Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, June 01, 2010

bila aku di kampung


ini gambaq2 yang aku tangkap masa balik kampung hari tu.
la ni baru nak sempatkan diri tuk uplod.
konon bz la kan.....








semua gambaq budak2 ni blur.
masing2 jenis aktif. terutama si farah tu. yang pakai baju putih berlengan kuning tu.
dia punya tenaga, tak tahan ooo aku ni. kalau aku jaga dia sebulan, sure aku kurus wei.
tapi, seriusly aku adore mereka ni.
bila tangkap gambaq mereka ni, aku pasti akan frust dengan kamera yang aku pegang.
aku selalu berharap di tangan aku pada saat tu, ada kamera yang lebih canggih.
supaya dapat capture semua pergerakkan, lenggok badan dan mimik muka mereka.
supaya aku dapat tonjolkan perangai mereka dalam gambar.
supaya dapat ceritakan siapa mereka dimata aku, hanya dalam gambar.



lepas aku balik dari tangkap gambaq sawah padi dan matahari pagi dikampung aku hari tu (gambaq2 kat entry bawah2 ni),
aku ikut abah aku pi pasar tani.
selalunya aktiviti ke pasar dilakukan oleh abah aku.
aku hanya mengekoq kot belakang abah.
tangkap gambaq apa yang patut, tunjuk makanan suruh abah beli apa yang patut, tolong bawak barang apa yang patut....
balik rumah, makan, tengok tv, tidoq, bangun, makan, tengok tv, tempik kat budak2 tu dan juga layan upin ipin yang dah berkali2 ulang tayang dalam komputer dengan budak2 tu.












ni bukan gambaq kat perlis.
ni kat town penang.
aku tangkap masa aku dok dalam bas rapidpenang nak balik kampus.
sebenaqnya, aku teringin nak dok kat umah kedai.
teringin nak tau apakah rasanya dok umah dalam bangunan lama yang ditengah2 town penang. macam klasik ja...

depa kata,
aku tak dak keja len dok teringin nak dok situ....
keh keh.










2 comments:

DAKWATUNNISA said...

Itulah anak2 buah kesayangan kita kan. macam2 kerenah.betul2,sape nak kurus boleh tolong jaga puteri nur farah tu.

husna said...

cek yah, dah balik kampus?
selamat belajaq!