Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, December 29, 2010

terung sepanjang minggu ini


terung tengah banyak dalam peti ais kami.
ada la kot dalam 8 batang. aku beli, dan kebetulan, housemate pon beli.
kacang panjang juga penuh dalam peti ais. aku beli dan housemate juga beli.

maka,
menu dalam minggu ni mesti ada terung dan kacang panjang.
untuk terung,
semalam dan bawa bekal hari ni, aku goreng saja terung tu.
terung goreng kosong aku sangat suka.
terpengaruh dengan makanan kat gerai pecal lele kegemaran di penang.

goreng kosong saja dengan minyak.
rupanya memang lah hitam dan tak menarik, tapi sangat sedap.
tapi apa yang boleh kita harapkan dengan masakan yang berasaskan terung? rupa masakan berasaskan terung jarang nak menarik kan.

kalau kat gerai pecal lele kegemaran, terung goreng ni jatuh no 3 benda makan yang aku suka di situ selepas pecalnya dan lele/ayam gorengnya.
telioq ah tengok pecal lele kat entry lama.
ni kira 6 bulan lebih tak makan pecal lele tu.

hari ni masak terung lagi.
pejeri terung.
nak masak pajeri kena guna kerisik.
tapi puas melilau cari kat merata kedai, tak jumpa kerisik.
terpaksalah buat sendiri. goreng nyok parut dan tumbuk.
penat jugak nak menumbuk buat kerisik ni.
rasanya guna batu penggiling lagi senang kot.

aku pernah tengok mak aku guna batu penggiling tuk buat kerisik.
cepat. tapi nak angkat batu penggiling, nak tenyeh, nak giling, boleh pecah peluh oo.
yang pecah peluh sebelum siap jadi kerisik tu aku la, mak aku tentulah releks saja.

satu lagi, mak aku releks saja bila guna pengukoq nyok.
sambil duduk pengiring, ala macam orang perempuan dulu2 naik moto vespa pakai kain peluk orang depan tu, mak aku releks saja kukoq nyok. nak kukoq 2 bijik nyok terus pun tak dak hal.
aku ni, nak berabes kukoq separuh bijik pon pecah peluh tak hengat. tu pun dengan duduk mengangkang.
.
teringat masa kecik2 dulu.
kalau mak aku tengah dok kukoq nyok,
aku dengan adik aku mesti bergilir2 duduk belakang mak aku.
peluk mak aku dan berangan naik moto dengan mak aku.
.
.
.
ah. rindu kat mak aku la wei.
juga rindu sama pecal lele. dan juga sama penang dan orang2 di penang.
:
:
:
:)

3 comments:

eL_kZ said...

terung bakar..sedap!

husna said...

ya. yang bakaq juga sodap

DAKWATUNNISA said...

hehe. best kan duk belakang mak waktu duk kukoq nyioq. anak2 menakan kita sekarang tak reti nak nikmati naik macam kita dulu. cekyah selalu duk ajaq depa bila mak duk kukoq, tapi sume tak reti.hehe