aku kuatkan semangat tuk bangkit sebelum habes waktu subuh walaupun tak leh solat tuk ambik gambaq langit subuh semata2.
lepas tu, aini bagi cadangan tuk keluaq dari pulau mabul awai. supaya dapat meluangkan masa dengan lebih lama bersama kak azi. flight kami jam 935mlm hari tu.
aku pi tanya kat opis uncle chang's pasai bot balik. depa kata bot tuk balik ke semporna hanya ada 1 saja, jam 4 ptg. adeh.
.
pastu check out plak kul 8 pg. aku tanya lagi kat uncle chang pasal check out, depa kata kalau dalam jam 8pg opis di semporna call kata tak ada orang nak masuk bilik, kami masih boleh guna bilik itu. tanpa bayaran tambahan. pasal makan pon sama. walaupon bayaq tuk 1 hari, hari ke-2 pon kami boleh makan kalau maseh berada uncle chang's.
maka kami ambil keputusan tuk terjun snorkeling lagi.
pada awalnya, hujan sangat lebat.
kami tunggu hujan reda skit, pastu baru snorkeling.
masa tengah hujan lebat, kami nampak budak2 kecik orang bajau selamber saja main kat tengah laut sambil nanyi lagu world cup. memang laut dah jadi tempat mainan depa. hebat.
orang yang bawak kami pada hari sebelumnya, hanya bawak kami ke bahagian yang banyak ikan tapi kurang coral.
tapi pada hari ke-2, kami dibawa oleh orang yang berlainan. dan orang itu bawak kami ke bahagian yang penuh coral. pandang kiri, kanan, depan, belakang, hanya nampak coral penuh. rasa macam berada di hutan coral plak.
masa ni lah aku rasa menyesal tak beli underwater disposable kamera airasia masa atas flight. rm25 saja. kalau beli di opis uncle chang's, rm50.
.
lepas sejam lebih kurang, kami balik ke uncle chang's, rehat minum pagi, pastu snorkeling kat pulau kapalai pulak.
syok giler tempat nih. masa ke kapalai baru kami teringat nak bawak roti. bagi makan ikan dalam ayaq.
bila keluarkan roti dalam ayaq, ikan semua ikut nak makan. gila syok dikelilingi ikan. masa ni, sekali lagi aku menyesal tak beli kamera airasia tu.
.
kat kapalai ada resort. resort tengah laut. resort jenis mahal rasanya. aku lupa nak check apa nama resort tu.
kalau ada sapa2 yang nak honeymon, suka laut, suka snorkeling, tidoq la kat resort kat kapalai tu. dari bilik sendirik, boleh terjun terus kedebush masuk laut. terjun2, terus boleh snorkeling nampak ikan dan coral. gila syok beb.
gambaq kat atas dan dibawah ni, adalah gambaq resort kat kapalai tu.
lepas makan tengah hari dan berehat, kami sambung snorkeling lagi.
kiranya, pada hari ke-2, kami snorkeling 3 kali. seharian basah. tak tukaq baju.
dan kami tak sempat nak masuk kampung orang bajau tuk tengok2 dan tangkap gambaq.
.
jam 330ptg lebih kurang, kami habes snorkeling.
masuk bilik, pekena mandi ayaq tak masin, kemas barang, bersiap2.
jam 5ptg baru bertolak balik ke semporna. lambat sebab kena tunggu geng2 yang pi ke sipadan. depa balik lambat.
kami meninggalkan uncle chang's di pulau mabul dengan hati yang berat.
dan berjanji akan pi lagi ke uncle chang's dalam masa terdekat.
muhahaha. kali ini, harus ke sipadan.
.
bas henti2 dah tamat perkhidmatan.
kena naik kereta prebet sapu. kami dah kelam kabut.
kerna kami kena cepat sebab flight kami jam 935mlm, beg kami yang tak berkemas ada di rumah kak azi di tawau. dari semporna ke tawau, sejam lebih, dari tawau ke epot, setengah jam lebih (epot terletak diantara tawau dan semporna).
.
kalau mau cepat, sewa 1 kereta tuk kami saja, rm80. kalau tunggu kereta penuh, rm20. itupun harga sudah dirunding setelah kami buat muka kesian kata kami ni masih student, tak dak duit.
oleh kerna harga mahal, kami buat keputusan, kami mau tunggu kot kot ada orang lain.
kalau lambat sangat, kami terus ke epot.
pasal beg dan barang tak berkemas, terpaksa menyusahkan kak azi.
.
tapi hasil dari buat muka kesian kami-masih-student-tak-dak-duit,
pakcik tu usahakan jugak cari kenderaan yang mau pulang ke rumah di tawau setelah habes bekerja di semporna.
dia dapat kontek kawan dia, kami tumpang mintak dia tolong hantaq pi epot. pakcik itu sangat baik. kami terharu bah.
.
sampai kat epot, kami sempat rehat2 kejap sementara tunggu kak azi sampai.
bila kak azi sampai bersama beg2 kami, kat epot itu jugak lah aku kemas barang2, pakaian2 mana yang patut supaya tak terlebih berat.
memang buat perangai kalut.
.
.
.
hasil dari peristiwa kalut itu,
kami buat kesimpulan,
1. perlu ambil kira pasal waktu tamat operasi bagi pengangkutan awam setempat. sangat penting. kalau tak kita perlu bayar lebih. kami ni hanya ambil kisah pasal waktu bot saja. pasal bas henti2 tawau-semporna tak ambil kira sangat pon.
2. tektik buat muka kesian kami-masih-student-tak-dak-duit selalunya sangat berkesan. setiap kali kami guna tektik ini, ia tak pernah menghampakan kami tuk dapat simpati dan diskaun. muhaha.
4 comments:
wah kalau camtu ang kena ajak teknik muka kesian tu supaya kami semua leh praktis. atau pun senang sekali usung anglah pi mana-mana travel jauh2 hehe. wah nak ituttttt....huhu
hahahaha
boleh2. no prob.
kalau p obersee tak sure maseh berkesan ka dak.
ni kena tny arix.
salam..
nak tanye skit..kat uncle changs ni time sebenar utk cek out pukul berapa....
lg 1...bot dari semporna kul 730 pagi dan dari uncel cheng ke semporna kul 4 petang la kan...
salam rashdan.
time sebenaq cek out kul 8pg.
ya. jadual bot hanya itu saja.
730pg++ dari semporna ke uncle changs, 4ptg++ dari uncle changs ke semporna.
tapi ada juga keadaan dimana masa lain juga ada bot. mungkin ada pekerja uncle changs mahu keluar masuk atau ada barang untuk di hantar ke uncle changs.tp jarang sangat berlaku. ikut nasib.
Post a Comment