Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, April 07, 2010

aku sudah tak mengajaq lab


semasa kelas lab terakhir last week, jaga bersama su


sehari dua ni aku tengah pulun tanda lab report.
ini semester terakhir aku jaga/mengajaq lab KUT101.
lab ni kebanyakkannya budak2 kimia 1st year dan budak2 pendidikan nak mengajaq kimia nanti.
budak2 maths pon ada amik, sebagai kursus elektif.
(aku tanya depa budak maths ni, "hampa budak maths, awat gatai amik lab kimia plak?". depa jawap, "kawan kata, senang nak skor". kalau aku dengaq jawapan camgini.. aku panas dan dan. terus aku buat kuiz pasal eksperiment yang depa tengah buat. depa tak boleh jawap, aku kata, "senang ye??".)


dah dua tahun aku jaga lab ni.
6 eksperiment semuanya. luaq dalam 6 eksperiment ni aku dan su dah hapai.
kalau ada orang buat silap, dari jauh aku dah boleh nampak. dan dari jauh jugak aku jerkah.


dalam kelas, aku malas nak bermesra2 atau bertanya kabaq student.
serius saja aku ni. depa kata aku cengei.
mau tak cengei, salah susun alat radas lepas buat eksperiment pun aku tegoq.
tak susun balik kemas2 botol chemical bagi nampak lebel kat depan pon aku tegoq.
malas pakai goggles, dari jauh aku dah jerkah.
tu tak masuk lagi kalau salah cara titrat, salah tuang solution dalam buret, melembab-buat-keja-semua-nak-tunggu-kawan-kita-pi-buat-sama-sama, pulun nak sua kepala dan muka masa kacau solution dalam fume hood, mai lambat bagi alasan bangun tidoq lambat, aih.. banyak lagi la yang boleh buat aku baran..
tu orang kata darah muda.
kalau nanti2 ada rezki aku jugak mengajaq, mintak2 tak la selalu baran macam ni.


aku cengei bukan apa...
lab yang aku mengajaq ni lab asas kimia. lab yang paling senang.
nanti2 depa akan masuk kelas lab yang lebih susah, pastu mungkin akan jadi ahli kimia ataupun mengajaq kimia kat budak sekolah.
kalau nak titrat pon salah atau nak pegang botol kimia pon salah.
camno nanti?


bab keselamatan pon depa suka amik mudah jugak.
orang suruh pakai goggles, kata rgemah.
orang suruh pakai lab coat sampai habes lab, kata panas.
orang suruh pakai kasut bertutup elok2, kata tak dak.
orang suruh buat ekperiment dalam fume hood, gaduh nak bokkeluaq nak tengok.
depa ni semua tak jumpa lagi dengan dr sani. mau dia kata, "celake kau!! orang nak suruh jaga mata dia yang satu pon tak mau!!".


mengajaq budak2 ni seronok.
seronok tengok macam2 ragam.
(tak masuk lagi ragam tiru lab report partner.)
seronok jugak sebab dapat pendapatan..


masuk bab pendapatan ni...
gaji terakhir aku, takat april saja.
lepas tu nak kena gagau duit mak abah bangcik lah.
ni yang aku cam segan skit ni...
adeh.





7 comments:

Hazwan Hussin said...

sem ni kak husna last ke?

avie eicca said...

hehehe cengeinya hang husna..takut aku. aku tak pernah paham apa dr sani cakap. huhu.

zatizuber said...

Chenana, aku setuju ngn hang bab kena cengei..time depa first year nila kena cengei..kalo tak esok2 masuk lab second n third year ada puloks yg tya..kak, guna air paip ka air suling?..aku rasa mcm nak cepuk ja budak yg tya cenggini kat aku..blajaq apa tah waktu first year..pure kimia tu..hadoi!

husna said...

hazwan: aha last. dah cukup dah 2 tahun.. korang la plak senior kat sana..

marina: hahahhaa.. aku cengei. makin lama aku jaga lab, makin cerewet.
dr sani pandai beletiaq.

husna said...

zati: hahhahaha.. kalau jaga lab 3rd year dan dapat student camgitu, mmg boleh panas terbakaq hati. baran dan dan.

eL_kZ said...

ahah..
aku suke jaga praktikal lab mase kt uniten dulu

wpon macam2 perangai budak2 tu
tp ngajar lab telah buat aku sedar apa yang aku minat
=)

husna said...

itulah.
walaupun macam2 perangai derang..
tapi mengajaq kita sesuatu jugak.