hari ini jalan sekerat kena angin kuat,
sekerat kena hujan+angin.
(kalau jalan kaki tika angin kuat ni, 1 benda saja aku bayangkan. bayangkan ada benda seperti atap zink berterbangan dibawa angin kuat, pastu kena leher aku. kiok. aha takut.)
aku pernah baca steve mcCurry tulis,
dia kata, tika hujan, bukan bermakna gambar terhad.
permandangan sebelum hujan dan selepas hujan adalah paling cantik.
(aku ada masalah kalau orang hebat2 ni cakap, sure aku nak percaya semua punya)
dan hari ini,
aku berupaya melihat betapa cantiknya bumi ini tika sebelum hujan.
terutama langit-Nya.
(aku tak pandai merakam disini betapa cantiknya permandangan yang aku lihat dengan mata aku sendiri. satu masalah yang aku hadapi kalau nak merakam permandangan. selalu tak nampak cantik seperti yang aku lihat)
tona warnanya dan awan2 putih.
terutama langit senja, langit subuh dan langit syuruk.
aku sangat suka hujan. tapi dengan syarat utama, aku berada di tempat yang aku tidak akan kebasahan dek hujan.
seingat aku,
aku tidak berapa suka untuk berjalan dalam hujan.
terutama jika membawa sesuatu. beg contohnya.
masa disekolah dulu, aku sangat tidak suka jika perlu berbasikal dalam hujan.
buku sekolah akan habes basah. perlu jemur bawah kipas lepas tu.
tapi hari ini,
aku sangat suka berjalan dalam hujan.
berjalan dengan penuh aaaa, ummmm, oohhh dan melatah oh mak engkau.
dengan payung yang bergoyang2 ditiup angin, dengan ranting2 memenuhi kawasan penjalan kaki, dengan kaki dan kain baju kurung yang basah, dengan berusaha untuk tidak biarkan beg terlalu basah.
dicelah2 itu, aku ambil masa angkat kamera, berhenti dan tangkap gambar.
aku berhenti menangkap gambar bererti aku berhenti sebentar melihat keadaan sekeliling dengan lebih jelas dan teliti dan seterusnya mengagumi kecantikkan alam dan anugerah yang diberi-Nya kepada aku selama ini.
alhamdulillah diatas segala rahmat-Nya selama ini...
3 comments:
cantekkkk sungguh permandangan...pandai husna snap gambar...ajarlah k yati..huhu...
Husna, yang pakai baju kaler macam purple tu adalah kawan baik aku si zati ke?hahaha...
kak yati: hahahhaa.. ni yang malu nih. husna tak pandai la kak yati.. gambaq biasa2 dan utk suka2 saja.
mizi: kwn baik hang la tu... dia sll jadi model aku kalau aku tangkap gambaq tgh jln kaki.
Post a Comment