yo, teacher man....
yoey, i told you my name is mr. mcCourt, mr. mcCourt, mr. mcCourt.
yeah, yeah.
bagi aku, diantara ketiga-tiga buku frank mcCourt iaitu angela's ashes, 'tis dan teacher man.
aku paling suka teacher man. teacher man buku ke-3 mcCourt.
dalam buku ni, bukan hanya aku tahu kisah dia sebagai cikgu dan buat aku sedar banyak benda mengenai kerjaya seorang cikgu, malah aku juga banyak belajar dari dia berkenaan hidup, dan juga kretif writing.
dalam angela's ashes, mcCourt tulis mengenai kisah kehidupan dia yang miskin di ireland.
'tis pula mengenai kisah hidup dia setelah kembali ke america.
dan kenapa dia mahu tulis teacher man dan cerita pasal teaching life?
"in 'tis i wrote about my life in america and how i became a teacher. after it was published i had a nagging feeling i'd given teaching short shrift. in america, doctors, lawyers, generals, actors, television people and politicians are admired and rewarded. not teacher. teaching is the downstairs maid of professions." m/s 5.
so, teacher man ini lebih kepada tribute tuk cikgu-cikgu semua. dimana saja.
rasanya setiap cikgu patut baca buku ni.
ahahaha.. pandai-pandai aku ja bagi cadangan.
"in the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-level scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw." m/s 23.
dalam review 'tis yang lepas, aku cakap, lepas baca 'tis aku rasa nak cepat-cepat baca teacher man sebab banyak benda berkenaan teaching yang aku nak tahu lebih lanjut.
dan aku telah dapat jawapan dalam teacher man ini. sangat puas hati untuk bacaan ini.
seperti biasa, mcCourt tulis teacher man dengan jujur dan penuh humor.
dalam teacher man, mcCourt rekod segala cabaran, kejayaan dan kejutan yang dia hadapi dalam kelas.
macamana dia berusaha tuk buat student diam, duduk atas kerusi, buka buku dan beri perhatian dalam kelas.
macamana dia terpaksa ceritakan zaman kanak-kanak dia yang miskin di ireland kepada student untuk buat student2 itu diam dan beri perhatian dalam kelas.
macamna dia hadapi 5 kelas sehari, menanda kerja sekolah, gaji yang sedikit, sikap ibu-bapa, student yang datang dari pelbagai latar belakang, remaja america yang ada macam2 masalah.
macamna dia hadapi student yang tak mau belajar dan student yang terlalu serius dengan belajar.
macamna dia mengajar dan dalam masa yang sama dia pun belajar dari student2nya.
macamna dia tersekat dengan polisi sekolah dan macamna pula dia bebas mengajar dan menyusun sendiri silibus dan bahan mengajaran.
macamna dia berusaha buat kelas dia menarik dan macamna dia juga ada masa tak ada hala tuju dalam mengajar.
macamna dia nak menguasai kelas, macamna dia jumpa cara mengajar dia yang tersendiri.
dan macamna dia mahir dalam permainan dan tipu helah student dalam kelas.
mula-mula cerita dah lawak dan terasa betapa mencabarnya jadi cikgu.
dia mula mengajar pada march 1958.
1st sekolah: mcKee vocational and technical high school.
1st sound of teaching career: hey.
1st teacher statement: stop throwing sandwiches.
1st act of classroom management: ambil sandwich dari lantai dan makan sampai habes.
aku memang rasa nak review teacher man secara terperinci apa yang aku dapat, apa yang aku rasa melalui buku ini, sebab aku sangat suka buku ini.
tapi tak boleh, nanti review ini jadi sangat panjang dan tak sanggup dah nak baca lepas tu.
apa-apa pon, buku ini banyak buka mata aku tentang cabaran seorang cikgu high skol. susah babe. tu masa tahun 50-an, 60-an, 70-an dan 80-an. sekarang ni? boleh mati la dikerjakan budak sekolah.
banyak aku belajar dari buku ni. tentang cikgu. tentang kehidupan. dan tentang kretif writing. seterusnya buat aku berangan mau jadi penulis.
"this is where teacher turns serious and asks the Big Question: what is education, anyway? what are we doing in this school? you can say you're trying to gradute so that you can go to college and prepare for a career. but, fellow students, it's more than that. i've had to ask myself what the hell i'm doing in the classroom. i've worked out an equation for myself. on the left side of the blackboard i print a capital F, on the right side another capital F. i draw an arrow from left to right, from FEAR to FREEDOM.
i don't think anyone achieves complete freedom, but what i am trying to do with you is drive fear into a corner." m/s 300-301.
aku baca teacher man dengan highlighter ditangan.
penuh tanda kuning highlighter dalam buku ni.
2 comments:
jd cikgu mmg penat
tp seronok!
=)
*dan kena byk bersabar
nak menghadapi budak sek sangat la perit bukan.
aku tabik la sapa yang sagt dedikasi jd cikgu.
ko baca la buku ni.. best o
Post a Comment