Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Sunday, June 13, 2010

selamat pengantin baru pn. haida


weekend ini dikampung.
tujuan utama balik sebab mahu pergi kenduri haida a.k.a detdot.
usah ditanya macamana boleh jadi detdot. itu cerita lama yang panjang dan malas nak cerita.

detdot adalah antara sahabat sekolah menengah yang memanggil aku along.
2 orang kakak detdot merupakan rakan sekelas abang2 aku.
detdot juga rapat dengan mak aku.
dulu masa aku dok kat matrik, detdot dan kamilah a.k.a milot suka datang rumah aku bersembang dengan mak aku.
bergosip pasal aku tentunya.

hari jumaat, lepas zohor, aku sampai kampung.
terus pi rumah detdot. milot juga ada di rumah detdot.
konon mau tolong apa patut. aku bayangkan keadaan sehari sebelum kenduri detdot adalah seperti kenduri kakanya, kak an.
tapi, bila aku pi, tak dak keja yang boleh dibuat pon.
semua detdot dah setelkan. cuma tinggal kerja2 penyediaan bahan2 masakan kenduri. aku tidak rajin untuk menolong di dapur. tidak cool aku rasakan.
kalau kenduri kat kampung sendiri, barulah aku buat2 rajin mahu menolong orang sediakan bahan2 masakan. disana, mungkin aku boleh dengaq gosip2 liar berkenaan orang2 kampung yang aku tak pernah dengaq sebab mak aku bukan kaki gosip atau pun sebab mahu up-kan sekidit saham aku dimata orang kampung sendirik.

oleh kerna tak dak kerja nak buat,
maka aku, detdot dan milot banyak meluangkan masa dengan bergosip.
topik gosip berkisar tentang berita rakan2, cabaran berkahwen, bila-plak-hang-nak-kawen, rasanya-diantara-kita-aku-orang-yang-last-kawen, kawan-kita-si-polan-sudah-berapa-orang-anak dan topik2 lain yang seangkatan dengan itu.
tak cukup dengan bergosip, aku juga tumpang sekaki melukis henna di tangan.

detdot dinikahkan pada jam 11.15 malam, hari jumaat.
lewat sebab rombongan pengantin lelaki berhadapan dengan masalah jalan banjir dan terpaksa patah balik ambil jalan lain.

selepas semua aktiviti seperti makan2 dan ambil gambaq tamat.
aku, detdot dan milot sambung gosip didalam bilik pengantin.
pengantin lelaki tak masuk dalam kumpulan gosip.

malam itu, mungkin akan jadi malam terakhir buat aku dan milot untuk bergosip dengan detdot secara solo.
malam itu, malam pertama detdot bergelar pn. detdot.
eh tak sedap, pn. haida lebih sedap.


along doakan haida dan salman kekal bahagia hingga nyawa dikandung badan....





p/s: oleh kerna aku dah tak tau nak pakai baju apa dan tak mau ulang baju yang sama tiap kali pi kenduri orang, maka aku hentam pakai baju pi-lab-hari2 pada malam akad nikah detdot.

p/s/s: nanti aku letak banyak skit gambaq kenduri detdot.


4 comments:

DAKWATUNNISA said...

nampak macm orang kat sebelah pengantin tu berseri2.. dah daat aura kak haida ye?=)

husna said...

dah lama berseri2 muka org sebelah pengantin tu..
tunggu hari saja
hahhaaa

Miss FZ said...

weh..haida n kamilah tu sekolah rendah mana dulu?macam budak sekolah rendah aku ja.huhu.

husna said...

bdk sekolah sama ngn hang la.. sek dato wan. haida yahaya n kamilah yusof