Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Sunday, June 13, 2010

budak2 ni mengajar aku sesuatu

semalam,
aku jumpa gambar ini dalam kamera abang aku.
abang aku bersama ketiga2 puterinya.
faizah, farah dan firzanah.




yang buat aku suka sangat tengok gambaq ni sebab,
farah, anak ke-2, yang duduk ditengah dalam gambaq ni, sangat la lain dari farah dalam gambaq2 yang pernah aku tengok atau tangkap.
dalam gambaq ni, farah nampak sangat ayu dan statik.
tak nampak peribadinya yang selalu dia tunjuk.
sebelum ni, gambaq dia kalau tak blur, mesti ada mimik muka yang macam2.
tak pernah aku nampak gambaq dia yang secantik dan sestatik ini.
buat aku bertambah2 jatuh sayang sama farah.
farah yang keloloh, pelawak, lasak, penuh tenaga, tak mau dok diam, kasar dan suka rodong ikut suka hati.


semalam,
aku pergi makan malam kat rumah depa.
makan semeja dengan faizah dan farah.
farah duduk di sebelah aku.
masa makan, dia camoq nasik atas meja dan lantai, gagau nasik aku, gagau lauk aku, boh nasik dia dalam pinggan aku, boh daging-liat-kunyah-ludah-balik dalam pinggan aku, sat duduk sat bediri atas kerusi, sat basuh tangan sat makan nasik balik.
kak ipaq aku kata, "pening kepala mak nyang dok makan dengan hampa".
aku senyum dan buat tak tau saja apa farah buat kat pinggan aku. hanya makan sampai kenyang, tolong bubuh lauk apa yang dia nak ke dalam pinggan dia dan pastikan tak ada mangkuk lauk yang terbalik atau tak ada makanan yang telah dikunyah farah dimasukan kembali kedalam mangkuk lauk.
aku buat2 tak tau saja dengan perangai farah,
mungkin sebab mahu jadi mak nyang yang cool.
tapi, yang lebih utama, aku mahu melatih diri aku untuk bersabar dengan budak2.


melatih diri untuk bersabar dengan budak2 bukan sebab untuk persediaan berkeluarga.
tapi untuk melatih diri aku sendiri supaya aku lebih loose dengan sekeliling aku dan hidup aku.
aku seorang yang agak serius, rigid dan penuh no!-dont!.
tapi, bila bersama farah dan anak2 buah aku yang lain,
aku belajar untuk tidak terlalu serius dan mahu lebih enjoy dan celebrate macam2 dalam hidup ni.


dan aku rasa,
kalau biarkan budak2 ini buat apa yang mereka suka selagi tak memudaratkan,
seperti berlari, melompat, berpeluh, basah, kotor, bertempik, bercakap, bercerita, meng-explore..
mereka akan lebih jakin dengan diri sendiri dan pandai bawa diri serta bergaul.


dan seriusly,
emak mereka bertiga, kak ipaq aku, kak jua...
adalah tergolong dalam ibu2 yang aku hormat, tabik dan dijadikan contoh.












4 comments:

DAKWATUNNISA said...

tak penah tengok farah ayu semacam aja kan. hehe. ayu juga anak menakan kita sorang tu rupanya.=)

Mira said...

Biasa la husna budak2 nie...mcm2 ragam..kena bnyak sabaq..comel anak2 k.zura..:)

husna said...

cekyah: itulah ayu dan sopan sangat.. lg serlah kecomelan dia

mira: bila macam2 sgt perangai, boleh hilang sabaq gak.. jerkah sekali. ngeh ngeh.
dgn depa ni, boleh belajq bersabaq.
comel, tengok mak nyang depa la.. hahhaa

DAKWATUNNISA said...

tengok acik mereka juga.=)