Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, April 20, 2010

husna si rambut bob

hari ni aku pi potong rambut.
dikedai potong rambut kegemaran. dengan apek kegemaran.
potong rambut sebab bosan dengan rupa bentuk rambut yang sedia ada.
semalam rasa nak simpan bagi panjang sampai tengah belakang cam dolu2, tapi tak mampu nak tunggu lama2.

skarang rasa mau cerita pasal rambut.
berikut adalah fakta2 pasal rambut dan aku.

1. bab penjagaan rambut jatuh no 2 dalam senarai bukak-majalah-tengok-produk-penjagaan-apa. no 1, penjagaan kulit muka yang berminyak dan berpori2 besaq. kalau produk rambut tu kata boleh jadikan rambut berkilau bak cermin, lagi aku pulun-baca-pastu-nak-beli-try.

2. rambut aku jenis lambat panjang. 1 fakta yang membosankan diri sendirik. tak boleh nak pi gunting rambut tukaq potongan selalu. aku penah ambil masa 3 tahun tuk tunggu rambut panjang dari atas bahu sampai tengah belakang.

3. aku pernah potong rambut sendirik. masa tingkatan 5 sampai ke matrik. tengok majalah, pilih potongan yang disukai, amik gunting, duduk/berdiri depan cermin, potong saja. hasilnya? kadang2 ok. kadang2 buruk. tapi puas hati, tak de nak komplen sebab diri sendiri yang potong.

4. kalau nak pilih kedai gunting rambut, aku akan tengok dulu keadaan/rupa/style si penggunting. kalau bergaya, rambut cantik, baru aku percaya nak suruh dia gunting.

5. sejak 3 tahun yang lalu lebih kurang, aku dah tak request/bagitau potongan apa yang aku nak. rujuk potongan rambut dalam majalah pon aku dah tak buat. sebab nanti aku cepat bebai kalau rambut tidak digunting seperti potongan yang aku nak. rasa tak puas hati akan berlanjutan sampai berminggu2 lamanya. skarang, aku just cakap, potong potongan yang sesuai dengan bentuk muka aku. hasilnya, dah 2 tahun lebih aku berambut BOB. tadi gunting bentuk bob jugak.

6. potongan pendek yang aku nak sangat adalah pixie. tapi memang tak leh sebab muka aku kembang, tembam dan bulat. tak sesuai. tapi suatu hari nanti, aku nak rasa gak berambut pixie. tunggu umoq 30 kot baru potong pixie. masa tu mesti nampak macam 4 tahun lebih muda. hahhaa.

7. rambut ni, aku pi potong saja. tak penah ubah keadaan fizikal asal rambut aku. kecuali, aku pernah sekali ja iron rambut. tapi tak buat rebonding. tak suka. flat gila. pernah teringin nak perm, tapi tak pernah nak pi buat. pernah teringin nak color rambut, tapi lebih suka color asal rambut ni.

8. rambut-cantik-lembut-lurus-macam-dalam-iklan-syampo yang aku pernah jumpa real life adalah rambut milik sakinah. kawan aku masa undergrad dulu. gila ah. sebijik cam dalam iklan. genetik bagus punya. tapi aku tak mau rambut camgitu. rambut pojaan aku adalah rambut mak aku. umor dah nak masuk 58 tapi tak dak uban lagi. rambut bermaya, tak kering, tak berminyak, toksah gaduh nak letak serum ka, hairmask ka, perapi ka. aku tak dapat 100% genetik rambut mak aku tu. rugi.

9. kalau pi kedai gunting rambut, aku selalunya akan potong saja. tak mau cuci. buat apa nak perabes duit cuci rambut kan. hahhaa.. tapi aku pernah cuci kat 1 kedai kat QB mall. nama apa ntah, dah tak ingat. sekali tu ja pi. masa tu aku tengah stress gila2. jln2 pusing mall pon tak dak perasaan. pastu terus ambil keputusan mau potong rambut. alasan nak potong rambut selalunya sebab bosan dengan rupa bentuk rambut sekarang ataupun sebab stress.
oke berbalik kepada kedai rambut kat QB mall tu. aku amik keputusan mau gunting dan cuci sekali. masa dia tengah cuci rambut, dia urut2kan kepala. mata aku bergenangan dengan ayaq mata. tunggu nak jatuh ja air mata tu. sebab rasa semua stress tu keluaq semua. dia urut kepala dan tengkuk lama gak. memang mendamaikan dan meringankan kepala yang serabut tu. aku rasa nak berguru dengan dia.

10. kedai gunting rambut kegemaran setakat ni adalah apex cut. atas restoren pelita depan usm tu. aku suka pi situ sebab mereka belum pernah mengecewakan aku dan jejaka2 pemotong rambut dalam kedai tu sangat hensem. muhahaha..



okei. sekian cerita tuk hari ni.....



3 comments:

eL_kZ said...

oo..apek ye??
hahaha

aku sebulan sekali pi salon
potong, cuci,
iron rambut [saje gatal!]
ni, dah berbulan x pi salon

aku suke time derang cuci rambut
mmg mendamaikan~
aaaaa.....

arix said...

xda hair stylist maknya ka? awat pilih apek

husna said...

su: iron tak sesuai ngan muka aku. nampak flat sgt tuk aku...
mmg best kalau dapat pencuci rambut yang betul2 best.
aku jrg nk cuci rambut sbb takut dpt y xbest. aku penah dapat pencuci yang style jentik2 ketuk2 kepla. apa kekdahnya ntah.. hahhaha. sabo je la.

arix: apex, sejuk mata memandang.. hahhahaa