masa di mabul, kami tinggal di uncle chang's sipadan mabul dive lodge.
ada banyak tempat yang boleh tinggal di sekitar mabul. ada di persisiran pantai, seperti uncle chang's dan ada juga yang tengah laut.
dan penginapan paling murah di sini tentunya uncle chang's.
untuk ketahui lebih lanjut, sila layari web site uncle chang's ini.
ok. tapi aku nak cerita sendiri apa pendapat aku tentang uncle chang's dan berapa banyak duit yang aku habes sepanjang dok kat uncle chang's.
sebelum hampa baca lebih lanjut, aku mau bagitau yang uncle chang's ini sesuai tuk backpackers. kemudahan bukan 5 bintang. semua kemudahan hanya yang asas saja.
1. rm100, tambang bot dari jeti semporna ke uncle chang's.
2. rm80, kos 1 orang untuk bilik 2 orang di uncle chang's.
3. rm30, sewa snorkel dan mask (fin aku tidak sewa) untuk 2 hari (1 hari rm15).
4. rm40, tambang bot dari uncle chang's ke kapalai.
= rm250.
ini sudah dikira murah. kalau nak datang balik hari saja aku tak pasti berapa. sebab kalau datang balik hari pon, makanan disediakan.
perkara 2: rm80, kos per head per nite tuk bilik 2 orang.
untuk bilik 4 orang plak, rm60 per head per nite.
kalau tengok web site uncle chang's, dia ada pilihan bilik lagi.
aku dan aini pilih bilik tuk 2 orang.
tapi ada katil single dan double.
toilet attached sekali.
sama jugak bagi bilik tuk 4 orang, toilet juga attached.
kos ini termasuk makan dan minum.
sarapan, makan tengah hari, makan petang dan makan malam.
ayaq kosong, kopi dan teh (bancuh sendirik), dan roti, 24 jam tersedia.
kalau rasa tengah malam lapaq, pi la bakaq sendirik roti sekeping 2. kalau terlupa bawak roti sendirik tuk bagi makan ikan, boleh la curi 2 3 keping roti depa.
pasal makan, kira boleh telan la. nak kata sedap sangat tak, nak kata tak sedap tak jugak. sabahan masak bukan macam kita masak.
dan bagi aku, ia berpatutan dengan duit yang aku bayaq.
yang bestnya pasai bilik aku ni,
yang bestnya pasai bilik aku ni,
bukak saja pintu bilik, terus boleh nampak laut luas.
ada buaian lagi depan bilik.
serius, ia suasana yang sangat syok.
bilik hanya berfungsi untuk letak barang dan tidoq saja.
orang mai sini sebab mau buat aktiviti luaq, bukan mai nak melepak dalam bilik.
kalau mai nak melepak dalam bilik, baik amik resort. contohnya kapalai resort, yang harganya aku tak tau, tapi sure maaahaal.
oh ya. bilik tiada ekon. hanya ada kipas. dan tiada tv. tv ada kat ruang makan. air super jernih
perkara 3: sewa snorkel. kalau ikut senarai harga yang ditunjukkan dalam web site uncle chang's. sewa snorkel rm25 sehari. tapi kami hanya bayaq rm15 untuk snorkel dan mask, fin tak amik. untuk snorkeling disekitar mabul, naik bot tak kena bayaq.
perkara 4: rm40 untuk ke pulau kapalai. kami snorkeling kat sana.
tempat untuk diving, aku rasa sangat banyak. nak diving biasa2 ka. nak deep diving ka, korang pilih saja.
snorkeling sangat best. gila best. aku suka snorkeling time awal petang, masa ada matahari. kalau snorkeling time tu, kita akan nampak cahaya yang tembus masuk dalam ayaq. permandangan dalam ayaq sangat cantik. ada ka gitu. ntah. tapi aku suka tengok cahaya matahari masuk dalam ayaq. terbias sana sini.
kalau korang tak tau berenang, tapi teringin nak snorkeling... jangan risau. akan ada orang bawak. kita hanya pakai life jaket, pegang pelampung, kepala masuk dalam ayaq, badan flat. mudah saja. keselamatan terjaga, keseronokan tengok coral dan ikan pon dapat.
setiap malam minggu, akan ada live band. tapi masa kami pi, tak dak. mungkin sebab ada perlawanan worldcup yang best malam itu, atau pengunjung tak ramai sangat minggu itu.
malam itu, kami hanya dok melepak tengok bintang sambil minum teh. dan tengok penyu yang berkunjung ke uncle chang's.

