Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Sunday, March 22, 2009

JANGAN BUAT AKU BENCI!

jangan sesekali buat aku marah..
selembut-lembut hati aku ni..
aku sangat pantang pada si talam dua muka..
bila sampai tahap aku sakit hati dan benci...
bila sampai tahap aku meng-CLKkan orang..
jangan harap aku nak lupakan..
tak kiralah ko tu budak ka..orang tua ka..tak matang ka..
aku dah tak mampu nak fikirkan yang positive..
dan jangan tertipu kalau aku masih layan ko dengan baik...
sebab aku pon mampu nak berhipokrit!!
ingat ko je boleh??

11 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
arixahmad said...

Dear Husna,
Itu lah erti kehidupan
Marah banyak pun tak guna
Lepaskan marah tu..
Inilah masanya kita nak kenai siapa kawan siapa lawan..
dan buat baik berpada-pada
buat jahat jgn sekali,
Bila makin besaq, lagi banyak kaler org yg kita akan jumpak
lebih dari kaler pelangi..
nampaknya hidup ni lebih cantik dari pelangi sbb org ckp pelangi tu kan cantik, dia ada 7 kaler, tapi dalam hidup ni, terlalu banyak kaler..so lebih cantik dari pelangi kan..
from now on, senyum dan jgn biaq marah menguasai..ramai lagi yg tau sifat dan kebaikan hang, aku yakin :-)

husna said...

trima kaseh arix..aku mmg tak patut biaq marah menguasai aku..pergi MPS la dia..aku tak mau jd tak matang macam dia..
betul kata hang...mmg lebih banyak kaler kita jumpa..mmg cantik hidup kita..tapi kadang2 tak semua kaler yang kita jumpa tu cantik..ada yang hitam..yang buruk..
tapi tu laa namanya kehidupan..
emo tul aku
hehhehhe
thanks sbb sll bediri belakang aku dan tegur aku bl aku bt salah..

arixahmad said...

siapa ckp hitam tak cantik?
hitam tu kan menawan!

husna said...

kalu dah hitam n berdaki mana nak menawan...hehhehhehe

husna said...

aku nak tambah lagik..hitam, berdaki n berhati busuk..
emo tul aku
hahahaha

Anonymous said...

Che na,
Ish marah btoi hg kali ni,
jgn memain oooo,
kalo chena marah abis ribut kang USM nih..hehe
Chena sabor jela...
Dun let urself look stupid mad at s/one who are toek moek100x..
buang masa n tenaga ja...
he or she not worth it...
let's be happy again n for the rest of our life!
cheers!

husna said...

tu la zati...
aku marah tul..tapi tu la seperti hg kata..
buang masa n tnga jaa kat org toek moek tu..
naseb baik hang ada tuk selamatkan aku..kalu dak lg ribut taupan aku bagi..hehehehe
lets be very very hepi..
yang penting la ni aku hanya berkawan dgn org yang aku suka n sayang..
dan buat benda2 yang aku suka..
tadi aku p swimming...
dok takut ayaq lagi..
cammana nk p sipadan tak tau..
biaq aku risau pasai sipadan+renang+diving n thesis aku tu, dari aku dok buang karan dok marah kat si-toek-moek tu..

Anonymous said...

marah kat sape la cik adik sorg ni? takut gak ek kalu husna marah. ye la...tak prnh tgk husna marah. slalunya hepi2 je. jgn mrh2 noo. say cheese! hehe...

lina said...

(usna marah sape? xpenah tgk usna marah.)

Terdapat beberapa kategori manusia dalam perihal marah:

• Orang yang cepat marah dan cepat pula redanya.
• Orang yang cepat marah tetapi lambat pula redanya.
• Orang yang lambat marah dan cepat pula redhanya.
• Orang yang lambat marah tetapi lambat pula redanya.

Yang terbaik pastilah yang lambat marah dan cepat redanya.

Yang terburuk ialah orang yang asyik nak marah je kerjanya dan tak pernah nak reda-reda…. 

Ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan berkenaan mengawal marah:

1. Merenungi ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith berkenaan marah agar dapat memahami ganjaran yang bakal diperolehi daripada menahan marah dan seterusnya menjadi motivasi untuk mengubah sikap.

Daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Rasulullah SAW menjelaskan daripada Ubay bin Kaab, di mana baginda bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

2. Katakan pada dirimu; “Masakan saya mahu membiarkan syaitan menguasai diri saya dengan bersifat pemarah!”

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Daud)

3. Mengubah posisi badan dan mengambil wudhu’. Juga memperbanyakkan istighfar dan zikrullah.
Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

4. Tundukkan rasa ego dalam diri. Kadang-kadang orang berasa marah atau memarahi orang tidak bertempat kerana dia merasakan dirinya besar. Contohnya, seorang doktor memarahi jururawat hanya disebabkan kesilapan kecil kerana merasakan dirinya lebih berkuasa. Bayangkan yang bersalah itu adalah doktor pakar, mungkin dia akan berdiam diri sahaja.

5. Insafi bahawa setiap orang mempunyai kelemahan dan akan melakukan kesalahan. Kesilapan orang bawahan atau rakan kita boleh ditangani dengan cara yang lebih berkesan seperti menegur dengan lembut dan menasihatkan, bukannya dengan menengking atau membaling barang yang boleh menyebabkan kebencian dan mengeruhkan keadaan.


6. Mengelakkan perkara yang boleh menjadi faktor kemarahan. Contohnya anda sedang marah pada Si Abu, maka elakkanlah memandang wajahnya ketika anda masih marah.

7. Jika menghadapi individu yang menyebabkan kemarahan kita tidak dapat dielakkan, cubalah menyayangi individu tersebut kerana masakan kita akan memarahi orang yang kita sayangi hanya kerana perkara yang kecil. Contohnya si Ibu tidak akan memarahi anaknya hanya kerana kesilapan kecil kerana dia menyayangi anaknya.

8. Menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang cukup, makan makanan yang berkhasiat dan mengelakkan stress. - (relevan dengan kes saya di atas)

9. Pandangi wajah bayi yang bersih dan suci dari dosa, selalunya hati akan tenang – (bagi saya ini sangat membantu).

10. Bersifat memaafkan, redha dan melupakan lebih-lebih lagi dalam perkara yang kecil dan tidak wajar diperbesarkan. Ketahuilah ganjaran besar Allah bagi mereka yang pemaaf. Apabila sahaja kita merasa sakit atau rugi kerana tidak dapat melampiaskan kemarahan kita, ingatlah firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 133-134:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema`afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

11. Luahkan kemarahan dengan cara sihat terutamanya pada perkara yang hanya akan selesai dengan perbincangan. Contohnya dengan berbincang dan memberi ruang pada diri dan teman untuk meluahkan rasa secara damai. Ini lebih baik dari memendam kemarahan yang akhirnya menyebabkan barah kebencian.

12. Dan akhir sekali, bayangkan betapa hodohnya muka anda ketika marah...


Pengurusan marah atau anger management bukan semata-mata menahan marah tetapi meletakkan marah pada tempat yang betul. Marah adalah suatu sifat yang normal yang bila mana seseorang tidak mempunyai rasa marah maka rosaklah dirinya. Kita wajar marah pada kemungkaran agar kita dapat mencegahnya. Contohnya marah seorang suami pada isteri yang mendedahkan auratnya adalah marah yang perlu di sisi syarak. Marah seorang doktor pada jururawat yang tidak memberi ubat kepada pesakit adalah harus demi kemaslahatan pesakitnya. Apa pun marah kita, sampaikanlah dengan cara berhikmah bukan beremosi.

Kita akan sentiasa diuji dengan marah. Mudah-mudahan tips-tips ini memotivasikan diri saya sendiri untuk sentiasa benar dalam gembira mahupun marah saya. Amin....Wallahua’lam.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: “Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..” (Riwayat Bukhari)

(sy copy-paste.. harap bermanfaat!)

husna said...

trima kaseh lina atas tazkirah diatas..
husna pon berusaha untuk tidak menunjukkan marah..alhamdulillh la husna tak marah direct si-toek-moek tu..lepaskan marah kat blog jaa..kalu husna mrah orang tu...mesti nanti husna nyesal..Speak when you are angry and you will make the best speech you will ever regret..