kalau baca buku ni, terjumpa ayat paling panjang pada muka surat yang lain, sila bagitau aku k.


2. macam mana dia boleh masuk universiti tanpa kelulusan sekolah tinggi. kalu nak tau, baca sendirik. ngeeee..


3. apa dia tulis pasai isteri pertama dia dalam buku ni. sebab sebelum aku baca buku ni, aku tengok review, orang cakap, mcCourt tulis pasal isteri pertama dia dengan sangat cantik dan sweet. kalau dia tulis dengan begitu cantik tentulah dia sayang bukan,tapi kenapa mereka boleh bercerai.
selepas aku baca pasal isteri pertama dia, aku rasa, kalau aku ni isteri dia sekarang, mau aku jeles, mau aku marah gila2 sebab dia tulis dengan sweet sekali. jelas gila dia sayangkan isteri pertama dia tu. tapi kenapa dia boleh bercerai? sebab cara hidup yang bercanggah. nak tau dan paham lebih lanjut. baca sendiri gak..






oke. buku ni memang beri penyedaran. beri inspirasi.
macam buku2 mcCourt yang lain gak.
tapi ada benda utama yang aku dapat perhatikan.
manusia sekarang suka komplen. lagi maju, lagi kaya, lagi hebat sesuatu masyarakat itu, lagi banyak yang kita komplen.
orang2 dulu, masa susah, rasanya tak komplen banyak pon. cuba sedaya upaya untuk teruskan hidup. tak komplen kena makan ubi kayu tiap2 hari. takde komplen ubi kayu tak sedap. telan ja. itu saja yang ada.
mak abah aku pon tak bayak komplen. tak komplen kat kami adik beradik yang depa penat cari duit. penat basuh baju kami.
kita ni banyak komplen sampai lupa nak bersyukur dengan apa yang ada.
terutama bersyukur pasal benda2 yang tak ambil kisah sangat.
macam boleh bernafas, boleh gelak ketawa, boleh gerak leher, ada duit 3 henggit dalam beg.
ntah2 ada manusia diluar sana yang ada masalah gelak skit sesak nafas, kedip mata pun tak boleh, melilau2 cari barang terbuang kat tong sampah nak jual sebab dah 3 hari tak makan apa2...
benda yang paling banyak kita komplen adalah pasal hidup.
hidup terasa kosong la, hidup merana lah, hidup sunyi lah.
aku tak cakap pasal orang lain.
aku cakap pasal diri aku.
sebab aku ni banyak komplen.
komplen pasal duit tak cukup, makan tak sedap, baju dah ketat, hidung besaq, polisi negara, hidup tak ada hala tuju, rasa kosong, macam2 lagi lah.
aku rasa aku kena belajaq sedikit demi sedikit untuk kurangkan komplen dalam hidup.
supaya aku tak lupa akan orang lain. orang yang lagi teruk keadaannya...






kat belakang buku 'Tis yang aku beli, ada interview dengan frank mcCourt. kalau buku lama takdak. ada satu soklan, do you regret teaching for thirty years and not writing?

sebahagian daripada jawapan dia: sometimes i do, sometimes i don't. it was a very rich experience and in away it made me what i am.....blah..blah..blah.....i didn't realize the possibilities of what i had under my nose, writing about the limerick slums. i thought all writing had to be elegant and english.



aku tak tau nak review sangat...
marina, kalau hang free sangat2, tak tau nak buat apa, tolong review 'Tis plak ek.



ha satu benda lagi, kalau tak silap aku, 'tis tu lebih kurang maksudnya dengan it is.









3 comments:

avie eicca said...

bagus sekali review hang. betul ayat2 panjang dia tulis tu sungguh mengkagumkan (hehe tak pasti ejaan). maklumlah dia cikgu bhs inggeris. Ya dia byk cerita pasai isteri pertama dia.

betul kadang2 kita kena ingat gak sambil2 komplen tu ingat orang lain punya kesusahan untuk insafkan diri. peringatan untuk aku yg suka komplen juga.

husna said...

itu lah.. banyak komplen.. kadang2 ntah apa2 yang aku dok komplen..

avie eicca said...

komplen2 luahan hati hehe..tension2 arrgh..hehe. ahah luah kat sini pulak.