Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, June 20, 2011

dhobi ghat (filem)





ni filem aku tonton tadi.
sejak 2 menjak ni, rajin pulak aku dok layan filem hindi.

filem ni, aku sangat suka.

jenis filem indie.
katanya, ini filem pertama seumpamanya yang dibikin di india.

diterbitkan oleh aamir khan.
diarahkan oleh kiran roa, wife aamir khan.

aku tengok, memang indie pun.
jenis jalan cerita indie.
filem indie ikut definasi aku, iaitu membawa maksud, jalan cerita yang tak dak penamat. tergantung.

skrip, lokasi, jalan cerita, semua real dan emmmm indie.
aku suka juga tonton filem yang real. pasal real masalah, real kerektor, real suasana, real life.

(aku juga suka filem yang cerita tentang ke-kompleks-an jiwa manusia)

memang aku suka lah tonton filem macam nih,
tapi tang bab cerita tak dak penamat tu, letih la jugak.
kalau nak layan filem yang hepi ending, aku pi la cari filem yang hepi ending.
sad ending aku tak suka.
aku lebih suka untuk pilih filem yang ending tergantung dari pilih nonton filem sad ending.

ok. berbalik pada filem dhobi ghat ni.
hanya aamir khan, satu2nya bintang filem bernama besaq dalam filem ni.
yang lain ada yang 1st time berlakon dan hanya pernah belakon dalam beberapa filem ja.
tapi semua lakonan sangat bagus.

filem ni ada 4 watak utama.
arun, munna, shai dan yasmin.
aku sangat suka pelakon yang penang watak yasmin. bagi aku hebatlah lakonan dia.

nak tau sinopsis cerita. hampa cari kat wiki.
ataupun pi tonton sendirik.

oh. 1 lagi.
ada lagi satu sebab kenapa aku suka tonton filem2 macam nih.
sebab bila tonton filem indie atau filem yang punya ending tergantung nih, aku rasa macam dok baca short story.

seperti short story,
kita hanya akan baca, nampak, merasai, hanya sebahagian life watak2nya.
kita hanya dipertontonkan satu segmen atau satu moment dalam life watak2 tersebut.
satu segmen yang boleh buat kita rasa, belajar atau fikir akan sesuatu perkara.
tanpa kita pedulikan endingnya. tanpa kita peduli siapa yang patut terima balasan atau siapa yang patut bahagia selamanya.

eh. mesti hampa tak fahamkan. ekekkekek.

No comments: