sudah berkali2 aku mahu tulis akan hal ini.
tapi aku tahan diri aku dari menulis ini semua pada masa dulu.
pada masa dulu dikala aku betul2 terasa hati.
aku takut tulisan aku akan sangat berbau sedih dan hampa.
pagi ini,
aku teringatkan hal ini lagi.
jadi aku putuskan untuk menulis hal ini kali ini.
di kala hati aku tenang.
ini hal berkenaan isi blog aku.
aku rasa dan aku juga tahu,
ada sesetengah pembaca yang membaca blog ini,
akan membuat penilaian terhadap aku.
akan membuat tanggapan itu ini terhadap aku.
aku juga sering kali membuat tanggapan pada si penulis apabila aku membaca blog mereka.
dan pabila orang tersilap anggap dengan aku setelah membaca catatan aku disini,
barulah aku tahu,
betapa sedihnya apabila disalah anggap disini.
sekarang,
aku cuba untuk tidak membuat sebarang penilaian terhadap hidup dan perangai si penulis blog.
kerna aku tidak kenal secara dekat siapa mereka.
maka aku harap,
semua pembaca disini juga tidak membuat sebarang penilaian terhadap hidup dan perangai aku.
hanya berdasarkan catatan aku disini.
walaupun ini adalah catatan hari-hari aku,
tapi tidak semua yang berlaku, aku ceritakan disini.
tidak semua yang aku rasa, aku luahkan disini.
tidak semua yang aku fikirkan, aku huraikan disini.
apa saja yang aku catat disini,
mungkin hanya cebisan hari-hari aku,
mungkin hanya cebisan perasaan aku,
mungkin hanya cebisan pikiran aku,
mungkin hanya cebisan rasa jiwa aku.
kamu tidak kenal aku.
kamu tidak berhari-hari dengan aku.
kamu tidak bertampar buntut dengan aku.
kamu tidak pernah kemana-mana dengan aku.
kamu tidak pernah melihat warna kulit aku.
kamu tidak pernah melihat aku menangis teresak-esak.
kamu tidak pernah melihat amarah aku.
kamu tidak pernah melihat tawa girang gedik aku.
kamu tidak pernah mendengar jerit pekik melolong aku.
kamu tidak kenal aku.
aku tetap sedih,
jika aku dapat tahu ada manusia yang tersalah anggap dengan membuat rumusan,
tentang siapa aku berdasarkan cacatan aku disini.
tentang perjalanan hari-hari aku berdasarkan catatan aku disini.
tapi aku cuba
untuk tidak peduli.
untuk tidak bersedih.
untuk berkata, lan.tak.lah.
kerna aku tahu,
fikiran dan mulut manusia tidak dapat ditutup.
dan aku tak punya kudrat untuk menutup semua mulut dan fikiran busuk manusia-manusia lain.
tapi,
satu hal yang boleh bikin
aku tersangat sedih,
dan tersangat marah,
jika watak-watak lain disini,
jika sahabat-sahabat aku yang aku namakan disini,
disalah anggap,
disalah ertikan.
hal itu, sukar untuk aku untuk buat tidak peduli atau untuk tidak merasa marah.
kalau ia malibatkan orang-orang kesayangan aku.
No comments:
Post a Comment