harga tuk sewa alatan diving plak aku tak tau. korang tengok kat web site dia.
perkara 4: rm40 untuk ke pulau kapalai. kami snorkeling kat sana.
ini ikut suka hati nak pi ka dak. mula2 kami tak rancang pon nak pi, tapi oleh kerna ada seorang pelancong kat sana yang tak putus2 memuji kata kapalai cantik, lalu, aku pujuk aini untuk pi.
serius cantik. masa kat kapalai lah kami gila syok bagi makan ikan dalam ayaq. genggam roti dalam ayaq, ikan mai makan kat tangan. geli tapi syok. ikan kecik2 yang mai. kalau yang besaq mai khumun, naik takut gak.
masa snorkeling kat mabul, ada ikan nama dragon fish, datang serang aini. nak gigit aini. kalau kejadian ini berlaku, kelupoq la skit2, gawang2 skit, lari lah dia. tapi cam terkejut gak la kan. tiba2 nak mai serang. nasib baik jenis mai serang sekoq2, kalau serangan jenis beramai2, jenuh gak la.
oh ya. kami tidak jumpa ikan jerung. di mabul tak dak, di kapalai pon tak dak. menurut orang yang bawak kami snorkeling tu, ikan jerung dah habis orang tempatan tangkap. amik sirip.
tempat untuk diving, aku rasa sangat banyak. nak diving biasa2 ka. nak deep diving ka, korang pilih saja.
snorkeling sangat best. gila best. aku suka snorkeling time awal petang, masa ada matahari. kalau snorkeling time tu, kita akan nampak cahaya yang tembus masuk dalam ayaq. permandangan dalam ayaq sangat cantik. ada ka gitu. ntah. tapi aku suka tengok cahaya matahari masuk dalam ayaq. terbias sana sini.
kalau korang tak tau berenang, tapi teringin nak snorkeling... jangan risau. akan ada orang bawak. kita hanya pakai life jaket, pegang pelampung, kepala masuk dalam ayaq, badan flat. mudah saja. keselamatan terjaga, keseronokan tengok coral dan ikan pon dapat.
kat belakang uncle chang's ada kampung. di pulau mabul ni ada sekolah rendah. kalau ada sekolah tu, kira ramai jugak la kan penduduk dia. kanak2 ramai.
masa kami kat sana, kami jumpa 2 orang cikgu sekolah pulau mabul yang dari semenanjung dan berkelulusan usm. depa kat uncle chang's sebab mau amik test tuk lesen diving.
sepanjang 2 hari 1 malam kat situ, kami tak sempat nak melewaq kat kampung tu. hanya sempat pi sat sebab aini nak pi kedai runcit.
semua orang kata, kanak2 kat situ sangat friendly dan sangat suka bergambaq.
1. snorkeling. bagi makan ikan.
2. tengok matahari terbenam/terbit.
3. melepak atas buaian depan bilik.
4. air yang super jernih.
5. tengok penyu2 yang datang ke uncle chang's tiap2 malam.
6. berkenalan dan dengaq cerita pengunjung yang lain.
6. berkenalan dan dengaq cerita pengunjung yang lain.
7. layanan orang uncle chang's yang bagus.
setiap malam minggu, akan ada live band. tapi masa kami pi, tak dak. mungkin sebab ada perlawanan worldcup yang best malam itu, atau pengunjung tak ramai sangat minggu itu.
malam itu, kami hanya dok melepak tengok bintang sambil minum teh. dan tengok penyu yang berkunjung ke uncle chang's.
1. letrik akan ditutup dari jam 930pg lebih kurang sampai 4ptg lebih kurang. itu tiada hal sebab siang2 semua orang buat aktiviti ayaq atau melepak kat buaian depan bilik.
2. aku tertanya2, kemana benda kumbahan pergi? ikan makan? hahhahaa
3. sampah sarap di sekitar kampung agak banyak. apa akan jadi kalau hal ini berlanjutan?
sangat best!
berbaloi.
kami nak pi lagi!
No comments:
Post a Comment