Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, November 04, 2010

tetamu ke-2

hari jumaat ini mungkin aku akan terima tetamu.

sahabat aku nak mai.
dia plan nak tidoq semalam dua kat rumah aku.
yeay!

dia terbang ke kk dari kl.
kalau dari penang, aku ingat nak pesan dia bok mai 2 bungkuih pecal lele dari warung pecal lele kegemaran.
untuk aku 1, untuk aini 1.
gila kempunan pecal lele nih. kira2, dah 4 bulan lebih aku tak makan pecal lele.
balik penang masa hari raya pun tak dan nak makan. tuan kedai balik cuti raya di indonesia lama sangat.


dan kalau keadaan mengizinkan,
pertengahan bulan ni, kami akan terima tetamu lagi.
dan beliau mungkin akan terbang ke sini dari penang.
kepada sesiapa yang berkenaan tu, "pecal lele 2 bungkuih!!"


No comments: