"Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati
Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku"
Ramai rakyat Malaysia kelihatan tidak gembira untuk menyambut Hari Merdeka berikutan ketidakpuasan hati diatas perkara-perkara yang berlaku hari ini. harga barang naik..minyak naik..kos hidup naik..skandal-skandal dalam politik dan kepimpinan..dan pelbagai lagi..
Sambutan Merdeka tahun ini dirasai tidak meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini..
Walaubagaimanapun...kita seharusnya tidak lupa akan keperitan datuk nenek moyang kita berusaha, bergolok gadai dalam meMerdekakan negara kita...itu lah yang penting diingat...kalau meriah sambutan kemerdekaan sekalipun, tapi lupa akan keperitan memperjuangkan kemerdekaan dan tak tahu menghargainya... rugilah kita..
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
Keesokkannya plak kita sambut bulan Ramadhan...moga-moga ramadhan kali ini kita pergunakan sepenuhnya..Disamping bulan ramadhan kelihatan seperti pesta makanan, tapi yang penting adalah pengisiannya..
Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Ramadhan..
No comments:
Post a Comment