Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, April 25, 2011

tua di u, sidang 2

sidang 2004/2005:
tahun 2.

untuk tahun 2, aku masih tinggal di hostel yang sama. bilik yang sama.
tapi romate lain.

masa ni, nama hostel telah berubah jadi cahaya gemilang.
hostel2 baru, RST telah dibuka sepenuhnya. ada penguni gemilang dan hostel lama yang lain dihantaq ke RST.
(R, restu. S, saujana. T, tekun)

dan tiada student baru (1st year) masuk ke gemilang.
hostel lama yang lain aku tak sure. tapi rasanya student baru banyak disumbat dalam RST.

oleh kerna tiada student 1st year yang masuk hostel aku,
maka agak boring jugak hidup. dok tengok muka lama jugak.
dan niat nak buli student 1st year tak dapat dilaksanakan.

masa tahun 2 ni,
aku ada banyak kelas jam 8pg.
untuk menambah malang lagi, semua kelas tu agak jauh dari hostel.
makanya, banyak kelas 8pg aku ponteng. dah makin rajin nak memonteng.

dalam entry tua di u, sidang 1,
aku lupa nak cakap yang masa ni,
aku dan rakan2 agak aktif dengan aktiviti hostel.
masuk itu ini. masuk pasukan sorak, wakil sukan, masuk pasukan pacarwara dll.
tapi untuk tahun 2 ni,
semua pakat malas.

masa sem 2 dalam sidang nih,
dengaq kabaq berita yang gemilang akan ditutup, nak direnovate. akan dihantaq ke RST.
maka, kami aktifkan diri balik dengan masuk pasukan kawat, sahaja.
sebab kononnya kalau terlibat dengan aktiviti hostel, nanti kami boleh mintak tinggal di cahaya. atau ke hostel2 yang lama yang lain.
takmau dok kat RST, sebab RST adalah hostel yang paling jauh.

dalam sem 1 sidang ni,
keputusan major aku teruk jugak.
dan sem 2,
major aku lagi bertambah teruk. tapi nasib baik ambik minor pengurusan masa sem 2,maka keputusan boleh diselamatkan skit.
untuk paper minor pengurusan, aku ambil penguran asas. dan perlu baca dari kulit depan hingga kebelakang. tapi aku tiada masalah nak baca, sebab kandungan buku sangat menarik dan terasa segar otak dengan ilmu baru yang tiada kiatan dengan major.

No comments: