Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, October 26, 2010

pulau mamutik

hari ahad.
aku dan aini bawa tetamu dari kuching ke pulau. kami pilih mamutik dan manukan.
agus tak ikut. hari ahad, dia ada tanggungjawap pada agama bangsa dan negara. kami panggil dia imam muda.
kami tuju mamutik dulu. sebab dari pengalaman yang lalu, pi pulau kecik dulu, pastu baru pi pulau besaq. konon2 kurang sesak. dan mamutik sememangnya pulau paling kecik antara 5 pulau yang termasuk dalam tunku abdul rahman park.
sekali, bila sampai, mamutik ramai orang. mungkin sebab ahad kot. dulu kami pi hari sabtu.





seperti selalu lah.
untuk buat aktiviti snorkeling, kami cari lifeguard. ekekekkek.
dan seperti biasalah, mereka ok saja.
kami mintak nak guna pelampung (lifebuoy), macam kami guna kat mabul dulu. lifeguard boleh bawak 2 hingga 3 orang sekali gus.
tapi depa kata tak mau guna. nak bawak sorang2. adeh. ada tetamu dari kuching kami tak boleh tunjuk gatai sangat. ekekekekek. kami suruh jugak bawak kami semua. sebab mau tangkap gambaq ramai2 dalam ayaq.
lifeguard tu pun layan saja kami nih. dia pon ajaq camna nak kalihkan badan dari keadaan meniarap ke menelentang. dan yang penting releks.
aku ni penakut dengan ayaq dan memang ada masalah nak terbalikkan badan dan nak tegakkan badan balik. kalau penat tengok coral dan gigit snorkel, mula la gelabah nak angkat muka camna tak tau. mulalah tangan kena capai sesuatu. selalunya aini lah yang menjadi mangsa aku. ekekekek.
tapi tuk kali ni, aku cuba juga tuk prektis.





lifeguard tu bawak kami tengok coral. lama jugalah. dia pon baik dan jenis layan saja. macam yang kami jumpa kat pulau sapi tahun lepas juga.
tetamu dari kuching ikut kami snorkeling kat belakang. ada lah sesi bergambaq dalam ayaq bersama ikan2 yang berkerumun sebab kami bagi roti, guna kamera yang aku beli atas airasia. sesi kena gigit dengan ikan pon ada juga.
ada 1 kawasan tu, kami kena gigit dengan jelly bugs. pedih siot. muka tangan kaki, semua jelly bugs gigit. tapi kami tak dapat la tengok camna rupa jelly bugs tu, sebab nama pon jelly dan bugs. mestilah transparen dan haluih. tapi lepas tu ok saja. takdak kesan pon.





sesi snorkeling kat mamutik ni, aku tak puas hati sangat.
sebab sebelum pi mamutik, aku bajet tempat ni banyak coral. lebih banyak dari pulau sapi. sebab aku ingatkan mamutik ni kurang popular berbanding sapi dan manukan.
lepas saja habes snorkeling, aku tanya kat lifeguard apasal coral kat sini lebih skit dari sapi.
dia kata sapi lagi skit dari mamutik dan tanya bila aku pi sapi tu.
aku jawap tahun lepas.
lalu dia berkata dengan tenang... itu tahun lepas, sekarang sapi punya coral pun dah banyak mati.
haaa??? sebagai pencinta coral. aku sedih...




kami sampai terus terjun masuk laut.
lepas snorkeling bersama lifeguard, baru kami naik makan.
lepas makan, aku pi tangkap gambaq skit.
tak banyak gambaq aku tangkap. dan idea tangkap gambaq pon guna tahun lepas punya.
aku ni ada konflik skit kalau mai pulau. konflik sama ada nak bergambaq macam2 gaya dan sudut atau nak bergembira dan berbasahan dalam ayaq laut.
aku selalu pilih bergembira dalam ayaq. kamera tolak tepi.
lepas makan dan tangkap gambaq, aku dan aini terjun laut lagi.
kali ni main2 dekat pantai saja. berendam sambil pakai snorkel dan mask di kawasan yang kaki boleh cecah saja. kalau kaki tak sentuh pasiaq, mula nak panik. ekekekekkek















sebelum kami pi, kami kontek aspalela.
pemandu bot yang kami jumpa tahun lepas.
dan kami jugak beli tiket dari kompeni asapalela.
masa nak pi pulau manukan, kami naik dengan aspalela.
dalam perjalanan nak pi manukan, kami jumpa 2 ekor burung yang tengah terbang rendah di permukaan ayaq. burung tersebut tengah tangkap ikan. aspalela pon berhenti bot sekejap tuk turunkan mata kail mengambil peluang yang terbuka. kami dapat juga lah tengok ikan2 melompat2 dari permukaan air sebab nak larikan diri dari burung. kawanan burung pon makin besaq. dari 2 ekor jadi 3. jadi 4.
















ok. untuk tahun ni, kami bayaq...
rm 25 tuk 2 pulau.
rm 25 tuk sewa snorkel, mask, fins dan lifejaket.
rm 3 tuk jetty fees. (rm 7 tuk biasa, rm 3 tuk student).
rm 3 tuk tunku abdul rahman park entrance fee.




untuk yang suka snorkeling tapi tak tau berenang atau takut dengan ayaq macam aku..
ajaklah lifeguard teman. depa mau saja.

kalau pandai berenang dan tak takut dengan ayaq, boleh jugak ajak lifeguard.
sebab depa akan bawak ke tempat yang lebih jauh dari pantai. kadang2 boleh melepasi had yang sepatutnya. pergi snorkeling lebih jauh bermakna, lebih cantiklah coral. lebih banyak lah coral.









oh ya...
disposable waterproof kamera airasia yang aku beli tu.
hampeh. case tak kejap. masuk ayaq. kodak kena ayaq.



p/s: lifeguard itu mau tolong cari kawan dia yang ada buat promo ke pulau mantanani. kot2 kami boleh dapat pakej murah...

6 comments:

Hannajoe said...

cantiknye gambo...
pakai camera ape?

Mengkuang berduri said...

cantik gambo... takut gak kalu ada life guard... huhuhu

eL_kZ said...

thanks weh..gambar2 ni mmg mendamaikan

puan oryza said...

wahhh kak husna!! betul2 berjalan ye.. jealousnye :(

husna said...

hana: pakai compact kamera saja. model lama. benQ dan sony.

kak sita: lifeguard pegang tak pa. muhahahaha.

su: awat. hang tgh berserabut kepala ka?

farhana: muhahahaha. kamu tu dah habes ngaji.mai la jenjalan sini. syokkk

puan oryza said...

duit nak wat beli tiket kapal terbang nak cari kt mane:(