Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, April 16, 2009

menjadi 25...part 3: aku dan kehidupan

kalau dulu masa nk masuk 24, aku lebih fikerkan berkenaan apa pencapaian aku selama ini..
tapi untuk besday yang ke-25 ni plak aku lebih fikerkan berkenaan apa pengajaran yang aku belajaq selama ini..
perkara-perkara yang bukan sekadar teori berkenaan hidup yang diambil daripada Cleo ataupun The Secret semata-mata..
tapi perkara-perkara yang aku dapat berikutan daripada pengalaman sendiri serta melihat dan mengambil pengajaran dari orang sekeliling...
juga perkara-perkara yang aku percaya dan cuba sedaya upaya untuk praktikkan..

ini adala antara pengajaran hidup yang aku kutip dan aku rasakan sangat penting bagi aku untuk dipraktikkan:
1. kita semua berbeza. berbeza pandangan, berbeza minat, berbeza penerimaan, berbeza perangai, berbeza latar-belakang dan berbeza keutamaan. oleh itu, terimalah kelemahan dan kekuatan diri sendiri serta orang lain dengan hati yang terbuka.

2. orang disekeliling kita bukanlah nujum. orang tak tahu ap yang kita mahu, rasa dan fikerkan. jangan terlalu sakit hati bila terasa dengan orang lain kalau kita sendiri tak buka mulut untuk menyatakan apa benda yang kita tak suka atau tak puas hati. kita hanya perlu CAKAP. memang la susah untuk kita menyatakan apa yang kita tak suka atau suka terutamanya kepada orang yang kita paling rapat dan sayang. mungkin sebab kita malu atau takut dia sakit hati dan merajuk. tapi TRY cakap sebaik mungkin.

3. kita juga bukanlah nujum. kita tidak akan tahu apa yang orang lain mahu, suka atau fikerkan. jangan terlalu cepat buat kesimpulan sendiri tanpa bertanya terlebih dahulu. kita hanya perlu TANYA. memang susah untuk kita bertanya berkenaan semua benda..tapi, jangan terlalu cepat buat andaian dan kesimpulan sendiri.

4. jangan terlalu cepat untuk judge orang. kenali mereka dahulu. mungkin dia nampak jahat,tapi kita tak kenal dan tak tahu hati budinya. mungkin dia nampak baik dimata, tapi kita tak kenal dan tak tahu hati budinya lagi..

5. bukakan hati untuk semua orang dan sayangi diri sendiri. mulakan dengan sayangi diri sendiri, barulah orang lain akan sayangi dan hormati kita. sayang dan terima kehadiran orang lain dalam hidup kita. bukan hanya memilih yang sama minat atau perangai. jadikan hidup kita lebih warna-warni.

6. live for the moment. hargai setiap masa kita. enjoy dan hepi selalu. banyak masa akan dibazirkan kalau selalu sedih dan merapati nasib sendiri. aku sendiri banyak mensia-siakan masa dengan selalu bersedih sebelum ini. bukan sahaja kita tak hepi, orang lain turut berasa serba-salah dan tak hepi juga.

7. jangan terlalu mengharap kepada sesuatu benda. nanti kalau tak dapat, kita akan sedih dan membuang masa dengan bersedih. ini aku belajaq dari pengalaman sendiri. yang penting kita just enjoy dan berusaha bersungguh-sungguh.

8. sayangi orang yang hadir dalam hidup kita. terutamanya..ibu bapa, famili dan sahabat-sahabat. hargai mereka, luahkan kaseh sayang, hormati mereka. maseh belum terlambat untuk memupuk kaseh sayang. kita tak tahu bila kita akan ditinggalkan oleh mereka. atau meninggalkan meraka.. dan kita hanya akan membuang masa jika marahkan orang yang kita sayang.

9. kita tak mampu untuk mengubah orang lain. kecuali dengan kesedaran mereka sendiri. jangan terlalu menyalahkan dan membenci orang yang kita tak suka.. hakikatnya dia tak akan berubah disebabkan oleh kita. tak perlu terlalu sesakkan otak sendiri dan orang lain berkenaan kebencian kita terhadap seseorang. kita sebenarnya yang perlu berubah.

10. jangan terlalu mengikut orang lain. kecuali kalau untuk kebaikkan. itu adalah nasehat daripada orang yang aku hormati semasa aku berumur 13 tahun. kenapa jika mereka tidak mahu melakukan sesuatu, kita perlu mengikut sama untuk tidak mahu melakukannya padahal benda itu baik dan kita suka? kenapa perlu ikut mereka untuk turut melakukannya padahal benda itu buruk dan membahayakan diri? ikutlah mereka melakukannya kalau benda itu baik dan kita suka.

4 comments:

cik yah said...

kakak cik yah yang disayangi ni nak apa tuk hadiah besday?

naimbakhir said...

hepi bufday husna!!

lina said...

terima kasih usna. sy suka sgt entry ni. hepi bufday.. semoga hepi2 selalu. muax!

husna said...

cyah sayang: cyah bagi ja apa-apa..kalu boleh benda yang cyah buat sendiri...

naim: thanx ya naim.

lina: trima kaseh lina..lina pon hepi-hepi selalu!