sejak dua menjak ni,
hari rabu aku akan hanya buat entry wordless wednesday.
tapi disebabkan oleh hangin+sedih yang melanda, aku buat jugak entry bertulis.
semalam, aku balik ke rumah kak timah aku.
tiba2 mai mood rajin nak masak.
dan bila mai mood rajin ni, aku akan jadi gigih skit.
tapi kegigihan memasak aku tu kurang bermakna bila tak dak gambaq yang dirakam.
dalam hujan lebat petang semalam, aku gigih pi singgah tesco sebelum balik ke rumah kak timah. naik bas rapid dengan mengalas dan memegang beberapa beg dan benda seperti biasa.
sampai rumah, terus masak masakan pertama, mee udang. mee udang ala papa rich.
lepas masak, boh mee udang dalam mangkuk tercantik dan hias molek2. pastu cuba tangkap gambaq sehabes baik dengan sumber cahaya hanya datang dari lampu kalimantang.
(aku tak suka kalau kena tangkap gambaq waktu malam, aku lebih suka time siang)
sambil tengok tv, aku mendapat idea untuk nama entry pasal makanan kali ni.
entry bakal bertajuk: ala papa rich, ala dome.
pagi tadi,
bangun tidoq terus tuju dapoq.
nak masak makanan ke-2, spagetti olio. spicy olio pasta ala dome.
lepas masak, boh spagetti dalam pinggan baru-beli-tak-guna-lagi dan hias molek2.
pastu tangkap gambaq. gambaq menjadi seperti yang aku suka. aku suka sebab pencahayaan adalah dari cahaya matahari.
lepas tangkap gambaq bagai, aku makan.
sambil makan teringat pasal buku yang adik aku hadiahkan.
semperna besday aku bulan lepas. baru dapat sebab dia baru balik.
aku nak tangkap gambaq buku tu untuk boh kat blog. nak cakap terima kasih.
bila tangkap gambaq buku tu saja, rasa kosong.
maka aku nak letak secawan teh bersebelah dengan buku supaya gambaq tak kosong sangat.
pi pulak jerang ayaq untuk bancuh teh. aktiviti2 bancuh ayaq diwaktu pagi bukanlah rutin aku. dan aku selalunya teringin dan rajin nak minum teh hanya pada waktu petang.
aku bancuh teh pudina.
tuang ayaq teh ke dalam cawan. pilih pucuk daun pudina hat paling elok untuk letak dalam cawan. biaq daun pudina terapung dalam cawan.
lepas tu, baru lah bersemangat nak tangkap gambaq buku bila ada teh disisinya.
tengah hari, mai lab.
redah hujan lagi.
bila sampai lab, aku nak tranfer gambaq dari cam ke komputer. dan juga bersemangat nak tunjuk ke zati mee udang ala papa rich yang aku berjaya buat.
cucuk saja ke komputer antik-dan-banyak-virus aku ni, terus semua korap. tak sempat nak copy.
hadui sedih gila.
lagi sedih bila teringat...
betapa gigihnya aku redah hujan pi tesco naik bas rapid sorang2 tuk beli barang,
masak sehabis baik ikut apa yang dihidangkan di papa rich dan dome,
dan gigih pagi2 jerang ayaq dan bancuh teh pudina.
dalam entry ala papa rich, ala dome tu,
aku plan nak cerita la jugak pasal aku ni yang suka tiru masak makanan yang aku rasa sedap bila makan kat mana2.
nak bagitau jugak lah resepinya.
aish.
CLK betul lah laptop antik nih.
4 comments:
Sabar ye kakakku sayang. nanti balik guna laptop cekyah na.
sabar,sabar..aku harap ang dapat tulis apa yang ang nak tulis pasai masakan ang tu nanti masa balik kampung nanti. teringin juga aku nak masa masakan ang tu. :)
laptop TARGA tu dah boleh letak kat muzium USM dah...:)
cekyah: yeehhhoooo. hat tu nak dengaq tu.
marina: ekekkekek. aku bukan pandai masak weh. masak guna hat segera dan hat dari dalam tin aku pandai lah.
anon: tak boleh letak lagi. kena bagi perabes kerja dulu nih.
atau kamu ada nak kasi laptop baru kat saya? :D
Post a Comment