ini gambaq aku hari ini.
hari yang mahu cuba sedaya upaya untuk tidak mengada-ngada nak tidoq tengah hari sebab tak cukup tidoq akibat menonton final world cup sampai habes walaupun bukan seorang peminat bola.
gambaq yang menunjukkan betapa tembamnya aku.
kalau pakai selendang seperti ini, lagi terserlah ke-tembam-an aku.
sebenaqnya aku ada tangkap gambaq buat mulut muncung beserta 2 jari dipipi seperti biasa konon2 supaya muka aku tidaklah nampak tembam sangat dalam gambaq.
walaupun sudah berusia 26 tahun, tetapi masih tidak sedar diri mahu berposing mulut muncung seperti anak remaja masa kini ketika bergambar. janji aku sendiri rasa aku tidak nampak tembam dengan mulut muncung itu. ekekek.
tapi hari ini,
terasa mahu uplod gambaq yang tidak bermulut muncung.
yang menunjukkan saiz muka sebenaq aku.
teringat kat sahabat2 sejati.
mereka berdua sangat tidak suka aku bermulut muncung ketika bergambaq, kerana dikatakan sangat buruk tak seiring dengan usia dan merosakan gambaq serta aku harus menunjukkan bentuk muka aku yang sebenaq.
ah rindu depa 2 sangat.
aku juga rindu sahabat2 yang lain di usm sana.
rindu lab dan meja yang selesa itu.
rindu mahu bukak lagu kegemaran kuat2 bagi 1 lab dengaq yang mungkin telah menyebabkan telinga orang lain bernanah akibat mendengaq lag2 kegemaran aku sahaja tiap2 hari.
rindu makanan di sana.
rindu untuk datang lab sebelum jam 8 pagi dan balik ke hostel tengah malam.
jadual aku disini telah berubah.
datang lewat, pulang awal.
harus mengikut jadual The-Big-Bos sebab dia yang akan ambik dan hantaq.
jadual juga harus berubah sebab di lab ini sangat seram untuk stay sampai gelap.
sudah 12 hari disini.
aku menghitung hari,
sebab mahu ingatkan diri yang selalu lupa diri ini,
yang aku, perlu kerja lebih kuat.
p/s: aku, zati, arix dan The-Fourth telah membuat 1 pertandingan tidak bertulis. selepas 2 bulan, kami akan menimbang berat badan masing2. adakah masing2 akan turun berat badan akibat bekerja keras atau akibat tidak jumpa makanan sedap2 atau akibat kerinduan yang tertanggung di hati.
p/s/s: The-Big-Bos cakap, kalau aku cakap aku ni orang sabah, orang boleh percaya. cuma kena lebih mantapkan speaking sabah. nak tipu orang ni syok jugak kan. muhahaa
p/s/s: aku dah agak gelap kan? ini semua akibat bersuka ria sakan di pulau mabul la tu.
2 comments:
wah lab ang nampak luaslah..
muncung pun comel tak muncung pun comel hehe..lawa gaya tudung ang weh. wah best big boss tolong ampa pi balik. tu pengorbanan boss tu.hehe
mmg sangat luas bagi standard kita org usm,
bagi ums, ini lab kecik saja.
kalau dia tak amik, kami tak pi. ngeh ngeh
Post a Comment